Siti Kektus: July 2011

Cerita MizzTina

Saturday, 30 July 2011

tersedak~

assalamualaikum. ;)

tak sampai patplohlapan jam je lagi kita bakal memulakan kewajipan kita sebagai umat islam dalam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. mudah mudahan amalan puasa pada tahun ini bukanlah yang terakhir untuk kita jalani. ;)

orait.

ha! dalam sehari kan, berapa banyak kali korang akan tersedak? sekali? dua kali? banyak kali? ke tak de kali langsung?

 tersedak bukan macam ni. ;)
sumber : pacek google

tersedak ni semua tau kan situasinya? kan? alah, yang macam tersedak tu lah. kadang2 bila kita tengah sedap melantak nasi lauk ayam masak kicap, boleh pulak tersedak sampai terbatuk2. ha, macam tu lah tersedak. hehe

kalau tersedak sebab makan lauk macam tu, kira ok lagi. dapat pulak tersedak tengah sedap2 makan asam pedas ikan pari. peh! lagi heaven rasa dia. mau berpinar bijik mata. keh keh.

orang cakap, kalau kita tersedak ni ada orang mengumpat pasal kita. orang yang cakaplah ye. bukan aku. tapi toksah percaya lah, itu khabar angin semata-mata je kot. hehe ;)

masa aku kecik2 kan, aku ada satu peel pasal tersedak ni. memula, aku akan makan laju2, kiranya aku akan sumbat nasi tu sepantas yang mungkin. dalam seminit tu aku akan sumbat nasi 3 ke 4 kali sampai lah feel tersedak tu ada. lepas tu, aku akan cepat2 minum air masak. haha

bila di fikir2 balik. agak gonjeng ye buat macam tu. mau tercekik tahap maksimum, pastu pengsan time tu jugak, tak ke naya. aish!

alah, budak kecik lagi kan. biasalah tu. tak matang lagi. >.<

ha! jangan ingat tersedak ni small the matter. masalah yang ni bawak maut tau. dah ada kes baby meninggal dunia sebab tesedak susu. ish2. kesian sungguh kat baby tu. berita lanjut kat SINI.

sekian.

p/s : ops. jangan tesedak pula bila bukak puasa hari isnin nanti. ;)

Friday, 29 July 2011

seratusdoploh lah~

assalamualaikum. ;)

semalam kan aku ada ceritakan ubat kaler kekuningan yang mungkin dicampur kahak berserta hingus *ini tea yang agak*. kandungan yang sebenar memang tak di ketahui. sobs.

aku juga ada bagitahu nak review siapa yang teka betul. nama pon teka, mestilah semua main tibai saja kan. tak pe. jangan sedih ye.

ha! insan yang bertuah meneka nya ialah ezad skytech




harga sebenar memang RM120 weh. terkejut tak? terkejut tak? mau tak terjojol biji mata kalau rupe itu harganya. maap cik ten10, jawapan anda dah nak tepat dah. sikit saja lagi. cuba lagi lain hari. haha :p

oleh itu mari aku review si ezad skytech ni ye.




siapa2 mau kenal si ezad skytech, boleh lah jengah kat tempat dia. klik SINI je. mana tau ada yang tak kenal lagi, bolehlah jadi follower dia yang ke 888. nombor baik tu. banyak ong maa! hehe 

tea kata dia peramah sebab tea pon dah review dia. aku tak peramah sangat, ni pon baru nak beramah ramah la ni. haha ^^ 

sekian.

p/s : macam bukan review je. hukhuk

semangat bercinta dah makin kukuh~

assalamualaikum. ;)

selamatlah malaysia jaya,
negaraku yang ku cintai,
seumurnya gagah perkasa,
kedaulatan mu ibu pertiwi,
malaysiaku maha perkasa,
negaraku indah murni...


sedang elok membasuh pinggan mangkuk di dapur tadi, tetiba saja terpacul keluar lagu di atas dari mulutku yang comel ini. mungkin semangat cintakan negara tersemat kukuh dalam sanubari.patriotik kan aku? lalalala.

*menyanyi masa basuh pinggan mangkuk tak pe kan? masa memasak yang tak boleh kan. hehe :p*

padahal, sebelum ni tak pon. haha bila di fikir semula, mungkin sebab tanggal 31 ogos akan menjelma tak lama lagi. semangat cintakan negara haruslah tinggi. ye dak?

kalau tak diri kita yang cintakan tanah air tercinta ini, siapa lagi? takkan nak suruh orang amerika selatan memuja2 negara Malaysia? tak kan nak suruh orang2 indonesia mencintai malaysia yang indah ini? 

no. no. no.

punyalah bertukus lumus nenek moyang kita berjuang mempertahankan tanah air ini daripada penguasaan penjajah. tak kan lah kita nak sia2 kan usaha mereka macam tu saja. mereka sanggup berkorban jiwa, raga dan juga nyawa.

kita sebagai penyambung warisan, hanya perlu menjaganya saja. tak perlu dah nak pegang parang, lembing, tombak semua tu lagi ye cik kiah. tak perlu dah nak duduk dalam gelap semata2 nak sembunyi dari komunis.

sekian.



p/s : jom kibarkan jalur gemilang. ^^

Thursday, 28 July 2011

ubat hijau kekuningan~

assalamualaikum. ;)



ini ubat kaler hijau kekuningan. ye. semua orang nampak kan? *tak nampak sila guna kanta pembesar*.

ubat bikin aku panas telinga bila aku dengar mak menyebut regenya. serius! sampai aku cakap,

 'mak, biar benar mak sanggup keluarkan duit beli ubat tak de jenama ni? mak kena pukau ke ape?' 

ubat yang regenye boleh buat terjojol biji mata, satu hal. cuba perati betul2. lansung tak de tulisan yang menerangkan pasal ubat ni. isi kandungan dia sikit pon tak tahu apa.

siapa yang buat lagi lah tak tahu. mana tau tetiba mak aku pakai ada kesan sampingan yang serius, tak ke naya. ish2. 

'orang tu cakap, ubat ni ada belut lah kak. bagus ubat ni. boleh hilangkan sengal2 badan.' 

bila aku cium, bau dia lebih kurang bam je. tau kan bam? tang mana bau belutnya, tak tau lah. baik beli minyak kapak yang harganya 2 hengget lebih tu. panas pon panas. pening kepala pon hilang.

macam mana entah mak boleh termakan pujuk rayu penjual minyak hijau kekuningan tu entah. aku syak mak kena pukau la masa tu. setahu aku mak jarang nak beli benda2 remeh macam tu.

ada sesiapa ke yang da pernah terbeli ubat kaler hijau kekuningan ni? kalu ada, meh share. ^^

sekian.

p/s : korang rasa regenya berapa? siapa teka betul, aku review korang. kalau adalah. ;)

faedah berkomik~

assalamualaikum. ;)

rata-rata semua remaja suka baca komik kan? bukan remaja je rasanya. yang tak remaja pon mesti ada yang suka jugak kan. tak kisah lah komik cinta ke, komik tumbuk2 yang menonjolkan aksi ganas ke, komik lawak ke. basicnya, ia adalah komik. 

siapa kata baca komik tak elok? aku bangkang!

cewah! *dah rupa debat pulak ye.*



mengikut pengalaman hidup aku selama 21 tahun ni, baca komik ni tak salah. sebabnya, dia boleh hilang kan ketensionan yang melanda diri sendiri. walaupun tak banyak, sikit mesti hilang punya.

bukan tu sahaja, baca komik ni sebenarnya melatih kita agar rajin membaca. adik aku yang no 2 dan no 4, sangat obses dengan komik. setiap waktu dan ketika, komik sahaja *tipu*. at least, sehari sekali mesti dia menghadap komik.

beli conan lah, lawak kampus lah, naruto lah, chocolate lah, doraemon lah, lawak wasabi lah, under 18 lah, dan segala lah yang ada. ada duit lebih je, komfem2 tu yang di beli.

tapi abah tak pernah marah dorang asyik beli komik. cuma mak lah membebel sikit2. duit habis kat komik. kata abah, kalau dengan komik dia rajin nak membaca, biarlah. dari dia buat benda yang bukan2 lagi tak senonoh. ye dak?

lagi satu, bila mendapat adik2 yang rajin membeli komik ni, secara tak langsung duit kita akan jimat. contoh terdekat, macam aku lah. kerja aku ni tukang baca je, yang membeli dia. keh keh

tak ke cara yang bijak namanya. kan? kan? kan?

sampai la ni, gerobok tempat letak buku2 dah tak muat. rupa gerobok macam dah nak roboh pon iye. alamatnya, kena cari gerobok yang baru la. ^^

sekian.

p/s : aku suka lawak kampus :p

Wednesday, 27 July 2011

bogel terus kan senang~

assalamualaikum. ;)

perkara ni dah lama berlaku dalam hidup ini. serius! setiap kali berada kat situ, komfem akan di jamu sebegini rupa. paling koman pon mesti ada satu. makin lama, makin muak pula rasanya.

hmmmm.

hari2 pastinya indah. tak de nya yang tak indah. macam biasa lah, Dr Siti K *ehem* memandu kereta kancil 650 sisi di atas jalan raya satu lorong, dengan kelajuan 60km/j. pemandu berkhemah, kenalah bawak pelan2 kan?

tak lengkap rasanya memandu kereta tanpa mendengar muzik sebarang dua. punat no 5 di tekan. lagu dari fly.fm pon berkumandang. maka, haruslah bernyanyi secara kecil-kecilan.

sedang asyik melayan lagu jar of hearts, tanpa di paksa datang sebuah motor dari arah belakang dengan kelajuan 80km/j. agaknya lah. dah Dr Siti K cuma memandu dengan kelajuan 60km/j, mesti dia bawak lebih laju kan? aiyak.

masalah memotong ke yang memeningkan kepala otak?

bukan. bukan. bukan.

Dr Siti K tak pernah risau pasal potong memotong ni. sama sekali tak kisah. nak potong garisan yang tak lurus pon Dr Siti K tak pedulik pon.

yang mempedulikkan Dr Siti K ialah baju si penunggang yang dok berkibar2 macam bendera berkibar tu. secara tidak langsung telah menayangkan badan beliau yang keding lagi mulus lah kununnya. selalunya penunggang lelaki ye.

kalau badan bersih sesuci kulit bayi, tak pe lah lagi. ni yang pesen ada kudis2 ke, skebis ke. tak pasal2 virus nya beterbangan bebas. Dr Siti K tak risau sebab cermin bertutup. mana tau ada insan yang suka fresh air, tak pasal2 terkena. tahu?

ada pulak jenis yang berpakej. kasi tayang spender jenama ******. Dr Siti K tak hingin la tengok spender comel mu itu. kat rumah dah ada. adik2 Dr Siti K yang punya.

mak kat sebelah pulak dah dok berceramah. terima kasih lah wahai penunggang motorsikal. tak pasal Dr Siti K dapat ceramah free2 je. sobs.


pakai macam ni kan bagus. 
sumber : pacek google

sekian. *maap ea kalau tajuk agak over.*

p/s : kang aku cat cermin depan kereta kaler hitam, mau tak nampak semua. -_-'

Tuesday, 26 July 2011

subang si anting2 bukan subang jaya~

assalamualaikum. ;)

kecantikan dan wanita memang tak dapat di pisahkan bak irama dan lagu. bak jantung pisang dan tandan pisang, bak hujan dan panas, dan segala bak yang ada lah. semua orang tahu fakta yang satu tu.

kalau nak bertambah cantik sesetengah orang menambahkan eksesori pada diri sendiri kan. salah satunya subang a.k.a anting2. tak silap aku subang tu yang leh katup kat teling tu. kalau anting2 ni yang dok juntai2. kan? kan? *kalau salah betulkan*

 aku google subang, ni yang keluar. sobs. 

dengan kekreatifan orang2 yang kreatip, maka muncul lah bermacam2 pesen anting2 yang kita boleh jumpa kan.

macam ni pon boleh.

macam ni. macam ni.

 ni pon boleh juga.

seingat aku lah kan, masa kecik2 aku rajin giler pergi pasar lambak *macam pasar malam*. pergi sana bukan buat apa, pergi kedai sorang nyonya ni, cari anting2 lekat. lebih kurang macam sticker lah.

macam2 bentuk ada. aku selaku gegel ni, mestilah amek yang bentuk love2. pastu kaler pink pekat lah pulak. barulah nampak macam, sooo sweeettt! *pulak*

murah je regenya di kala itu. sepeket singgit kot. bila dah pakai, rasa macam retis pulak. almaklumlah, diriku ini memang tak de lubang anting2 tu. lubang telinga adalah. tu yang sukarela pakai anting2 lekat singgit. 

korang yang gegel pon mesti pernah try gak kan? ahaks! tapi, kalau ada boboi yang pernah try gak, mesti dorang ni spesis suka main ngan budak pompuan masa kecik2. kan? kan? *suka hati kau saja*

bila dah besar sikit, keinginan nak memakai anting2 emas 916 membuak-buak jugak lah. gegel kan. mestilah nak cik kiah sekalian. tapi, bila dengar cerita dari kazen aku kena tembak kat telinga sampai pengsan, sampai la ni aku takut nak pergi. haha 

jelik bukan? ish2.

aku tak pernah menyesal tak de lubang untuk sumbat anting2 dan subang tu. nak kemana je pakai anting2 tu. lagipon kan pakai tudung. ^^

sekian.

p/s : nanti aku kawen bagi aku hadiah gelang tangan emas 916, cukupla. ea? hihi ;)

Monday, 25 July 2011

diet seimbang~

assalamualaikum. ;)

bermulanya cuti semester masing2 yang bergelar student semestinya ada matlamat yang ingin di capai. ye dak? 

ada yang nak kerja cari duit lebih, tak lupa juga pada mereka yang nak kuruskan badan yang sedia kurus, nak cari calon menantu terhebat untuk mak tersayang lah, berdating dengan boipren kesayangan sampai muntah hijau lah. kan? kan?

begitu juga dengan diriku yang comel kegelapan ini.

matlamat aku : menurunkan berat sebanyak 5 kilogram. ecece entah tercapai entah tak. tak kisah tercapai ke tak. yang penting ada matlamat!

 sumber : pacek google


jom tengok schedule yang aku plan baik punya. mana tau korang boleh guna pakai sama. sharing is caring kan. ^^ 


sarapan
schedule : nestum + susu + sekeping roti
realiti : pisang goreng + pisang goreng + pisang goreng + teh o 


lunch
schedule : nasi secentong *sesenduk* + ayam seketul + sayur air + air masak
realiti : nasi bercentong centong + ayam 2 ketul + sambal belacan + petai + sayur kacang masak asam + 4 biji pisang lemak manis


tea time 
schedule : tak nak makan pape
realiti : pisang goreng + pisang goreng + pisang goreng + pisang goreng + air masak 


dinner
schedule : sup sayur/sup ayam
realiti : nasi sepinggan penuh + ayam seketul+ sambal belacan + sayur kacang masak asam + 3 biji pisang lemak manis  *termasak lebih pulak* 


supper 
schedule : dua keping roti +milo panas
realiti : maggi kari + telur + air milo panas


haila! ni bukan bikin aku turun 5 kilo. ni bertambah 5 kilo tahu. -_-'

sekian.

p/s : makan je lah selagi mulut mampu terbukak. :p

pink dan kehitaman~

assalamualaikum. ;)

pink. pink. pink.

 
normal lah kan orang pompuan suka pink. pink kan menampakkan seseorang tu lembut, ayu dan persis gadis melayu terakhir. tak gitu?

pinky momma suka pink, mizzkechique minat pink, tak salah kan kalau aku pon nak pinky2 sama. tak de siapa yang nak melarang kan. ada ke yang nak menghalang niat suciku ini? meh sini, aku benam dalam tanah kasi tak bernafas. ^^

bila minat pink tu dah tersemat dalam diri, opkos lah nak merasa baju kaler pink, shawl kaler pink, seluar kaler pink, panties pon nak pink. semuuaaa lah pink.

satu hari, niat di hati nak membeli belah baju kaler pink, ekoran sale yang umpama durian runtuh tu. padahal, strategi marketing je lebih. huh! maka, bermula lah acara belek-membelek t-shirt2 dan blous2 kaler pink yang bertulisan pink2 serta kartun2 pink.

puas membelek, dapatlah dua tiga helai baju yang berkenan di hati. tetiba kawan yang baik lagi comel menegur.


'ish, kau nak beli ke baju kaler pink ni? serius ke weh?'

'ha. yela. cantek kan?' sambil menayang baju di hadapannya.

'hmm. macam tak berapa sesuai la weh.' sambil gelak2 kecil.

'ala. yeke.'


terus mati feeling nak bergaya pinky2.dengan slow motion, aku letak semula baju2 berkaler pink yang comel lagi cantik tertarik kau memang da bomb di tempat asal. dalam hati terdetik, betul ke tak sesuai. selama ni aku pakai pink, pink. elok je. sobs.

sejak dari itu, kalau ada baju yang berkenan di hati dan ia nya berwarna pink, memang aku akan berfikir empat, lima, enam, tujuh, lapan kali.

bila di fikirkan semula mengikut logik akal, mungkin sebab aku dah sedia kehitaman lagi kegelapan, tu yang nampak tak sesuai di pandangan masyarakat. mungkin sebelum ni, aku putih sikit. mungkin lah. bermacam hipotesis melekat kat kepala otak dah ni.

mungkin memang tak sesuai orang sepertiku memakai pink. aku je yang tak nampak. orang lain yang melihat lagi nampak. ye dak? tak pe lah. mesti ada hikmah di sebalik semua ni. hmm. -_-'

sekian.

p/s : tahun ni punya baju raya kaler pink. satu family pulak tu. aiyak.

ini donbo rupenya~

assalamualaikum. ;)

semenjak dunia semakin maju dengan kecanggihan teknologi, semenjak itu juga lah, pelbagai ciptaan hasil kreativiti manusia2 muncul di atas muka bumi. ciptaan yang cantek, yang hodoh, yang comel loteh, yang ganas, yang panjang, yang pendek. semua ada.

senang cerita, setiap lapisan masyarakat mampu merasainya lah. kan?

dek terlampau banyak ciptaan yang terhasil, maka pengetahuan aku terhadap ciptaan2 tersebut haruslah setoet sahaja. almaklumlah, budak pemalas memang begini rupanya.

korang semua kenal donbo?

rembat eyfa punyer. ^^

aku tak. sobs.

kenapa aku tak tau? kenapa? kenapa? 
huh!

sebab malas nak amek tahu kot. wawawa *bengong*

aku acapkali je nampak robot kotak tu. kat blog ca ada, dia buat layout. kat keroro pon ada nampak gak sebab dia buat segmen dialog hari tu. semalam pon  eyfa baru je dapat benda donbo ni..

tapi perasaan tak nak amek tau lagi membuak buak dari nak amek tahu. sebab dia tak comel kot.

semenjak dua menjak ni je baru aku kenal donbo tak berperasaan ni. sebab terpaksa. yela, semua dok cakap pasal donbo, donbo,donbo. tak kan aku nak tercengang sensorang kan. nanti orang cakap aku ketinggalan zaman pulak.

aish.

lagi satu, si domo tu ea nama dia?aku pon tak berminat nak tau pasal dia. kalau orang cakap pasal si domo tu. komfem aku mintak kepastian.

'weh, benda tu yang petak pastu kaler coklat ngan mulut dia besar tu ea?'

rasanya, tak lah sadis sangat kan aku tak tau apa domo dan donbo itu kan?

cuba korang tanya pasal barbie. aku tahu lah jugak. kehkeh

sekian.

p/s : nak merompak kat bank sat. bye. :p

Sunday, 24 July 2011

perihal ceker~

assalamualaikum. ;)

bukan ceper lah. 

tapi ceker *sebut menggunakan e taling ye, bukan e pepet* ayam. bahasa jerman nya kaki ayam. sudah menjadi kebiasaan di rumah menyebut ceker. jarang beno lah nak menyebut kaki ayam. lagipon dah sebati dalam jiwa raga lah. ceh!

sumber : pacek google

adakah anda semua biasa meratah kaki ayam? biasa da ke? wow, memang hebat lah korang. kalau di sua kan kat aku, memang aku tolak siang2 lah. bukan memilih, cuma tak reti nak meratahnya.

kalau makan kaki ayam tu macam tak da rasa apa2. umpama masukkan tulang dalam mulut, gaul2 sikit dengan air liur, rasa dah sebati, pastu keluarkan semula. -_-'

baik p makan kepsi. kan? *ada kaitan tak? lalala* 

lagi satu fakta.

tiap kali aku siang kaki ayam ni, aku terbayang jejari manusia yang runcing tu. yela, kan lebih kurang je rupa bentuknya. bila nak masak, komfem2 kuku kaki ayam tu kena di buang. mau berdarah mulut si pemakan kalau tak buang kuku.

bila aku dekatkan pisau kat kaki ayam untuk menetak, mula lah fikiran melayang terbayang kan jejari manusia. dengan drastiknya, feeling nak tetak menetak terhapus. terasa zalim semacam tau.

tapi, cepat2 aku set kat kepala otak, 'ni kaki ayam. ni kaki ayam lah bijak. bukan jari orang.'

cara kan? yeah, i know. haha

sekian.

p/s : ayam pemangkin teras kehidupan. :p

Saturday, 23 July 2011

kerana manisnya rambutan~


assalamualaikum. ;)
halluuuuuu~

siang tadi, tetiba datang keinginan nak melantak buah rambutan secara rakus. toleh kiri toleh kanan. mana tahu ada adik2 yang baik hati boleh membantu menurunkan rambutan2 comel tu dari pokoknya. 

tapi, harapan anganku ku musnah, semua dah lesap. cis! time2 aku nak mintak tolong, time tu lah dorang tak da. macam tahu2 je kan.

tak pe. tak pe. ingat orang pompuan tak reti petik rambutan ke? see the leg la.

tanpa melengahkan masa, dengan kudrat wanita yang superb ini, aku gagahkan diri ini menuju ke pokok rambutan, 15 kaki jauhnya dari rumah.

sebelum berhempas pulas mengerah tenaga, kenalah periksa barang2 nya dulu ye dak?

*pokok rambutan yang masih berbuah?





beres.

*sabit untuk menyabit?

beres


orait.

seterusnya, dengan tenaga zahir dan batin yang luar biasa dasyatnya hingga menitiskan peluh2 jantan ditambah pula, hembusan angin petang yang membelai-belai. aku tolak sabit, aku tarik sabit. aku tolak lagi, aku tarik lagi.

dan, dan, dan...


jeng, jeng, jeng!
*sila saspen*

*


*


*


*


*


*
 


*
 


*

seketul je?
huh!


sekian.

p/s : sayangilah buah-buahan tempatan. ^^

Friday, 22 July 2011

kakak jaat~

asssalamualaikum. ;)

tempat : ruang tamu
masa : 1945
watak : kakak (21 tahun). adik lelaki (11 tahun)


'kak, nak pinjam leptop. nak main zombie lah.'

'tak payah lah. bukan kau reti pon.'

'ala kak. boleh lah ea? poji boleh je main, takkan kite tak leh.'

'poji dah pandai, tak pe. adik tu akak suruh belajar , tak nak. main nak.'

'nanti2 lah kite belajar. bukan susah pon.'

'pergilah mandi dulu.'


tak sampai enamploh saat kemudian. dengan hanya berspender sambil memakai seluar pendek.


'kak. nak main zombi. cepatla.'

'ya allah. kau ni mandi ke tak dik. rambut je yang basah. badan kering je. dengan spender pon macam tak tukar je. macam ni akak nak bagi main zombi?'

'......' sambil capai kunci motor terus keluar.


kakak yang jahat ke aku ni? sobs.

sekian.

p/s : terasa menyesal pulak marah2 macam tu. -_-'

reason ayam berkokok~

assalamualaikum. ;)

pernah tak korang terfikir, apa tujuan ayam berkokok? *mungkin aku je yang terlebih rajin berfikir. sobs.*

ha!

adakah sebab ayam tu rajin nak kejut kita bangun subuh?
adakah sebab ayam tu nak kecohkan satu kampung yang dia dah bertelur?
adakah sebab ayam tu saje testing suara?

jawapannya : tepuk dada, tanya diri. ^^

kalau niat ayam2 tu nak kejut waktu subuh, memang dah tersangat murni dah tu. tapi, kalau dah tengah malam buta pon nak berkokok bak suara soprano ning baizura, ape kes? nak kata dah subuh, tengok jam baru 1 pagi.

ayam2, kalau kau nak testing suara pon, biarlah bertempat. kalau orang yang jenis tidur mati tak ingat dunia, memang terselamat lah dari aktiviti kau ni. dapat pulak tuan yang jenis senang terjaga, memang tiap2 malam lah jadi mangsa dera kau. kau tau tak? ggrr.

bukan setakat tu je aktiviti dia. tengah hari yang panas terik disinari cahaya matahari pon dia nak berkokok lagi. tetap dengan suara soprano dia tu. takkan dia nak usha ayam betina kot.

persoalan ini tidak aku biarkan terpendam begitu sahaja. dengan kekuatan rohani dan jasmani yang ada, aku terus meluru ke arah emak sambil bertanya.

'mak, asal ayam ni asyik nak berkokok je. tengah2 hari pulak tu. buang tebiat ke ape ayam ni mak.'
'air kat laut tengah pasang la tu. tu yang dia sibuk berkokok.'
'aik! mana mak tau sebab air pasang?'
'dah arwah nyayi *nenek* kau cakap macam tu.'
'eh, mana nyayi tahu mak?'
'aish budak ni, aku hempuk jugak kang. dah orang2 tua cakap macam tu, ikut je lah.'
'aku : yela. @_@.'

betul ke weh sebab air pasang? aku duduk atas bukit, tak da pantai. so, tak leh nak observe.

sekian.

p/s : aku sembelih buat masak ungkep baru tau ayam2 ni.

Thursday, 21 July 2011

bersalin dalam air~


assalamualaikum. ;)

bersalin dalam air? macam mana tu?


macam ni ha. 
hehe. ;)

tadi aku selak2 paper abad ke berapa entah, terjumpa artikel pasal bersalin di dalam air ni. kaedah ni memang dah lama ada. aku je yang baru tahu. *nampak sangat tak alert kan? ish2*

mengikut wanita2 yang dah menggunakan kaedah ni, kaedah ni sangat2 kurang menyakitkan dan lebih rileks. sakit yang macam mana, hanya mereka yang dah mempunyai anak sahaja yang boleh menerangkan. aku masih muda ye. belum berkahwin. maka, jawapan aku : TAK TAHU. ;)




 

ee, macam mana darah yang keluar nanti? komfem kotor air tu nanti.*aku ada terfikir yang ni*

ekceli, melalui kaedah ni, masa baby keluar darah tak kan keluar sama, sebab uri tak dikeluarkan lagi. bila mak baby tu keluar dari tab air, barulah uri dikeluarkan dan darah pon mengalir lah. so, air dalam tab masih bersih. 

eh, baby tak lemas ke nanti? 

mengikut apa yang di catatkan, baby hanya akan bernafas beberapa saat selepas di beranakkan. maka, lepas baby tu keluar, doktor cepat2 menyambut baby tu dan keluarkan dari air. so, baby pon selamat. ;)

tapi kan, kat Malaysia ni kaedah ni tak di praktikkan sangat. kalau ada yang guna pon, cuma bini omputeh yang ikut suami dorang kerja kat sini je.

sekarang ni teknologi dah makin maju. orang dah makin pandai. macam2 lah yang dicipta. tapi ada jugak yang tak de akal pergi salah gunakan kurniaannya. siapa mereka tu? hmm.

sekian.

p/s : takutlah nak beranak nanti. -_-'

sumber : utusan, wanita sihat.

aku, kita, siti..err~


Assalamualaikum. ;)

hai hai haaiii~

sudah terisikah perut kiut miut anda dengan sajian seimbang diwaktu tengah hari begini? jika belum, silalah penuhkan dengan kadar segera. ;)

biasanya, ganti diri apa yang korang gunakan jika komen2 di entri orang? mesti ada yang guna saya, guna kita, guna nama2 yang comel2. kan? kan?

bagi mereka yang aku baru kenal, biasanya aku akan guna kita kalau nak menepek kat komen2 entri. nampak baik sikitlah bunyinya kan *ehem*. yela, mungkin ada orang yang tak suka penggunaan aku kau ni. lain orang kan lain caranya.

kenapa bukan saya? bagi aku saya tu nampak dah dewasa sangat lah. kalau kita ni, nampak macam muda mudi lagi. macam manja2 gedik. tak gitu? ahaks! *perasan*

ha, mana la tau kan ada pulak yang rasa annoying giler dengan penggunaan kita2 ni, cakap je dengan aku, aku tak kisah. nanti aku tukar lah. aku ni flexible orangnya. tak makan orang pon. :)

tapi, tapi, tapi..

jangan di harap penggunaan nama siti yer. aku rasa janggal giler guna ganti diri siti. entah, rasa macam something je. realitinya, aku memang guna aku kau. pernah lah aku testing sekali dua guna nama siti. namun, hati tetap mendesak mengatakan jangan. hukhuk

sebenarnya, niat di hati ini hanya ingin menjaga perasaan kalian semua. kang tak pasal2 tersinggung, dah tak mau kawan ngan aku pulak. tak ke sedih hatiku yang kiut miut ini. sobs.



sekian. 

p/s : kanak2 nak membesar memang macam ni. maafkan ye. :p

BEN ASHAARI cari blogger baru je~

assalamualaikum. ;)


 mahu join sama? picit2 saja gambar itu. ;)

haip~

siti kektus ni masih baru lagi, baru empatpuluhempat hari beraksi. masih banyak yang perlu dipelajari. jika ada sesiapa yang mahu jadi kawan cucuk mencucuk, *kektus kan* meh la. tak de yuran pon yang korang kena bayar. hanya sedikit senyuman sudah memadai. ;)

sekian. 

Wednesday, 20 July 2011

segmen msred : my faveret photo & why~

assalamualaikum. ;)
selamat malam semua~

aik, berucap macam nak tido je kan? no no no. malam masih muda der. kite perlu enjoy! lalala




ini lah feveret foto aku buat masa ni. masa akan datang tak tau lagi. banyak2 gambar, kenapa ini jadi feveret? 

why? why? and why? 

mestilah ada sebabnya beb. 

salah satu sebabnya : SAJE JE.


------------------------------------------------------------------------------------------------------






ini segmen dari msred. thanks kak jemput kite, cuma terlambat sikit je. sempat lagi kan kak? hehehe

sekian.

p/s : ekceli gambar ni ibarat hadiah besday aku. *wink2* ;)

saya nak awak lah~

assalamualaikum. ;)

indah sang mentari gagah terpacak,
namun tak tertanding cantiknya sang rembulan,
mulut terkunci hati mendesak.


AWAK! i'm coming~


motif : tak de. ;)

sekian.

p/s : tak sangka kan, aku pandai berpantun. haha

Wordless Wednesday iii : gigi besar~

assalamualaikum. ;)


sumber : google

sekian. ^^

Tuesday, 19 July 2011

segmen : kami sayang teman blogger-terjahan terakhir~

assalamualaikum. ;)

last assignment. sambungan yang INI. berpeluh2 nak menyiapkan ni. pheww~



ape ni? ape ni? ehem. picit saja header itu. :p 


kumpulan 3

 sayam2 semua, ini lah lagu khas untuk group kita. 
*wink2.
^^

why?
because i love you~
hikhik


 

ops!
ai termalu lah pulak. >.<

okeh. now, waktu untuk main pantun2.
yayy!

pergi mendaki si gunung tahan,
untuk mencari panawar sang lipan,
cik syu empunya belog si mata ikan,
cik eqa gumiho pelakon harapan.
 *ehem*

sesat jalan tak nak bertanya,
habis diredah hutan dan paya,
kak marina,kak iz sudah berpunya,
kalau nak takel, harap maaf la ye.

sarapan di hutan hanyalah roti,
dicecah bersama ramuan misteri,
tenkiu so much ye cik ninie,
lain kali ajaklah siti kektus lagi.


sekian.

p/s : thanks semua. lep u all. >.<

makna jeles~

assalamualaikum. ;)

kembali kite dalam rancangan cintancintunisia~

hari tu Dr. Siti K *ehem* dah bagi jalan terbaik bagi mengatasi masalah jika tertipu atau ditipu oleh boipren atau gepren kan?

siapa2 yang tak tahu lagi, boleh lah baca di SINI. pasti korang akan tenang selepas itu. ^^ 

baiklah. hari ini, kita selami pula, apa makna jealous sebenarnya. *bahasa pasarnya jeles.
sebelum itu, mengikut statistik yang telah direkod oleh Dr Siti K pada tahun 2009, 68% kadar kejelesan ni datangnya daripada kaum wanita.

apabila di siasat dengan lebih teliti, penyebab utamanya adalah disebabkan kadar pertumbuhan lelaki di dunia yang semakin berkurangan. pastinya, wanita2 di luar risau dengan masalah yang satu ini.

untuk mendalami secara mendalam makna jeles yang sebenar, mari kita ikuti perbualan Rokimin dan Jaitun.

J : bee, u selalu buat i jeles lah.
R : bila masa i buat u jeles?
J : selalu tau.
R : yeke? hm, yang..
J : ye bee.
R : apa makna jeles bagi u?
J : jeles? banyak makna tau. u nak yang mana satu?
R : mana2 lah.
J : jeles tu maknanya CEMBURU.
R : .....

sekian. * to be continue...*


p/s : cemburu tu tandanya sayang lah. kan? kan? ^^

segmen : kami sayang teman blogger-terjahan kedua~

assalamualaikum. ;)

 klik SINI saja. ^^

hohohoho.
ini adalah tugasan seterusnya. *wink2* aku dalam kumpulan TUJUH. ;)
mari dengar kata2 ku sebarang dua ini.
ehem.
*betulkan speaker. erk~*

simple blog. nice beb. ala2 pinky gitu~ :p

 
nice blog beb. cuma, yang tak nice word verification tu. kalau boleh, buang je lah. susah mau komen komen. hikhik ;)
 
ha, ni pon dah nice dah. tang word verification tu tak nice sikit lah dear. hope boleh alihkan ye :p

opkos lah nice~ *pasaan* haha :p
 
 yang ni ok. comel saja~ ;)
 
nice blog juga. ;)

done!
 
sekian.

segmen : kami sayang rakan blogger, terjahan pertama~

assalamualaikum. ;)


*
*
*
*
*
*
*

tugasan seterusnya, senaraikan semua link dan header.aku termasuk kat kumpulan EMPAT. ;)
*ehem.*
tuan tanah kedaung
done!
sekian.