Siti Kektus: September 2011

Cerita MizzTina

Friday, 30 September 2011

kerana kaki tajam berduri~

assalamualaikum. ;)


pepatah mengatakan, kerana mulut, badan binasa. maka, jagalah mulut korang semua baik2 ye kalau tak nak cili hinggap di bibir mungil korang semua dan badan berbisa-bisa tak ketentuan hala.


itu kerana mulut.
tapi, jika kerana kaki?


 
maka, ini lah yang binasa.
 
 
*
 
 
*
 
 
*
 
 
*
 
 
*
 
 
*
 
 
*
 
 
*
 
 
*
 
 
*
 
 
*
 
 
huh!
patah lagi sepit baju aku.
tinggal berapa ketul na dalam simpanan. 
dasar kaki tak reti jaga diri. 
sobs.


sekian.


p/s : alhamdulillah. Mekdi ( Chicken McDeluxe ) berjaya menapak di dalam perut. hihihi ;)
 

Thursday, 29 September 2011

bini-biniku gangster, rojak asma dan BE~

assalamualaikum. ;)



hari tu ( selasa ), pergi menonton bini-biniku gangster. ada orang cakap cerita tu tak best. bagi aku, okeh je, sebab mampu buat aku gelak terbahak-bahak. aku ni memang aneh sikit, orang lain cakap  cerita tu tak best, aku kata best. cerita yang best aku kata tak best.


macam cerita transformer darkmoon tu. orang kata cerita tu seronok giler, giler, giler. tapi bila aku yang tengok, hmmmm bikin ngantok dan buat aku tidur dalam wayang saja.


meow!


dalam entri ni, aku ada cakap nak makan rojak asma, tapi giler kempunan weh sebab kat pesta konvo tak de pulak yang jual. maka terpaksalah mengajak bodyguard makan kat luar. dan sebab tu dapat tengok bini-biniku gangster. thanks ye bodyguard. 


sila bayangkan rupa 
bubur nasi+telur masin+sayur kangkung+ ikan bilis,
tomyam campur yang ada udang, ketam dan sotong,
telur dadar yang gebu 
dan air limau yang menggoda jiwa. 
peh! 


bila dah tak dapat rojak asma, maka haruslah membalas dendam pada makanan lain. amek kau: bubur nasi, tomyam campur, telur dadar sama air limau suam aku order. rasa eksaited giler aku makan malam tu. tak kembung pulak perut kiut ini. ajaib2.


balik dari tengok BBG, sesaja jengah nuffnang, sekali lagi rezeki di terima. dapat BE lagi. sekarang ada dua BE yang berlegar2. tapi, tak lah muai mana hasilnya. cukuplah sekadar senyuman yang terukir di bibir tatkala melihat bufferred earning.




sekian.


p/s : membayangkan burger DCB mekdi tatkala mencecah biskut ke dalam air milo pagi tadi. hukhuk

cara matikan serangga charlie~

assalamualaikum. ;)


charlie ( kumbang rove ), nama yang tak asing lagi bagi mereka yang duduk bahagian utara. kan? kalau orang belah selatan, maybe jakun sikit. macam aku. yela, bukan pernah ada serangga tu merayap2 kat belakang rumah. kalau kumbang tanduk tu banyak le.


inilah rupa charlie. terima kasih en.google. festime aku dengar pasal charlie ni masa aku first year kot. giler jakun punya jakun punya jakun. dan ini pon festime aku tengok si charlie. selama ni tak pernah nak cari pon. hehehe


dah jumpa si charlie pon tak pernah, mana lah tahu cara nak mematikannya kalau dia datang menyerang. tapi tak pe, google boleh membantu kan?


maka, yang perlu dilakukan untul mematikannya hanyalah :

     *jangan memicit dengan jari atau mengetuk dengan menggunakan tangan.

     *kertas dan kain boleh digunakan untuk menghindarinya.

     *pastikan, menggunakan pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang.

     *menggunakan penyembur serangga.

     *kurangkan penggunaan cahaya pada waktu malam ( charlie sukakan cahaya ).


bagi yang tak tahu, charlie ni mempunyai toksin sentuhan serangga yang paling berbisa di dunia ( toksin pederin ). bagi yang dah pernah terkena mestilah lagi memahami si charlie ni kan. apa dia suka, apa dia tak suka. kan? kan?


sekian.


p/s : dulu aku ingat kat plkn saja ada nama CHARLIE. -_-'




SUMBER : SINI dan SINI

Wednesday, 28 September 2011

dah tahu tak reti tu, tanya lah. bijak. bijak~

assalamualaikum. ;)


bak kata pepatah, malu bartanya sesat jalan. aku lah tu. tapi, tak lah sesat sampai ke benua antartika ke, afrika selatan ke. tak. tak. tak. cuma ini saja yang aku sesat. bukaka mata, bukak dada. perati bebetul yo.



perasan bukan kelainan di situ?


ya. aku cuba meletakkan link contest yang aku telah tag pada MizzKechique. tapi, permasalahan yang timbul, sebelom ni aku tak pernah pon teringin nak buat [link] tu. entah macam mana, datang pulak angin laut china selatan menyeru supaya men 'try' meletakkan link kat shoutbox.


dah nama pon tak pernah buat, maka tak tahu lah bagaimana caranya nak melakukannya. memandangkan aku dah makin pintar kununnya, maka aku aplikasikanlah tutorial meletakkan link dalam komen entri ke dalam shoutbox.


see. bijak bukan?


tahu dah. namun sebijak-bijak aku, caca marba jugak hasilnya. buat malu saja. padan muka. padan muka. ada mulut tak reti nak bertanya. orang2 seantero dunia semua dah reti, kau sorang saja tak reti siti kektus. ketinggalan betul.


walaupun usaha pertama kali tak berjaya, tak apa. kita usaha lagi, usaha dan usaha. yela usaha kan tangga kejayaan. pada yang tak reti tu tak usah khuatir, korang just letak url tu kat kat shoutbox tu je. nanti automatik dia jadi [link]. haha 


macam yang aku buat semula ni. see, comel terletak link tu kan. lalalala ( tangan di bahu, mata melilau ).





sekian.


p/s : pelan2 kayuh sudah. kan? ;)

Tuesday, 27 September 2011

siti kektus orang jawa, bukan orang jepun~

assalamualaikum. ;)


seronok kan bila kita mampu menguasai lebih daripada satu bahasa. tapi zaman sekarang at least dua bahasa dah boleh kuasai lah kan : BM dan BI. kalau yang jawa macam aku dapatlah tambah lagi satu bahasa : bahasa jawa.


bangga lah kununnya pandai cakap jawa. padahal yang retinya cuma,


'kabare?' : apa khabar
'waras' : khabar baik

'wes mangan urong' : dah makan ke belum
'wes' : dah


buat malu kaum jawa saja aku ni. ish2. tapi kan, ada seorang budak ni mentang2 lah dia reti bermacam bahasa, boleh pulak dia bagi komen rupa ini.



korang nampak kan dia cuba berjepunan sama aku. kalau aku tak tau dia belajar kat jepun, mau aku kata tu tulisan mandarin. tak pon korea. yela, sepesen je aku tengok lenggok huruf nya. lainlah kalau dia tulis tulisan jawi, fahamlah jugak aku.


dah tu suruh aku teka pulak. huh! sabar kan je lah. nasiblah aku ni sepintar jue. yela, google kan ada untuk mentranslate segala bagai ni. kau tunggu je la fatin. aku google siap2 ni.


nah. jawapan dari uncle google. BM ada. BI pon ada. Jawa? tak payah kot.



tapi. aku masih tak dapat nak tangkap apa sebenarnya yang cuba disampaikan si fatin ni. adakah google yang salah sebab hari ni kan besday ia atau ayat tu yang salah. aku sendiri pon tak tau. sebab aku tak pernah belajar bahasa jepun lagi. ekekeke


sekian.


p/s : cepatlah pukul 5 petang. tak sabar nak cari rojak asma. asyik mengidam saja lah aku ni. aish.

dress kondom lah~

assalamualaikum. ;)


dari kejauhan nampak indah dipandang dress cream2 putih ni. tengok sekali imbas pon dah terserlah kecantikan dress ni. kalau boleh nak tengok dua, tiga kali. yela, dress cantik siapa tak suka.






dalam kepala dah terfikir boleh pakai p dinner ala2 candle night ni nanti. nampak macam vouge de baboomm!


tapi, tapi, dan tapi. itu pabila ditengok dari jauh. namun bila di lihat dari jarak dekat, cer tengok betul2.






what? tak nampak apa yang pelik? baik2. meh ai tell yu bebeh. dress itu dari kondom.


sekian. 


p/s : eeww. entah pape. ni festime aku tengok. a little bit of jakun la yo :p


SUMBER : KLIK AJE

Monday, 26 September 2011

rumah siti kektus. sila lah datang~

assalamualaikum. ;)


dah ada sofa eksklusif, tak lengkap rasanya kalau tiada rumah eksklusif untuk siti kektus. tang sofa tu, korang tak payah risau sangat. duri2 kektus tu jenis yang lembut, kalau duduk tak koyak pon muntot tu lah. lagi2 si Fathiah hamim tu. toksah risau na. haha


nah.


tengok lah rumah siti kektus 10 tahun akan datang. eksklusif sama macam sofa ai tak? baru lah nampak sepadan bagai pinang di belah dua kan? haha ini obersi mari ma. ingat senang ke nak dapat. susah tau. limited edition ni.




luar je nampak ekstrem ok. tapi bila masuk dalam, fulamak, macam dalam istana bai. tergamam korang nanti. siap ada lampu liplap2 tau. silalah percaya walau itu imaginasi yang tak tercapai akal semata. ;p


dah. dah. nak gebang tu je. babai!


sekian.


p/s : rasa nak muntah makan pizza semalam. pehal entah. -_-'

Sunday, 25 September 2011

nombor roman ( sistem angka rom kuno )

Assalamualaikum. ;)


hai semua!


Siapa bermata duitan, mesti orang tu suka nombor. Siapa love kan matematik, orang tu pon mesti sukakan nombor. Siapa suka main nombor ekor, terang tang2 lah kan dia memang minat giler pada nombor.


cuba tanya kat mereka2 yang suka nombor ni, adakah mereka mengenali nombor dalam sistem rom kuno atau bahasa ringkasnya nombor roman? kalau dah tahu, tahniah lah. maknanya, mereka2 tu semua memang peminat setia nombor lah.


tetapi, bagi yang tak tahu tak apa. tak payah nak dok kalut sangat. meh sini aku tunjuk serba sedikit pasal nombor roman ni.


nombor roman ni so simple sebenarnya. tapi untuk kategori sa sahaja lah. macam kat bawah ni.


see. senang kan? nak hafal sebelah mata pon tak de hal lah. tapi, yang menjadi susahnya bila dia dah jadi ratus dan ribu.


kalau di peratikan gambar di atas. setiap huruf tu mewakili angka2 tersendiri. untuk menentukan 2134 dalam nombor roman, kita mesti menulisnya daripada turutan ribu, ratus, puluh dan sa.


contoh, 2134 :

2 ribu : MM
1 ratus : C
3 puluh : XXX
4 : IV


maka, MMCXXXIV.


maai. tak macam panjang giler kau nak menulisnya ha. nak tulis no kad pengenalan pon makan masa jugak nanti. leceh2. sebab itu lah ia tak di praktikkan kot dalam abad ini. mau lenguh jari jemari nanti.


ini apa yang aku faham lah ye. lain kali aku cerita lagi. kalau salah harap maaf sangat2. aku pon baru nak mencuba memahami penulisan nombor roman ni. ;)


sekian.


p/s : jom pizza. ada orang nak belanja ni. haha ;p


sumber : wikipedia

Friday, 23 September 2011

sofa eksklusif siti kektus~

assalamualaikum. ;)


credit : bukan belog kamu 


korang ada? nan hadoo na. haha


kalau tak ada aral melintang, raya tahun depan dah ada lah sofa eksklusif ni kat rumah. ha, alang2 dah nak ada sofa baru kan, jemputlah datang beraya ke rumah tahun depan ye.


nanti aku hantarlah kad raya siap dengan peta p rumah aku sekali. alaa, bukan jauh na pon, kat johor ni je. nanti, boleh lah dapat duit raya pakej dengan duri kektus sekali. bukan senang nak dapat tau.


tapi, jangan lupa, nak datang beraya rumah siti kektus ni kena pakai seluar kecik yang tebal sikit. kalau tak, balik rumah kang, baju tukar kaler lain pulak gara2 muntot tak cukup kebal nak duduk atas sofa baru aku tu. tapi, bagi yang kebal tu, pakai nipis2 pon tak pe. tak de hal punya lah kan? haha


dah. dah. wa berlalu pergi dulu ok. nak bergotong royong bersihkan keliling rumah ni. ok, babai!


sekian.


p/s : ada sesiapa nak order sofa eksklusif tu jugak? pm aku nanti tau. haha ;p

JOM MENONTON FILEM LIBAS by Mak Dara~

assalamualaikum. ;)


hari ini mau bercontest2 dahulu yo dari Mak Dara.


setelah di tag jejaka macho lah kununnya iaitu Bro Ahmad, maka menggagahkan diri mengjoinkan diri. yela, tinggal 30 minit lagi je ni dah nak tamat.


tak pe. tak pe. aku gagahkan diri jugak demi LIBAS.



dalam bercontest mestilah ada syarat2 nya kan. mak dara suruh buat slogan. reti pulak aku. review? lagi lah tak reti. kartun? nan hado lah. kang jadi rupa cacing saja. pantun? boleh lah sikit2 kot. kot lah ye. 


berjalan Rosyam Nor bersama Scha Al-Yahya,
terserempak Johan mula lah nak berdalih-dalih,
mak dara yang cantik anggun dan bergaya,
siti kektus nak tiket wayang LIBAS free boleh?


hari2 ratah sambal belacan,
makan bersama mr neo,
manalah tahu hari ni rezeki siti kektus kan,
dapat nanti tiket free yo.


bukan susah na berpantun ni kan. lalala. ok, mau tag TOP, EYFA dan IPAI. tak tau lah sempat ke tak dorang mau join. tinggal beberapa minit je lagi. maapkan daku ye. sob sob.


sekian.

Contest : Blog Hot And Cool~

assalamualaikum. ;)


mari bercontest lagi. haha
 nak join? SINISINI

ini setelah di tag oleh en. kancil8349. segan pulak mau join. belog ini suam2 air masak saja. tak hot tak cool.


tapi, mana tau kot2 ada rezeki siti kektus lagi kan, dapatlah hadiah dari AM ( anis maisarah ). due date nya, 20 oktober 2011. jom2 beramai2 join. ;)


tag MizzKechique ngan Bro ahmad. ( tangan gatal tertag. maap. maap. ;p )


sekian.

Thursday, 22 September 2011

fuuuu faces | buruk bebeno lah~

assalamualaikum. ;)


comel tak? comel tak? haha


mesti semua dah kenal dengan kartun sepesen ni kan? apa tak kenal? eh, eh. sama lah kita. haha


ini fuuuu ye namanya. huruf U itu wajib empat yo ( rule sendiri ). ekceli, aku baru je tahu pasal kartun ni sebab sebelum2 ni aku tak nak ambil tahu langsung. sikit pon tak mau. alasan terbaik? memang sengaja tak nak ambil tau sebab sekali pandang macam... errr... macam... macam tu lah. ;p


tapi semenjak dua menjak si  eyfaalias asyik post muka ni saja dalam entri dia, aku pon semacam tergedik2 dan terkinja2 ingin mencari, kartun apakah yang dia tergilakan sangat tu. maka, dapatlah jawapannya sudah.


cuba perati bebetul, tak ada langsung sifat kecomelan di situ. lagi2 bila part dia dah ke-tension-an sesangat. muka platipus pon nampak lagi kiut miut tahu. kalau lah kat alam realiti ni ada muka macam ni, macam mana lah gayanya kan.


nah. layan lah sikit fuuuu yang 'chumel' ni.

credit : eyfa


sekian.


p/s : fifi fairuz fuyooo adik beradik dengan fuuuu ni ke tak ek? ;p

siapa kita hari ini, itulah mereka di masa hadapan~

assalamualaikum. ;) 


biasa dengar tentang  bapak borek anak rintik? ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? bagaimana acuan begitulah kuihnya?


google

daripada tiga peribahasa ni, aku semacam terfikir, kalau orang dulu2 dah berkata, sedikit sebanyak perangai anak2 itu datangnya daripada ibu bapa sendiri. maknanya, kalau kita nak tahu macam mana perangai anak2 kita kelak, cuba kita lihat perangai kita pada hari ni.


jika hari ini, kita gemar membaca buku, kemungkinan anak2 akan menjadi ulat buku kelak. jika hari ini kita suka membantu orang yang dalam kesusahan, kebarangkalian anak2 turut ringan tulang juga nanti. walau tak banyak, sedikit pasti ada sifat2 itu.


jika hari ini, kita gemar merempit, menghisap dadah, merompak, kelabing ( clubbing ), menjadi gansgter, melakukan vandalism dan gemar mengumpat sana-sini, maka, bagaimana anak2 di masa hadapan kelak? sudah pasti kita dapat mengagak hasilnya bukan.


kalau nak dapatkan hasil yang baik, kita mesti berubah jadi baik terlebih dahulu. kalau nak hasil yang kurang baik, tak payah buat perubahan pon tak apa.


fikir2 kan lah. ini hanya pandangan seorang remaja yang belum berumahtangga. kalau tersilap, harap maaf lah. ini lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. tak ada yang sempurna di dunia ini.


sekian.


p/s : tiap minggu boleh balik rumah sebab jumaat tak da kelas. yayy! :p

Wednesday, 21 September 2011

price tag is compulsory~

assalamualaikum. ;)


apa perasaan menggunakan sepersalinan yang berjenama terkenal siap dengan tag tak mau tanggal? kalau boleh jalan pon nak yang macam model biar semua orang pandang 360 darjah celcius.


tak cukup dengan tu. nak nampak ke-glemer-an nya lagi, di tambah eksesori yang gah kununnya. biar terbeliak mata orang yang memandangnya. dah alang2 bergaya, biarlah orang lain nampak gayanya kan. apa guna beli barang mahal tak tunjuk.


kadang2 terasa rimas dengan sesetengah orang yang menggunakan barang berjenama terkenal lah katakan semata-mata nak menunjuk. yela, orang lain mungkin tak mampu beli apa yang dia beli. kalau boleh, kat dalam dunia ni, cuma dia saja lah yang mampu beli barang macam tu. dia saja.


tolonglah. orang bukan tanya lah : 'hai u. berapa harga baju u ni? i punya rm300 tau. beli kat butik bla bla bla.' eeww. hanya orang yang sepesen mereka ( orang yang suka menunjuk ) yang akan bertanya macam tu.


tak salah membeli barang berjenama terkenal. ada duit, ada kehendak beli saja lah. itu hak masing2 lah kan. yang kurang bestnya, part suka menunjuk-nunjuk tu. bukan semua orang boleh terima kelakuan sebegitu.


dah dah. nak tepek bedak sejuk kat muka. terasa panas pulak.


sekian.


p/s : dapat BE baru dari Asustek Computer Malaysia lagi. sama macam ms.red. hehe rezeki bulan syawal lagi. tenkiu mr.Nuffnang. ;)

Tuesday, 20 September 2011

Tips : elak kan air mata menitis ke pipi~

assalamualaikum. ;)


perempuan dan air mata sangat memerlukan antara satu sama lain ibarat irama dan lagu. orang lain yang kata ea, bukan aku.

hai. saya bukan budak menjeng yo. ;p

bulu mata jatuh, dah tahu sebabnya. bulu mata masuk dalam mata, pon dah tahu puncanya. bila air mata jatuh? oohhh. itu begitu banyak faktor2 nya ye. salah satunya, pertelingkahan antara seorang lelaki dan seorang wanita.


aku bukan nak cerita faktor2 air mata menitis ke pipi pauh di layang itu. cuma nak ajar sedikit bagaimanakah caranya untuk mengontrol keayuan atau kemachoan diri agar air mata tidak menitis di hadapan teman2 rapat, mahupon boipren/gepren tatkala berlakunya pergolakan emosi.


caranya, so simple dear.


apabila diri merasakan air mata hendak mengalir keluar dari mata, cepat2 lah menghalakan anak mata ke atas. umpama memandang ke langit nan biru itu. namun, jika masa itu berada dalam bilik, pandang ke arah siling sudah memadai.


tapi tidak perlu lah nak mendongak beria sangat. cukup lah macam tangan di bahu, mata ke atas. tang tangan tu tak payah buat pon tak apa. ingat, pada masa tu, air mata baru sahaja nak bergenang ye. bukan dah bergenang baru di halakan mata ke atas. itu tiada guna sudah.


dapat tak? kalau tak dapat, cuba sampai dapat na. sebab biasanya, aku buat jadi je. hihi


okeh. itu sahaja tips hari ni.


sekian.


p/s : mekdi. mekdi. mekdi. ;(

seposen dan Bro Ahmad ~

Assalamualaikum. ;)


selepas duit syiling satu hengget malaysia di lupuskan daripada penggunaan sehari-harian ekoran kehadiran duit kertas RM1 yang baru, tibalah giliran duit syiling satu sen pula. Barangkali, dengan pelupusan duit syiling 1 sen, dapatlah kerajaan membantu peniaga2 memperoleh keuntungan yang lebih sedikit.


Mana tidak nya, jika setiap barang yang dijual berharga RMxx.x9. pastinya peniaga sudah mendapat keuntungan 1 sen free2 saja di situ. iye lah, sekarang kan dah guna sistem bundarkan. itu baru seorang. jika seratus orang? seribu orang? ambil kalkulator dan kira lah sendiri ye.



Aku dapat merasakan, selepas ni giliran duit syiling seposen pulak yang mungkin di lupuskan. hanya menunggu masanya sahaja. adakah 10 tahun akan datang? 100 akan datang. kita hanya mampu wait and see saja lah.


Mesti terkilan BRO AHMAD nanti. yela, duit syiling kesayangan dia tu weh. Entah2, lepas ni seguni BRO AHMAD kumpul duit syiling seposen buat koleksi untuk tunjuk kat anak cucu kelak. yela, tak mungkin lapuk dek hujan, tak kan lekang dek panas kenangan duit syiling tu kununnya. lalala :p


sekian.


P/s : err, BRO AHMAD, mana mekdi? kata mau belanja. nak Double Cheese Burger dua ok. ;p


( ini segmen BRO AHMAD. nak join, meh SINI. )

Monday, 19 September 2011

bila bulu mata jatuh dan masuk mata ~

assalamualaikum. ;)


orang dulu2 cakap, kalau bulu mata jatuh, tandanya ada orang rindu. seronoklah kan siapa2 yang bulu mata dia jatuh. ada orang rindu tu. tapi, yang tak syoknya kita tak tau lah siapa yang merindui kita. 


adakah emak? ayah? boipren/gepren? atau pon kematian? hmm.


tapi, kalau orang yang dengki tak nak kasi orang lain nampak cantik, tiap2 hari lah dia merindui orang tu. yela, nak kasi bulu mata dia luruh semua. nanti mata dia tak ada bulu lagi lah kan. togel semacam.


itu kes bulu mata jatuh sahaja. tapi, kalau bulu mata jatuh dan masuk dalam mata kita tanpa kita sedar, apa pula maksudnya? adakah kita akan mengalami sesuatu yang di luar jangkaan? sesuatu yang mungkin menyentap jiwa raga?


hei. sudah sudah lah tu. tak payah nak di fikirkan sampai ke laut mati sana. positifkan diri ok.


bulu mata masuk dalam mata, mungkin disebabkan terlebih gonyoh ( gosok ) mata tu kot. tu pasal dia tersangkut dan terus masuk dalam mata. hehe setakat ni aku okeh je bila kena macam tu. tak ada pape side effect pulak yang timbul.


cuma, kalau nak buang bulu mata yang kat dalam mata tu, bersihkan sikit tangan tu. kot2 ada kuman ke kang. tak ke naya. ish2.


sekian.


p/s : tetiba rasa nak makan mekdi pulak.

problem loading page~

assalamualaikum. ;)


asyik asyik problem loading page saje. nak blogwalking dengan tenang pon tak senang lah. katanya server not found. ingatkan bila dah balik univesiti line internet dah cukup perfect. rupanya sepesen je dengan line internet waktu di kampung halaman terchenta.


hari pertama menjejakkan kaki ke bilik kesayangan, wifi masih elok molek berfungsi. hati pon girang sentiasa sebab dapat berblogging dan beronline tanpa perasaan was-was. masuk hari kelapan, kesembilan, mula lah line internet menggelabah tak tentu pasal.


nak bukak dashboard pon tunggu dua ke tiga minit baru dia siap loading. itu baru dashboard, belum page2 korang2 yang comel2 lagi kacak2 tu. pada yang blog ringan tu, beruntung lah sebab dapatlah aku tengok sekilas dua. yang berat teramat tu, hmmm.


nasib baik ada brokben yang kiut miut tu. dapatlah membantu melancarkan emosi ku yang kian tecalar dek wifi yang kurang memberangsangkan. maka dapatlah aku berkomen-komen di entri kalian dengan ke-eksaited-an nya.


ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. lepas sepuluh ke limabelas minit kemudian, line brokben pon mulalah nak menggelabah sama. alahai, nasib badan. dia suruh aku belajar lah tu kot supaya dapat dean list sem ni.


itu cerita malam tadi. sekarang line ok lah sikit. ;)


sekian.


p/s : BE yang dulu2 dah jadi ME. harap en.Nuffnang bagi lah lagi nanti ye. stok BE dah tak de ni. ;)

Sunday, 18 September 2011

stokin si kerusi~

assalamualaikum. ;)


kini, penggunaan stokin bukan sahaja terhad kepada golongan berdarah panas iaitu manusia. malah, golongan yang tidak berdarah turut berkeinginan untuk menggunakan stokin. barangkali, golongan ini khuatir mereka di katakan ketinggalan zaman.


alahai. sempitnya pemikiran!

ini kawan aku punya.
aku ambil gambar ni senyap2.
tolong jangan bagitau dia okeh. ;)

tolong buka fikiran tu luas2 ye cik dan encik kerusi. kalau korang tak pakai stokin pon, tak ada orang kisah lah. setakat stokin kaler pink bintik2, apa kelas. lain lah kalau pakai corak ribena, baru lah orang pandang sambil cakap, 'kelasss kau jah'.


apa motif kau sibuk nak pakai stokin sebenarnya ha? dengar cerita, kau nak elak tikar getah kat tempat kau dari terkoyak dek ketajaman kaki kau tu dan nak elak lantai beralaskan jubin kelas pertama tu dari calar-balar. boleh percaya ke?


entah2, indah khabar dari rupa je kau ni kerusi. ke, sebenarnya kau ni pakai stokin sebab nak lap habuk yang bertaburan di lantai ekoran ketiadaan tukang sapu untuk menyapu? iye lah, bukan semua punyai masa terluang untuk menyapu kan. mengemop, apatah lagi.


sudah2 lah tu kerusi. tak payah lah nak berlagak sangat okeh.


sekian.


p/s : kali pertama aku tahu kerusi pon perlukan stokin. alahai siti. ketinggalannya kau!




***indah khabar dari rupa
 ( perkhabaran yang di lebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenar )

1 GA Cik Najihah : Meriah Yaw~

assalamualaikum. ;)


pejam celik pejam celik dah hari ahad kan? sekejap nya masa berlalu. masih berelgar-legar di ingatan akan kenangan2 lalu yang mencuit hati. namun, barang yang lepas usah lah di kenang sangat kan. kang memakan diri sendiri pula. hmm.


aha! hari ini mau berGA lah. tak pe kan? ;)


nak join?

okeh. done!


sekian


p/s : hari ni sambung baraan yang tak habis lagi dari semalam. malam kang baru aku BW yo. dun miss me. ;p

Friday, 16 September 2011

pecahkan biskut cream crackers cara mudah~

assalamualaikum. ;)


selamat siang dunia!


bagi student yang hidup di perantauan macam aku, pastinya biskut kering atau nama saintifiknya cream crackers jenama hup seng atau pun jenama julie's ( plastik kaler hijau tu ) menjadi pilihan utama di kala sang perut tercomel memerlukan santapan.


pastinya tidak lengkap jika menyuakan biskut kering ke dalam rongga mulut tanpa mencecahnya dengan air milo panas terlebih dahulu. gabungan yang mantap ini, di rasakan tersangat lah enak tatkala gabungan itu bersatu dan mengalir perlahan menuju ke perut terchenta.


huh! penatlah berpuitis.


ekceli aku nak ajar cara pecahkan biskut kering tu je. yela, bukan semua orang memiliki cawan besar gabak yang boleh memuatkan biskut kering berbentuk segi empat itu. maka, penyelesaian terbaik, terpaksalah belah dua kan?


nak belah biskut tu menjadi dua pon, ada caranya. bukan boleh main hentam taram saja. mau berkecai biskut tu nanti. dah tak boleh di celup dalam milo panas.


step i


pastikan stok biskut kering masih ada ( jenama apa saja boleh ) dan bukannya biskut marie yang bulat itu ye.


step ii


jika di perhatikan betul2, biskut kering itu terdapat garis2 lurus bukan? pastikan garisan lurus itu menghala kebawah ( vertical ) dan bukannya melintang ( horizontal )


step iii


patahkan biskut kering kepada dua bahagian dengan menekan di bahagian tengah biskut tersebut. ingat, pastikan garis2 lurus itu kebawah ye.


step iv



bolehlah di celup kedalam milo panas dan sedia untuk di ngap! oh. jika hendak di celup bersama air teh panas, mahupun nescafe panas pon boleh. tiada masalah. yang penting, hati girang perut pon senang. apecelup!


bukannya susah sangat pon kan. tapi kalau tak berjaya jugak, tak mengapa. cuba dan cuba dan cuba sampailah sukses umpama menggenggam bara api biarlah sampai jarang arang tau. ;)


sekian.


p/s : kenyang sudah perut ku di pagi hari ini. nak balik rumah. babai! ;)

Thursday, 15 September 2011

cuci gigi ( penskaleran ) ~

assalamualaikum. ;)


tett tett. tett tett.


bergegar meja study ku dengan kehadiran mesej di kala jarum jam menginjak ke pukul 11.45 malam. telefon bimbit X3-2 ku yang berkaler hitam itu ku pandang sepi. siapa pulak nak bermesra dengan aku malam2 buta ni. aish.


'esok komfem pergi cuci gigi?' oh si mimi rupanya.

'ok je. jomlah. naik aku je la ea.' balas ku ringkas. mood nak bermesra secara berlebihan kosong.

'beres2.' balasnya.


maka, tepat jam 9 pagi keesokkan harinya selepas terpublishnya entri ini, aku pon memulakan perjalan menuju ke pusat kesihatan bersama dua orang kawanku. almaklumlah, dah ada kemudahan yang di beri, baiklah digunakan sepenuhnya. ye dak? tak perlu lah nak menyusahkan diri ke klinik swasta pula.


tepat jam 9.37 pagi, selesai sudah aktiviti mencuci gigi. peh, masyuk giler wa cakap lu bai. terasa lagi ke-ngiluan-nya sehingga ke detik ini. terngiang2 lagi bunyi nging nging nging mesin itu yang berlaga dengan gigi2 ku. tak pe lah, nak gigi cantik punya pasal kan.


nasib baik lah bayaran yang di kenakan hanya rm4. jika ke klinik swasta boleh mencecah rm50 ke rm60 barangkali. almaklumlah, nama pon student. bukannya berduit sangat pon. setakat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. apa lah yang ada sangat kan.


kerana kegigihan ku menjejakkan kaki ke situ lah, baru ku tahu rupanya pencucian gigi itu di kenali sebagai penskaleran ( scaling ). jakun ke aku? sudah tentu lah. sejak darjah satu sehingga ke tingkatan 5, aku tak pernah dengar misi yang selalu datang ke sekolah cakap, 


'ok, lepas ni awak kena penskaleran tau.'


korang pernah ke?


sekian.


p/s : gigi aku pon nak sambut merdeka esok. ;)




nak tau pasal cuci gigi, boleh tekan SINI dan SINI.

itu lama, ini baru~

assalamualaikum. ;)


tiada yang lama maka tiada lah yang baru bukan? itu norma kehidupan lah bai. dengan kemajuan teknologi nya, dengan IQ manusia yang semakin meninggi nya, dengan pertambahan manusia yang tak pernah surut nya. semua tu antara sebab kenapa banyak benda baru wujud.


lagi pon, kalau tak di pecah kan ruyung, manakan dapat sagunya kan? ( buat2 ada kaitan yo )


err. ini antara lama dan baru yang sempat otak kecilku fikirkan, ada banyak lagi sebenarnya. mungkin korang semua boleh turut mengasah minda hari ni memikirkan apa yang lama dan baru. tak salah kan? hihi ;p


alat pengisar



mesin basuh



telefon





seterika



norman hakim

eerrr..




sekian.


p/s : mau cuci gigi kat klinik sekejap lagi. nanti dapatlah gigi baru lepas cuci , kan? ;p


gambar : credit to google

Wednesday, 14 September 2011

ini tabung bukan dari LONDON~

assalamualaikum. ;)


sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.


itu peribahasa yang biasa di dengar sejak di bangku sekolah tadika lagi yang sinonim dengan amalan meyimpan duit atau juga di kenali sebagai menabung. mengapa sejak tadika lagi sudah di ajar amalan ini? jawapannya : melentur buluh biarlah dari rebungnya kan.


semalam aku baca entri si DIA ni pasal tabung. ada tabung ikat mati habis dan tabung keluar masuk. mana dia dapat istilah ni, aku pon tak tau. haha


bagi mengatasi masalah suka mengeluarkan duit simpanan tidak kira walau di mana sahaja ia telah di sorokkan ( aku lah tu ), pastinya tabung jenis ikat mati habis yang menjadi pilihan.


ini tabung bukan dari LONDON.
ia dari di beli di econsave. 
hargan berpatutan, hanya rm3.90 sahaja.


tabung tersebut dari aluminium kot dan sedikit keras berbanding tin air minuman. untuk menghancurkan atau mengopakkannya, sebatang tukul besi dan sebatang paku diperlukan. kelihatan rumit bukan? adakah berbaloi mengopakkannya demi rm1.50? hmm.


pada mereka yang gemar membasuh baju menggunakan mesin basuh rm1.50 ataupun pengguna tegar public phone, tabung daripada bekas jam blackcurrent ini sangat lah sesuai. 2 in 1 gitu. pakej terbaik ni. perut kenyang, duit pon tersimpan. ;)


tuntasnya, marilah kita manabung beramai-ramai demi masa depan ye. topup pon dah nak naik harga. nasi ayam penyet yang menjadi feveret pon dah naik jadi rm5 daripada rm4.50. aish.




sekian.




p/s : untuk kawen, simpan duit kat bank. ;p

Tuesday, 13 September 2011

permulaan semester baru mendatangkan kesan mendalam~

assalamualaikum. ;)


minggu ni ni hampir semua mahasiswa dan mahasiswi universiti sudah kembali ke pusat pengajian tinggi masing2 untuk memasuki semester baru bukan? aku sudah tentu tidak terkecuali. eksaited? sudah semestinya. kangen mau ketemu sama teman2 sepermainan si. 

motif : dia comel. hehe ;p

naik semester baru, barang2 semua sudah tentulah yang baru saja. barulah, semangat baru meresap ke dalam diri. barang lama? sudah lesap entah ke mana tanpa khabar berita. tak mengapa, duit raya kan ada. haha 


mungkin dengan kehadiran barang2 baru, membolehkan aku mendapat keputusan dekan semester ini. siapalah tahu kan? hehe tinggal sehari saja lagi sebelum kaki ku meninggalkan kampung halaman. barang2 pon sudah di list. manalah tahu kot2 ada barang yang tertinggal. menangis tak berlagu pula nanti.


baju settle. seluar settle. telekung settle. ehem2 settle. barang mandi settle. buku2 settle. stock makanan settle.


okeh. semua cukup nampaknya. selesai di packing, tak lah banyak mana beg yang perlu di angkut. setakat 3 beg balik kampung, 1 bakul, 2 kotak sederhana besar, 1 beg galas dan 1 handbag. biasalah, orang perempuan kan.


keesokkan harinya, tibalah sudah di kolej kediaman. selesai mengemas barang2, peluh2 jantan pon sudah menguasai diri. merengek2 minta di bersihkan daripada badan ini. apa lagi, di ambil barang mandi, ehem2, baju dan tuala.


eh, eh. mana tuala?


sengal! ggrr. -_-'


sekian.


p/s : nasiblah kain batik aku banyak. ;)

kaki besar gajah, nak cari kasut pon payah~

assalamualaikum. ;)


saiz kaki setiap individu pastinya tidak sama. almaklumlah, ada yang berkaki runcing, berkaki lebar, berkaki kontot, berkaki kecik ( macam cik soly-saiz 36 ) dan berkaki bangku, mungkin. kaki bangku tidak mengapa lagi, jangan kaki botol sudah. itu campak ke laut lagi elok. bagi jos makan.


bagi yang bersaiz normal, kira yang sedang2 saja tu, komfem tiada masalah yang timbul dalam misi pencarian kasut. tetapi untuk diriku yang bersaiz kaki gajah afrika ni, teramatlah payah mencari kasut mahupun sandal yang sesuai untuk di sarung di kaki ku ini. 


bila sudah bertemu dengan idaman kalbu, saiz pula tiada. bila dah jumpa saiz yang selesa dipakai, rupa parasnya pula kurang menarik perhatian. nampak macam cerewet kan? itu memang sifat aku. sampai kan, emak bising ekoran diriku yang terlalu memilih.


bukan apa, untuk keselesaan diri sendiri jugak kan. tak nampak cantik di mata orang lain tak apa lah. yang penting diri sendiri terasa hepi bila menyarungkannya ke kaki ku. tapi, jangan pula menjadi mangsa fesyen. itu sudah terover ye. tidak semena-mena jadi bahan usikan nanti.



jelas bukan nombor 2011-67 41 itu? perhatian, itu bukan nombor bertuah ye. 2011 itu mungkin tahun dikeluarkan. tahun ni lah maknanya. 67 tu, aku tak berkesempatan pula nak bertanya amoi kedai tu. yang 41 tu ha, tau kan apa? tak tau? pergi jumpa amoi kedai tu tanya.


( itulah saiz kasut aku. -_-' )


sekian.


p/s : selipar jepun pon aku kena pakai saiz 11. baru ngam. ;p




( credit to : soly )