Siti Kektus: November 2011

Cerita MizzTina

Tuesday, 29 November 2011

bila cinta beralih arah~

assalamualaikum. ;)


ada orang bila jumpa cinta pertama, terus setia hingga ke akhirnya. tapi ada juga yang tercari-cari bermacam-macam cinta, tapi satu pon tak lekat hingga ke hari ini. 


its ok dear. tak semua orang ada rezeki yang sama. yang penting kita kena rajin berusaha. kan? ini lah norma-norma kehidupan. tak semua orang perjalanan hidupnya tiada cabaran dan dugaan. chill okeh?

re-use. hehe :p


bila dah setia dengan cinta yang diperolehi, tetiba cinta itu pula berubah arah dalam sekelip mata. how? how? how? pastinya hati ini konfius di buatnya. kepala turut sama runsing memikirkan apa yang sewajarnya di lakukan, bukan?


mahu terus setia bersama cinta lama atau beralih kepada cinta baru? apa yang perlu di lakukan?


okeh. cuba ambil sedikit masa dan ruang. fikirkan sejenak, apakah kebaikan yang cinta dahulu telah berikan, layanannya terhadap diri sendiri dan cuba bandingkan dengan cinta yang baru di temui. mana yang lebih tinggi perkiraannya? semuanya di tangan sendiri.


kini, cintaku pada dunia blog sedikit caca marba di buatnya di sebabkan kehadiran cinta baru. maaf. tiada niat di hati ini ingin menduakan dunia blog, cuma cinta itu kini terbahagi dua kepada running man. hehe mungkin sebab itu juga kediaman maya yang satu ini sedikit terabai.




mulut kata tak nak tengok, tak nak tengok, tak nak tengok. tapi hati ini mendesak-desak agar terus tengok, terus tengok dan terus tengok running man. sedar tak sedar, dah episod 68 aku mengadap. hamek kau. punya lah addicted. hehehe


sorry ye kamu, kamu, kamu semua. dah lama tak bw dengan rakusnya. siapa yang nak rasa cintanya beralih arah, boleh lah cuba tengok running man. :)


sekian. 


thanks for reading. ^^

Wednesday, 16 November 2011

susah ke amalkan gaya hidup sihat?

assalamualaikum. ;)


adakah anda sihat? kalau ya, itu satu berita baik. kalau tidak, harap cepat2 sihat lah ye.


bukan susah sebenarnya nak amalkan gaya hidup yang sihat ni. sangat simple okeh. yang penting ada usaha. kalau tak ada usaha, tetiba nak dapat hasil yang baik ( sihat ), jangan mimpi lah. memang tak kan terjadi.


so, apa yang perlu di lakukan untuk kekal sihat?


MAKAN MAKANAN SEIMBANG

makanan seimbang ni termasuklah, protein, karbohidrat, kalsium, vitamin, lemak, mineral dan hasil tenusu. macam dalam piramid makanan tu. jika makanan di ambil dengan cara yang betul, insyaAllah, sihatlah tubuh badan korang.
ibarat pokok. ia memerlukan cahaya matahari, air dan udara untuk terus hidup. sama lah macam manusia memerlukan makanan sebagai sumber tenga.


JANGAN SKIP WAKTU MAKAN

bila kita skip waktu makan, kecenderungan tahap lapar bertambah pada waktu makan seterusnya adalah sangat tinggi. elok2 nak kurangkan makan, dah terlebih makan pula nanti. yela, dah lapar sangat2 kan. main sumbat je lah selagi termampu. makan je ikut waktunya. tak payah skip2.

siapa yang rugi nanti? diri sendiri jugak. pada yang nak kuruskan badan tu, kurangkan kuantiti makanan dah memadai.


MINUM AIR PUTIH

air putih mampu menyahkan toksid2 dalam badan. kita di sarankan minum 8 gelas sehari. kalau minum lagi banyak daripada tu, lagi bagus. lepasni, cuba gantikan minuman2 manis dengan air putih. akan rasa kelainannya nanti. lagi pon, air putih kan lagi jimat. nanti, duit buat beli air manis tu, boleh simpan buat kawen. hehe


BERSENAM

dah beria buat 4 benda kat atas tu, rasa tak complete pula kalau tak bersenam. boleh kalau tak mau bersenam, tapi hasil yang dapat cuma setakat itu je lah. tapi, kalau ditambah dengan senaman, hasilnya nanti lebih umph! percayalah. badan pon rasa cergas je nanti.

buat senaman ringan pon dah memadai. kalau tak nak bersenam, buatlah kerja2 rumah yang boleh mengeluarkan peluh. tapi, kalau larat, apa salahnya buat senaman yang berat sedikit.


see. tak susah kan nak dapatkan badan sihat yang cergas. semuanya terletak pada diri sendiri. nak seribu daya, tak nak seribu dalih. 


badan sihat otak cerdas. buat apa pon pantas. :)


sekian. 


thanks for reading bebeh ( s ). ^^