assalamualaikum. ;)
apa tu tiwul? pernah dengar tak?
tiwul tu sejenis makanan bagi masyarakat jawa zaman dulu2. kat indonesia pon popular jugak. si bro jawa yang sorang tu tak tahulah pernah makan ke tak tiwul ni. tapi, kalau si jue gebu, komfem2 dia tak pernah makan, sebab dia bukan jawa. err, rasanya lah dia tak pernah makan. hehe.
tiwul diperbuat daripada ubi kayu ataupun orang indonesia kata ketela pohon. mula2 ubi kayu dibersihkan dan dipotong kecil2. lepas tu, ia direndam dalam air bersih semalaman. setelah dibuang airnya, ia dijemur sehingga kering. selepas itu, bolehlah ditumbuk hingga menjadi serbuk tepung.
bila dah jadi tepung, boleh lah dimasak. cara nak masaknya, renjiskan air masin keatas tepung dan dibiarkan semalaman. esoknya, bolehlah dikukus dan sedia untuk dimakan ! biasanya orang makan tiwul ni cecah dengan kelapa.
tapi, itu proses orang dulu2 lah. emak kata, bau dia pon boleh tahan lah. bau tak sedap ok. hari tu emak aku ada buat tiwul ni sebab ada ubi kayu lebih. sesaja lah nak merasa tiwul ni macam mana kan.
emak tak buat pon cara leceh macam kat atas tu. ubi kayu yang dah dibersihkan tu emak cuma kisar dan keringkan. lepas tu, bolehlah dikukus. bau dia pon ok. tak busuk pon macam dulu2 punya. tekak ni boleh je terima. rasanya lebih kurang macam apam kukus. tapi, itu ikut tekak aku lah. hehehe
google : lebih kurang macam ni lah
bila dah digaul dengan kelapa.
aha ! mana lah tahu ada akak2 atau mak2 orang yang pernah makan tiwul ni, meh lah share ye. mana lah tahu ada pelbagai perasa ke kan. ;)
sekian.

















