Siti Kektus: May 2012

Cerita MizzTina

Monday, 14 May 2012

koleksi crochet baby booties

assalamualaikum. ;)


dua, tiga bulan lepas diri ni eksaited giler nak belajar mengait jarum satu (crochet). buat baby booties pon comot2 lagi. alhadulillah, makin lama makin ok. ok tu means so so lagi ye, belom sampai tahap professional lagi. buat design pon masih yang simple2. yang high level, tak reti lagi. mau bertukar jadi benda lain kang. tak pasal2 dibuang dalam tong sampah. huhuuu


tak pe tak pe. biar lambat asalkan selamat. practice make perfect kan ? :)


ini semua antara koleksi hasil crochet yang menjadi. yang tak menjadi lagi banyak sebenarnya dari yang jadi. takmau lah share yang tak jadi. malu lah den. den kongsikan yang menjadi je lah ye. thanks to kak tina comells.







maaflah ye. kualiti gambar kurang memuaskan.
anggaplah ni gambar zaman dulu kala. huhuuu




ahakkss ! ahaakksss ! :p


koleksi lah sangat kan. baru buat berapa ketul je pon. hehehee alaa, sesaje nak mengabadikan hasil seni yang terlalu berseni ni. kang, dah 'pro' tak dapat nak abadikan pulak. tu dah lain cerita. eceeehh. perasan lebih tau ! heeww hewww mana tahu ada yang teringin belajar kan, taip je crochet for beginner kat youtube. nanti keluar lah bermacam-macam jenis video. try your best ! ahakkss. poyo. poyooo. :p


thanks for reading. ^^

Thursday, 10 May 2012

rupa sebenar pokok labu

assalamualaikum. ;)


jangan tak tahu, buah labu sangat sedap dijadikan pengat untuk santapan waktu petang dan juga enak dimasak sayur lemak. bila dibuat kuih bingka labu pon sedapppp !




mesti ada antara korang semua yang dah kenal dengan mendalam rupa pokok labu kan ? maknanya, cik siti yang sorang ni je lah tak pernah tahu gamaknya. selalu beli buah labu kat pasar je, kat rumah memang tak ada tanam. pokok pisang banyak la. bila dah tak tahu tuu, bukan reti nak meng-google cik siti oii. aigoo.


sampailah satu hari tu...


mak masak lemak pucuk labu. first time ni makan lauk tu. selalunya mak masak pucuk ubi masak lemak je. yang hairannya, mana pulak mak dapat pucuk labu ni. dengan gaya manja, tersengih-sengih lah dekat mak sambil bertanya mana beliau dapat pucuk labu ni. tiba-tiba mak menjawab dengan menggunakan high pitchnya


'kau ni duduk zaman apa kak ? pokok labu sebesar alam kat tepi tu kau tak nampak ke ? blaa..blaa..blaa..'


laahh. macam ni je rupa pokok labu.
ingatkan adalah bentuk2 unik dan menarik ke kan.
dasar jakun.
keh keh keh


mungkin akak ni orang neolitik kot mak. hehehe lagipon, akak bukan hari2 kat rumah emakku sayang. manalah akak nak perasan. bila tengok2, bukan banyak na pong. dua pokok je ha. mungkin abah sedang bereksperimentasi dengan pokok2 labu ni kot. :D


dan hasilnya...



sebiji buah labu yang cetoet.


sampai laa ni, ia masih tak mau membesar macam gambar kat atas. abah geram agaknya ia tak mau membesar lagi, apa lagi kasi potong saja lah.


thanks for reading. ^^

Tuesday, 8 May 2012

tombong kelapa

assalamualaikum. ;)


tombong kelapa. maniss sungguh bila dimakan ! tapi jarang sangat dapat merasa.






ada orang panggil kentos. sebut betul2, KENTOS bukan KENTUT. biasanya orang jawalah. tak tahulah kalau orang tak jawa pong ada yang panggil kentos. orang belah utara atau pantai timur aku tahulah pulak panggil apa. pada yang tak tahu, tombong kelapa adalah yang berwarna kuning kekecreaman tu ye. bukan yang kaler putih mahupun yang kaler cokelat. apatah lagi yang berwarna purple ataupun hijau.


mana nak dapat tombong kelapa ? of course lah dalam kelapa sayangku, bukan dalam kepala. tapi janganlah cari dalam kelapa muda, cari sedekad pon memang tak kan jumpa cik kiah oii. tombong kelapa biasanya ada dalam kelapa tua yang dah nak keluar akar sikit2. tapi, ada jugak kelapa yang dah tua tak ada tombong ni. ikut rezeki jugak sebenarnya.


kenapa cerita pasal tombong kelapa ni ? saje je. hehehe hari tu masa nak parut kelapa terjumpa tombong kelapa ni (rajin kan saya tolong mak. hihihi ). baru sedar, dah lama giler tak terjumpa ia. bila dah jumpa, rasa gembira teramat ! haha. haa, ada ke yang teringin nak merasa tombong kelapa ke ? mai datang rumah, aku cari kan khas untuk korang. siap bubuh dalam kotak cantik2 nanti. itupun kalau terjumpa lah. hehehe


ok babai ! 


thanks for reading. ^^