Siti Kektus: September 2012

Cerita MizzTina

Sunday, 16 September 2012

Mengikat kuih lopes

assalamualaikum. ;)


makan kuih lopes senang kan ? tinggal nganga kan mulut dan ngap !


cuba bila di suruh buat sendiri  kuih lopes tu, ada yang ternganga sebab tak tau. aku le tuu. keh keh bagi aku buat kuih lopes ni sangat mencabar tahap kesabaran tau. mana tak nya, nak kena rendam beras pulut dengan abucang, isi pulut dalam daun pisang, ikat kasi ketat-ketat pastu rebus. rebus tu kena 2 jam setengah. barulah siap !


pheww~





aku kurang gemar makan lopes yang dikukus dan diletak pewarna hijau. macam kurang umpph gituu. bukan demand ye, tapi tekak tak boleh nak terima sangat kalau di kukus macam tu. mungkin sebab dah terbiasa dari kecil makan lopes yang direbus.


semalam emak dan aku bertukus lumus buat kuih lopes untuk bagi nenek. kat rumah nenek ada buat makan-makan malam ni. aih, naik berkilo-kilo lagi lah ni nanti agaknya.


tugas aku ? kacang je. tolong ikat lopes ketat-ketat. ada yang expert dah ke ? mula-mula tu nak mengikatnya payah kemain sebab tak dapat rentak lagi. nak ikat tu, makan masa 10 minit jugak lah. sebab tak reti kan. wuu wuuu. =_=


 gambar yang kanan tu salah sebab tak ada bentuk segitiga kat ikatan tu. 
emak paksa bukak balik dan buat semula sampai jadi macam gambar belah kiri.
err, aku konpius kanan kiri lah.


selepas 1jam lebih berperang dengan bungkusan lopes ni, akhirnya siap ! dapatlah 96 keping kuih lopes. alhamdulillah. ;)


# kalau dah teringin sangat, kuih lopes yang kukus tu, aku bedal jugak kot. keh keh :D


thanks for reading. ^^

Tuesday, 11 September 2012

Tetris Battle

assalamualaikum. ;)


sejak dua menjak ni aku ter-ketagih pulak main Tetris battle kat facebook tu. itupon sebab tengok member main macam best je. sekali main dapat mata 40, 50 lines sent. tererrr gilerrr tau !




 

game ni sama macam game sepuluh ringgit waktu kecik2 duluu tu. yang kena susun2 blok tu. blok ke ? hentam taram je. tapi duluu2 mana ada kaler2. tetris battle ni kena compete dengan player lain dalam masa 2 minit.






siapa yang paling banyak sent line dia lah menang ! kalau menang  dapatlah bintang. kalau kalah nanti bintang tu berkurang. bintang ni untuk naikkan rank player. yang terer gilos tu, memang pantas lah naik ranknya. macam aku, kejap naik kejap turun. tak cukup pro lagi ni.







fisrt time tau aku ter-gila minat game kat first. selama ni tak pernah pandang pon. huhuu sekali dah main tetris battle ni, hamek kau tak mau berhenti. ish ish ish.


# korang suka main game apa kat facebook tu ? ;)


thanks for reading. ^^

Sunday, 9 September 2012

Burung wak-wak

assalamualaikum. ;)


burung wak wak sedap di masak apa ek ? burung wak wak masak kicap macam ayam masak kicap ala jawa pon ok kan. tak pon burung wak wak dipanggang atau pon dibuat sate barangkali ?


google

seumur hidup aku, aku pernah makan burung wak wak ni sekali je. err, bukan makan jamah je sebenarnya. masa tu aku darjah dua, kawan sekelas ada bawak burung wak wak. di masak style apa, tak ingat pulak. rasanya pon aku dah tak ingat jugak. mungkin rasanya ada macam burung puyuh. hehee


dan, pagi tadi sewaktu menyidai kain baju aku terpandang seekor anak ayam dalam kandang kecik. bila dua tiga kali pandang macam bukan ayam pulak. bila diperati betul-betul, burung wak wak rupanya. aiihhh, siapa pulak lah yang rajin sangat menangkap burung wak wak ni. dah tak ada kerja lain ke hape.


google

rupa-rupanya adik aku yang darjah 6 tu punya kerja ! adoyaii adikku sorang ni. hari selasa ni dah mula peperiksaan UPSR, tapi dia boleh pulak pergi tangkap burung wak wak. mak aku bising pon dia buat dono je. adikku yang nak UPSR emakku pulak yang terlebih risau.


manalah emakku tak risau, dengan selamba badak adikku cakap, alaa mak. kite UPSR dapat 5C pon kira bagus mak. daripada orang yang tak lulus tu. aih, boca boca. -_-


# mak cakap, burung wak wak ni berpenunggu. mitos je ke ?


thanks for reading. ^^

Wednesday, 5 September 2012

Cara buat kotak comel daripada kertas A4

assalamualaikum. ;)


kabare semua ? harap sihat lah ye.


2 minggu lepas, kawan sekolah menengah dah bernikah. sangat cantik beliau masa tu. berseri-seri muka. semua pengantin bila tiba hari bahagia mesti cantik2 belaka punya lah. mana ada orang tak mau berseri di hari bahagia kan. 




masa majlis nikah kawanku seorang ni, dapatlah goodie bag. dalam tu ada satu kotak comel berisi gula2. sangat kreatif ok sebab dia cuma gunakan A4 paper. aku yang teruja sebab rasa wooww ! macam mana boleh buat kotak comel macam ni, terus kopak kotak tu perlahan-lahan dan cuba buat semula kotak comel tu.




hasilnya boleeehhh lah kan ? siap tambah benang kaler biru konon nak tambah seri kotak. adalah rupa comelnya walau tak seberapa. yelaa, first try buat main agak2 je, asal jadi sudah le. dah rasa menjadi terus berangan nanti kahwin nak buat sikit2 lah kotak comel ni. boleh save bajet. keh keh keh perasan lebih.


then, try godeh2 kat youtube, mana tau ada ke tutorial buat kotak comel ni yang lebih mudah. memang ada tau ! if ada yang nak try, meh tengok video ni. okeh ? nampak mudahlah daripada cara yang aku buat sendiri tuu. hoho



 

kalau internet lembab tak boleh tengok cara buat kotak comel ni dekat youtube, meh belajar daripada diagram ni. buat perlahan-perlahan, mesti jadi punya nanti. harap dapat membantu. :)



sumber : HOBYkita


selamat mencuba !


# TUTORIAL KOTAK KERTAS YANG LAIN :



thanks for reading. ^^