Siti Kektus: January 2012

Cerita MizzTina

Saturday, 14 January 2012

pensil dan kertas

assalamualaikum. ;)



hanya berbekalkan sebatang pensil dan sehelai kertas kosong, apa yang mampu anda lukiskan? pemandangan sawah padi? kawasan air terjun? tom & jerry? sebiji epal? atau...


pororo?

kesan running man. haha
siapa tengok running man dia tau lah :p


perempuan comel?

mampu lukis secomel ini? :)



atau pon


i love u ?

saranghae. <3


pororo comel? perempuan tu pon comel? i love u tu pon comel jugak? well. tengoklah jejari siapa kan. ehem2, tak payah puji lebih2 sangat. malu titew tau. hikhik >.<


choi choi choi ! aku cuma mampu lukis+tulis i love u tu je lah. yang lain tu, kawan aku yang lukiskan. aku ni tangan pengkor sikit. manalah reti nak lukis secomel tu. kalau aku reti melukis, komfem tak menang tangan nak menerima tempahan nanti. haha


eleh, korang terer tak melukis2 ni? setakat orang lidi, tak payah. :p


sekian.


thanks for reading. ^^

Friday, 13 January 2012

baju tak bergosok? ada aku kisah.

assalamualaikum. ;)


pernah tak korang pakai baju tak bergosok? aku selalu je. haha eh2, ini bukan petanda aku perempuan pemalas ea. cuma aku lebih suka yang simple2 je. capai je baju yang ada. sedap mata memandang terus keluar. *padahal memang pemalas.

google


well, biasanya aku tak akan gosok baju bila :

nak p cafe beli makanan.
p kelas yang hanya sejam je sehari.
kalau terlambat p kelas sebab...*faham2 sudah. hihi.
p jogging atau beriadah.


ada je orang yang berprinsip, kalau pakai baju mesti nak yang bergosok saja. baju renyuk sikit tak boleh. memang pantang nenek moyang, komfem akan digosok semula. yang tak tahan, baju tshirt yang dah lusuh nak buat p jogging je pon nak digosoknya. haila ! ini membazir elektrik namanya.


aku ada sorang senior. masa aku form 2, dia upper 6. dia memang tak kisah pakai baju tak gosok ni. sampaikan ada budak cabar dia, pergi sekolah jangan gosok baju dari atas sampai bawah. dia yang memang jenis tak kisah pakai baju renyuk, ape lagi sahut lah cabaran budak tu. 


tak pasal2 melayang sudah duit budak tu. tu lah, siapa suruh cabar2 orang kan. aku memang respectlah kat akak tu. dah lah cantik orangnya tau.


korang semua ada ke jenis yang tak kisah baju tak bergosok? ke jenis yang nak maintain baju nampak lawa 24/7 jugak. sampai duduk pon kena cover baik punya biar baju tak renyuk? hihi


buat si pemakai baju bergosok tegar, jangan marah kite ok? senyum sikit. :)


sekian.


thanks for reading. ^^

Wednesday, 11 January 2012

lintah

assalamualaikum. ;)


**pada yang geli, jangan baca. ok?


dalam kehidupan aku, aku cuma geli pada 3 benda je. cacing, cicak dan lintah. kalau setakat tengok dari jarak 5,6 kaki, aku masih mampu. tapi, kalau disuruh pegang, memang tak kan berlaku lah. no ! no !


selalu aku tengok orang buat rawatan lintah kat dalam tb. orang sibuk main lekat2 lintah letak kat muka. satu hari, teringin pulak nak mencuba. mana tau kot2 ada kebaikannya kan. padahal aku geli giler lintah.


google


tahap geli masa tu memang tak dapat di gambarkan. nak tak nak kena jugak kuatkan semangat. eceh, konon lemah semangat, lintah je pon, bukannya dinasour kan. adoi !


bila lintah dah start gigit, tak adalah rasa sakit mana pon. macam semut kecik gigit je. tapi, yang tak menahan, nak lap lendir lintah yang asyik mengalir tu je. makcik tu cakap lendir tu elok. tapi, sebab aku geli ada benda dok mengalir2 ni, aku lap lah. hehe aish. degil betul aku ni.




pada yang terasa nak mencuba lintah ni, p je lah cuba. tak mati pon lah. harganya pon berpatutan. seekor RM8. murah kan? nak beli buat stok lintah goreng pon ok. hehe :p


kalau dulu aku geli sangat dengan lintah, tapi sekarang aku cuma geli je. sangat tu dah hilang dah. hebatkan aku? lalala


sekian.


thanks for reading. ^^

Tuesday, 10 January 2012

kite malu...

assalamualaikum. ;)

google

kite malu bila ada orang cakap kite gemok. padahal dia tak cakap pon kite gemok. dia cuma cakap kite berisi sikit je. mungkin kite sensitif sangat kot. 


kite malu bila ada orang asyik pandang2 muka kite. sebab, kite rasa dia pandang kat cik jerawat kat muka ni. padahal dia tak cakap pon pasal jerawat kite. dia cuma tanya kite stress ke. ohh ! sensitif lagi.


kite malu bila ada orang asyik peratikan kite. lagi2 orang lelaki. padahal dia bukan tengok kite pon. dia cuma tengok akak cun yang sebelah sana tu ha. memang sah perasan !


kite malu bila tengok orang lain reti masak makanan yang sedap2. nanti dah boleh kahwin. kite ni cuma reti masak telur mata lembu dengan maggie kari je. tu lah mak suruh belajar masak, p tido je.


kite malu bila kite dah lama tak jenguk awak, awak dan awak semua. ohh ! malu sangat. betul. tak tipu. rasa nak sorok muka ni bawah bantal je. err, ini pon sebab dasar pemalas jugak kot. sobs.

google
buat kak tina, cik fatin, bro ahmad, jue & hanie, kak rina, najihah, ca, ezad, kak safura, eyfa, kak hanis, kak anis, kak ana, soly, kak zahidah, abang S, syarifahsidrus, top dan lain-lain juga * maaf, tak cukup masa nak letak semua. hehe* : 


maaf sangat2 dah tak singgah mahligai korang semua selalu. terasa macam dah berkurun je kan. nak kata busy, tak adalah busy mana. tapi, nak blogwalking laju2 macam tak sempat sangat. hmm, mungkin boleh salahkan running man lagi. hehe


psst, running man episod 74 best giler tau ! haha


nanti, lepas perasaan busy tu dah tak ada, kite jalan2 cari angin ea. kite siap bawah hadiah sekali nanti. cewah ! cepat nak hadiah apa? nanti kite carikan. sila percaya kite ni pemalu tau. hahaha ! :p


sekian. 


thanks for reading. ^^