Siti Kektus: April 2012

Cerita MizzTina

Thursday, 26 April 2012

belajar bahasa jepun

assalamualaikum. ;)


hajimemashite (first time to meet you).
watashi wa siti desu (my name is siti ).
watashi wa mareeshiajin desu (i'm from Malaysia).
douzo yorishiku (please be nice to me). 


wallaa !


ada macam orang jepun sikit tak? hehe eleh, baru pandai setoet je pon. tak pe tak pe. biar sikit-sikit, lama kang jadi lah bukit. lepas tu, jadi gunung pula. ye dak ? :)


kenapa aku belajar jepun? sebab nanti aku nak honeymoon kat jepun dengan my hubby. aih, berangan tak sudah. haha tak tak. terpaksa belajar bahasa jepun sebab ada dalam silibus. selalunya, kelas lain ambil 2 jam kredit je, tapi kelas aku 3 jam kredit. tak pe lah, syok jugak belajar jepun ni. feeling2 macam orang jepun lah sikit kan. hihihi

hanya belajar tulisan hiragana je. tulisan lain tu, aku tak reti !


bila masuk kelas bahasa jepun ni, teringat zaman tadika. memang sebijik kot. mana tak nya, nak bagi students semua ni faham dari A to Z bukan mudah. di ajar satu persatu. sampai semua faham. tapi, aku tak kisah semua tu. seronok sangat  dalam kelas ni sebab sensei yang sangat best ! dan yang paling best, sebab tak ada final exam. yuhuuu !



atarashii kotoba (new word)
doubutsu (animal)


see. tak macam kanak-kanak tadika ke ? siap gambar berwarna-warni lagi tu. lepas ni, kalau tengok tulisan jepun aku dah expert baca tulisannya walaupun tak faham maksudnya. tapi, aku boleh baca tulisan hiragana je tau, yang lain tu buat-buat faham sudah. keh keh keh




salah satu kamus bergambar. cara untuk ingat semua perkataan-perkataan jepun. ini pon sebab minggu lepas ada test. tu yang beria melukis. jangan risau, bukan aku yang lukis ye. kalau aku lukis terlebih cantik daripada ni. hehe


alangkah seronoknya kalau dapat jalan-jalan cuci mata p jepun. tengok bunga sakura.  mudah-mudahan satu hari nanti dapatlah jejak kaki pergi jepun. aminn. cik fatin dengan kak hanis dah tentu syok duduk kat sana. syoknya. syoknya~


sekian, arigatou gozaimasu.


thanks for reading. ^^

Saturday, 21 April 2012

protect yourself against cervical cancer !

Assalamualaikum. ;)


jangan tak tau, kancer serviks/cervical cancer adalah kanser yang paling banyak di hidapi oleh wanita di Malaysia selepas kanser payudara -SINI


THINK CERVICAL CANCER CAN NEVER HAPPEN TO YOU ?
THINK AGAIN. :)

tau tak apa tu kanser serviks ?


kanser serviks ialah kanser pangkal rahim. kanser serviks tak sama macam beberapa kanser lain yang mungkin berpunca ekoran keturunan keluarga. setakat ini, punca sebenar kanser serviks tak dapat dikenal pasti lagi, tapi seseorang tu berisiko tinggi menghidapi kanser ni jika :

*melakukan hubungan seksual di awal usia muda
*mempunyai pasangan yang ramai
*mengandung melebihi 5 kali
*jangkitan kuman human papillomavirus (HPV ) semasa melakukan hubungan seksual
*kurang penjagaan pada alat sulit
*kurang daya tahan melawan penyakit disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu

tapi, dun worry, kita masih boleh mengelakkan penyakit ni. salah satunya dengan mengambil pelalian HPV. vaksin ni boleh didapati di klinik atau hospital berdekatan. yang pasti, bukan free lah. kalau tak silap, hanya pelajar tingkatan 1 je yang dapat free injection.




selepas timbul sedikit kesedaran dalam diri ini, apa lagi terus mengambil keputusan untuk di cucuk ! dandan lah masa tu jugak tetiba rasa takut bagai. kena cucuk je pon. bukan suruh terjun bangunan. macam kanak2 rebena je.=_= 


pelalian HPV ni mesti di ambil sebanyak 3 kali. barulah vaksin tu sempurna. kalau ang p ambil injection 1 dan 2 saje, pastu yang ketiga tak ambil, kurang effective lah vaksin tu. kena cukup 3 kali baru cukup syarat. macam orang nak kawen. kena ada nikahnya, baru sempurna kan.


injection yang kedua di ambil sebulan selepas yang pertama. yang ketiga di ambil enam bulan selepas injection pertama. next injection aku pada 6 May 2012. aish, jangan aku lupa sudahlah.




bayaran yang dikenakan masa injection pertama hanya RM139. itu pon sebab adanya diskaun sempena kempen mencegah kanser serviks sampai 12 April hari tu di UTM skudai. kalau tak, aku pon tak pergi kot. konon dah sedar diri. padahal ada diskaun. huhu 


harga tak diskaun RM169. itu hanya untuk sekali cucuk okeh. nak cucuk kali kedua, bayar lagi RM139. untuk kali ketiga pon RM139 juga. tapi tu harga kat pusat kesihatan UTM lah. harga kat klinik kerajaan biasa, aku tak tahu pulak lah berapa.


bukan itu sahaja, kita juga digalakkan untuk menjalani rawatan pap smear. barulah totally complete ! apa tu pap smear ? hmm, aku nak terangkan pon tak berapa nak tau. boleh baca kat SINI.


wahai para wanita di luar sana mari lah bersama-sama melakukan injection ni *ada macam seruan wakil rakyat tak ? dangg !*. lagipon kat tv dah buat iklan kesedaran pasal kanser serviks ni. kalau setakat buat injection dengan pap smear ni tapi tak jalani gaya hidup yang sihat pon tak ok juga. :)


more information : kanser serviks 


** tu dia ! panjang semedang. maklumlah dah berabad tak ketuk keyboard ni lelaju kan. haha ok bai ! 


thanks for reading. ^^

Thursday, 19 April 2012

part time job

assalamualaikum. ;)


orang lain sibuk cari duit lebih, kau pon sibuk nak cari duit lebih juga. kononnya, daripada habiskan masa tak tentu hala, baik cari kerja yang boleh mendatangkan duit kan?


nak jadi tukang masak, tapi tak reti memasak macam chef wan pulak. nak ajar kat pusat tuisyen, diri ni terlebih pemalu pulak. nak jadi CEO, memang takkan dapatlah.


kerja terbaik yang aku boleh buat ?






gadis fotostat.

ye. itulah kerja yang sesuai sikit. tugasnya tak susah pon. fotostat buku-buku, fotostat kertas2, fotostat ic dan lesen orang, binding buku dan seangkatannya lah. menyapu bilik fotostat ni pon terangkum sekali ye. tapi, aku kerja seminggu sekali je. hari lain, orang lain lah.

syok memang syok, sebab tiap bulan adalah $$$ yang menanti. yang tak syok, bila datang angin kus-kus ditambah pulak dengan customer yang banyak songeh. aih, rasa macam nak pengsan kat situ juga. 

mungkin, disebabkan berpart time job ni kot aku jadi macam chipsmore. kejap ada kejap ada. * alasan semata-mata*. konon beria bermatlamat nak update blog selalu. tapi sudahnya, hampeh. dussh ! dussh !

 ohh ! part time job aku bukan gadis fotostat tu je tau. ada lagi satu. jeng jeng jeng !





crocheting !


ok babai !


thanks for reading. ^^