tiap-tiap pagi pukul sembilan aku terajin pulak bukak tv3. tengok budak-budak menghafaz ayat-ayat al-Quran dalam rancangan Qari Junior. kemain hebakk budak-budak kecik ni umur lapan sembilan tahun dah menghafal ayat2 al-Quran. kalah aku masa kecik-kecik. =.=
para peserta-facebook Qari junior
duluu2 waktu aku kecik-kecik, kerjanya tahu nak main aje. kawan ajak main ceper, jom. kawan ajak main cuit tiang, jomm. kawan ajak main zero point, jommm. kawan ajak main parit tangkap ikan, jommmm.
mana pernah kisah nak hafal-hafal ni. kalau hafal surah-surah lazim pon sebab nak lulus ujian hafazan sekolah agama. kalau tak hafal, tak lulus sekolah agama. nanti mak marah. aih, memang degil budak sorang ni. =.=
juri-juri : Ustaz zamri Zainuldin & Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman
Sharifah Khasif nampak lain pakai tudung. selalu nampak beliau pakai selendang. ;)
Qari Junior disiarkan dari hari isnin hingga hari jumaat. asyik sangat dapat tengok budak-budak kecik hafal ayat-ayat al-Quran. raca comel. ada jugak beberapa orang yang terlupa ayat bila dah kat depan para juri. nervous sangat laa tu agaknya. yang konfiden pon ada. suara kemain lantang.
Fatimah Mohd Zahid-juara Qari Junior
Qari Junior dah sampai kemuncaknya dan adik Fatimah berjaya menjadi juara. hebakk lah adik comel ni. hadiah yang adik comel ni dapat pon lumayan. wang tunai RM10 000 dan pakej mengerjakan umrah. tahniah adik Fatimah.
tapi, kat televisyen tak sampai kemuncak lagi. baru pusingan awal dan belom ada yang tersingkir lagi. final Qari junior 17 Ogos nanti. cepat tanda kat kalendar tuu awal-awal. nanti terlepas tengok adik-adik cilik ni beraksi. tapi kalau terlepas jugak, tonton kan ada.
nak tau lagi baca kat KOSMO ea.
nak tau lagi baca kat KOSMO ea.
# hafaz dan hafal tak sama ke ?
thanks for reading. ^^


















