makan kuih lopes senang kan ? tinggal nganga kan mulut dan ngap !
cuba bila di suruh buat sendiri kuih lopes tu, ada yang ternganga sebab tak tau. aku le tuu. keh keh bagi aku buat kuih lopes ni sangat mencabar tahap kesabaran tau. mana tak nya, nak kena rendam beras pulut dengan abucang, isi pulut dalam daun pisang, ikat kasi ketat-ketat pastu rebus. rebus tu kena 2 jam setengah. barulah siap !
pheww~
aku kurang gemar makan lopes yang dikukus dan diletak pewarna hijau. macam kurang umpph gituu. bukan demand ye, tapi tekak tak boleh nak terima sangat kalau di kukus macam tu. mungkin sebab dah terbiasa dari kecil makan lopes yang direbus.
semalam emak dan aku bertukus lumus buat kuih lopes untuk bagi nenek. kat rumah nenek ada buat makan-makan malam ni. aih, naik berkilo-kilo lagi lah ni nanti agaknya.
tugas aku ? kacang je. tolong ikat lopes ketat-ketat. ada yang expert dah ke ? mula-mula tu nak mengikatnya payah kemain sebab tak dapat rentak lagi. nak ikat tu, makan masa 10 minit jugak lah. sebab tak reti kan. wuu wuuu. =_=
gambar yang kanan tu salah sebab tak ada bentuk segitiga kat ikatan tu.
emak paksa bukak balik dan buat semula sampai jadi macam gambar belah kiri.
err, aku konpius kanan kiri lah.
selepas 1jam lebih berperang dengan bungkusan lopes ni, akhirnya siap ! dapatlah 96 keping kuih lopes. alhamdulillah. ;)
# kalau dah teringin sangat, kuih lopes yang kukus tu, aku bedal jugak kot. keh keh :D
thanks for reading. ^^








