Siti Kektus: March 2013

Cerita MizzTina

Sunday, 31 March 2013

Buku-buku baucer buku 1 Malaysia

assalamualaikum. ;)



buku-buku baucer buku 1 Malaysia.
weeeee. ;)



bersyukur masih bergelar pelajar ni. dapat free-free baucer buku 1 Malaysia ni. pada yang bukan pelajar pon, masih beruntung jugak kan. dapar BR1M RM250. adil lah tu kan ? hihii maka, dengan itu dapat jugalah aku membeli buku-buku yang diidamkan. antaranya 'aku terima nikahnya', 'rich dad poor dad', 'satu janji', 'tombiruo terakhir', dan 'lawak kampus'. kalau nak tunggu duit sendiri keluar, hmmmm tak tahulah bila boleh beli. sobs. 



buku yang diidamkan ! hihihiii
*jangan sampai senget kepala pulak. :)*


buku 'aku terima nikahnya' yang ni versi kompilasi. buku yang asal ada tiga buah. dah jumpa yang kompilasi ni, lagi bagus. jimat pon jimat. best tau buku ni. dulu pernah baca member punya. lepas dah baca teringin nak ada sendiri buku ni. 


awak-awak yang ada baucer buku tuu, beli buku apa ? ada yang jual ke untuk dapatkan cash? dengar-dengar cerita boleh dijual tapi tak kan dapatlah full RM250. hehehee


# pheewwww~~
rasa macam dah lama tak jengah awak-awak semua. bila laptop kesayangan rosak--begilah jadinya. nak tengok running man pon tak boleh, apatah lagi nak blogwalking. sobsss.


thanks for reading. ^^

Monday, 4 March 2013

Ubat gigi SAFI

assalamualaikum. ;)


ubat gigi safi. gigi 2x lebih kuat ! aummm. hihii




apakejadahnya aku bercerita tentang ubat gigi ni pulak dah ni. heheee adik-adik lelaki aku ni ada satu pe-el (pe-el : sikap. sebut betul-betul. sebut E tu guna E dalam sebutan 'ekor' bukan 'emak' tau). kalau nak berus gigi, mesti kena guna ubat gigi safi. ONLY. ubat gigi lain : Colgate, Darlie, Fresh & White, etc dorang tak nak. sebab utama : ubat gigi lain rasa pelik dan tak sedap.


setiap bulan aku dan emak mesti akan beli stok barang-barang harian untuk sebulan. beli sekali arung. senang. biasanya pasaraya econsave jadi pilihan sebab harga barang-barangnya lebih murah dari tempat lain. kadang-kadang tuu, stok ubat gigi safi kat econsave tu dah habis. maka, emak belilah ubat gigi Darlie. bila adik-adik lelaki aku tau, sanggup mintak emak RM5 dan pergi beli sendiri kat kedai runcit. -_-


sampai macam tuu sekali dorang ni fanatik dengan ubat gigi safi. hihi aku fleksibel. mana-mana ubat gigi pon boleh. korang semua ada jugak ke pe-el ubat gigi macam adik-adik aku ni. ohh, aku ada 3 orang adik lelaki. tu yang pe-el lebih kurang sama. heuheu :p


# kenapa hari isnin datang dengan cepat. -_-


thanks for reading. ^^

Friday, 1 March 2013

Ayat 1000 Dinar

assalamualaikum. ;)


eeh, dah hari Jumaat lah ! Jumaat--penghulu segala hari. :)


yang lagi best, ai tak sabar nak tunggu pukul 6.00 petang. mahu pulang ke kampung jumpa emak abah adik-adik kucing-kucing pokok-pokok. yehuuu !


sejak ber-overtime ni, badan-badan jadi macam kurang sedap pulak. mungkin sebab kepala-otak dah overlimit. mana tak nya 2 hari aku kerja menaip hampir 7 jam. peh ! aku rasa aku wanita gagah waktu tuu. balik-balik, lepak. pukul 10 dah tertidur. ggrrr. =.=


inilah rasanya orang berkerjaya--mungkin. bukan mudah nak cari rezeki kan. :)


setiap hari, aku amalkan ayat ini--ayat seribu Dinar. namun begitu, jika kita hanya mengamalkan sahaja ayat 1000 dinar ini tanpa bertaqwa dan bertawakal, itu bukan cara yang betul mengamalkannya--iluvislam



meh baca sikit tentang 'jangan salah guna 1000 Dinar'.


selamat beramal sayang-sayang semua. ;)


thanks for reading. ^^