Siti Kektus: February 2013

Cerita MizzTina

Wednesday, 27 February 2013

Pisang Rebus Coklat

assalamualaikum. ;)


pisang rebus coklat. wiwiwiwii



yummyy mummyy ! :)


tak pernah-pernah aku makan pisang dengan coklat. ini pertama kalinya lepas tengok cik nana tuu asyik coklat coklat coklat. minggu lepas memang aku ada bawa pisang nipah balik hostel. dalam kepala memang nak rebus je pisang tu. nak di goreng, mana pulak aku nak rembat kuali. yang ada rice cooker comels tu je. lagipon, i on diet kan. sesuai benar lah rebus-rebus ni. hewhew



ai guna pisang nipah. pisang tanduk pon sedap juga.
jangan pula ada yang try guna pisang 40hari. -_-


tak susah pon buat pisang rebus ni. ambil pisang tanpa dibuang kulit--basuh sampai bersih--isi air dalam periuk--tunggu mendidih--masukkan pisang--tunggu 15 hingga 20 minit--dah masak--boleh diangkat--tunggu sekejap--potong-potong--letak coklat--siap--


--nak tabur milo pon sedap. sebelom ni aku buat macam tuu. hehe 






pehh ! sedap gilos. *puji diri sendiri. kehkeh*. hari ni bawa bekal pisang rebus coklat ni pergi kerja. ada seorang kakak office tuu pelik semacam sebab ini first time dia dengar pisang rebus. huhuuu bila aku khabarkan kan kawan aku, dia pon pelik juga. hmm, korang-korang pernah makan pisang rebus tak ? :)


# masuk bulan kedua ber-praktikal kena overtime pula. masuk kerja setengah jam awal, balik setengah jam lewat. -_-


thanks for reading.^^

Monday, 25 February 2013

Fear factor selebriti Malaysia - Gambit dan Alif terkeluar


assalamualaikum. ;)


Fear factor selebriti Malaysia.




semenjak dah 'berkerjaya' ni, bila tiba hari jumaat je, tepat jam 5.30 petang aku dah berdesup pulang ke kampung halaman. semakin stress aku kalau tak dapat balik hidu bau rumah. hehee yelaa, dengan kerja yang dah semakin banyak tu kan. kenalah merehatkan diri seketika. :)



aktiviti wajib semenjak 2,3 minggu lepas aku bila pulang ke rumah selain menjahit ialah : menonton Fear factor selebriti malaysia pada setiap hari sabtu jam 9.00 malam di Astro 104. 8.55 sharp-- aku dah terpacak depan tv. sebelum-sebelum ni tengok promo macam tak berapa menarik. bila dah sekali tengok, eeh macam bestlah pulak. makanya, bila diri dah rasa seronok terpaksalah menontonnya sampai ke episod final nanti. hehee






episod yang baru ni--23/3/2013--aku suka gila sebab akhirnya Gambit dan Alif terkeluar. dalam program ni memang aku agak kurenglah tengok mereka berdua. sikap Gambit kot yang macam kureng sikit. diri ni asyik cakap cepatlah sikit dorang ni keluar. cepatlah keluar. haha jahat jahat. lagipon, dah 2 kali Gambit dan Alif patut tersingkir tapi ada je yang menyelamatkan dorang. minggu ni dorang tak selamat lagi dah. terkeluar sudah. muehehee



mana-mana epidod yang aku terlepas lagi-lagi episod awal-awal aku tengok di cerita master. banyak wo cerita lain yang boleh download dari situ. hehee cerita cerekarama jangan ganggu aku semalam pon dah ada. haih, tak sabar sudah nak tengok final episod fear factor selebriti malaysia ni.



# berdebar jugak tengok episod kali ni. lagi-lagi aksi yang ke-2. aksi di mana, 2 pasukan berlumba untuk mamandu kereta naik ke atas lori trela dengan mata tertutup. johan dan kaka sampai terbalik kereta. nasiblah dorang tak apa-apa. bahaya jugak. -_-


thanks for reading. ^^

Saturday, 23 February 2013

Jahit baju kurung

assalamualaikum. ;)


jahit baju kurung. sekarang ni kite rasa kite macam dah obses nak jahit baju kurung je. bila  balik rumah hujung minggu, mesti nak siapkan baju kurung yang tak siap-siap tu. hehee alhamdulillah. lama-lama siap jugak akhirnya. walaupun masa nak siapkan tu lamaaaa. tak apa. kata orang, biar lambat asalkan menjadi. kan ? hihi :)



kain warna hitam : baju pertama yang complete
kain bunga oren : baju seterusnya complete



aku sebenarnya baru complete pembelaran menjahit baju kurung dengan sifu aku. siapa lagi kalau bukan emak kesayangan aka tailor swift. tak payah susah payah nak cari sifu kat luar sana. dah ada depan mata baik di gunakan sepenuhnya. kawan aku pernah belajar menjahit baju kurung kena bayar rm150++ (tak ingat jumlah yang tepat). belajar 2 hari kot tapi kena bawa kain sendiri. bersyukur ada emak yang pandai menjahit ni. jimat ! heheee. :)



bertungkus lumus menyiapkan kainnya. masih comot.
tak pe, dah lama-lama kang tak comot lagi lah kan. :)


umur dah mencecah 23 tahun ni lah baru reti menjahit baju kurung dan dapat siapkan sepenuhnya tanpa pemantauan emak 100%. kihkih padahal dah ada niat nak menjahit tu dari lepas SPM. lama tak lama lah baru azam yang satu ni berjaya. haha lagipon, dulu masa tingkatan 3, aku ambil pertanian dalam subjek kemahiran hidup bukan ekonomi rumah tangga (ERT). tuuu yang tak berapa nak reti.



aku beli kain yang murah-murah je untuk belajar menjahit ni. 3 pasang rm50. kalau boleh aku nak cari yang sepasang rm10. mak dah pesan tak payah nak beli kain mahal ke hape sangat. baru nak mula belajar ni guna kain murah-murah sudah. kalau tak menjadi baju kurung tu, tak lah menyesal sangat. manalah tahu bertukar jadi gombal ke akhirnya nanti, tak lah kecewa kan. hehee *gombal : kain lap



akhirnya siap. yayyy ! yaayyy !


asas-asas menjahit macam jahit jelujur, jahit butang baju, jahit hup kain, jahit kelim baju, jahit mata lalat, cara sambung baju tu aku dah belajar awal-awal. kiranya secara berperingkat. 2,3 minggu lepas baru aku belajar menjahit kain. ingatkan susah bebeno nak siapkan sehelai kain ropol tepi tu. tak sampai 3 jam dah siap dah. *3 jam ? pengsan. -_- emak buat tak sampai sejam pon. huhuu 


mula-mula memang rasa susah sebab tak tahu nak buat macam mana, bila dah tahu cara-cara, alaa kacang je jahit baju kurung ni. *angkat-angkat kening*. haha ada sesiapa yang pandai jahit baju kurung juga? jahit langsir ? jahit baju melayu ? jahit baju peplum ? pehhh. hebakk hebakk. tak pe, nanti kite pon reti juga. insyaallah. :)


# next : belajar jahit baju melayu cekak musang. :D


thanks for reading. ^^

Tuesday, 19 February 2013

Telur Tembelang

assalamualaikum ;)


telur tembelang. bukan jembalang mahupon pak bebalang ye.


aku yakin lagi pasti, tak ada siapa teringin nak rasa pengalaman berhadapan dengan telur tembelang ni. same goes with me. *aci speaking konon. puuiiihh*.selalu dengar-dengar je orang cakap bau telur tembelang ni sangat sangat sangatlah busuk. busuk tahap yang macam mana tu tak tahulah. tak pernah rasa lagi kan.


google


sampailah satu masa. aku ekcited bebeno nak masak untuk makan tengah hari--sayur air, sambal belacan, ikan masin, telur dadar--. masak punya masak sampailah ke part nak buat telur dadar. ambil bawang besar cincang halus-halus masuk dalam mangkuk. kemudian, ambil 3 biji telur daripada papan telur tu. basuh-basuh kasi bersih dari segala kotoran.


kemudian, masa untuk pecahkan telur dalam mangkuk. telur pertama elok lagi. telur kedua pon molek je. masuk telur ketiga, bila ketuk je kulit telur tu, terus telur tu meletup 'poooppp'. macam bunyi mercun pon ada. terkezuuttt ai. telur yang patutnya berwarna putih dan kuning, kini menjadi warna hitam. ewww. geli geliman aku tengok waktu tuu.


secara tiba-tiba bau busuk yang ter-amat busuk memenuhi ruang dapur. pehhh ! memang tahap busuk punya busuk lah. tak tahulah nak gambarkan macam mana lagi. punyalah busuk bau telur tembelang. dah lap dan mop 2,3 kali pada tempat yang terkena percikan telur tembelang tuu, baunya tetap semerbak lagi.


adooyaiii ! pening kepala dok menahan bau.


# lepas kejadian, terus pecahkan telur satu demi satu dalam mangkuk lain lepas tu baru dicampurkan. serik dah. sobsob -_-


thanks for reading. ^^

Monday, 18 February 2013

Tumit pecah

assalamualaikum. ;)


tumit pecah. tak tahulah sejak bila aku mengalami masalah tumit pecah. lagi-lagi bila selalu berada di tempat yang bermozek atau bersimen. mulalah tumitnya menunjukkan calar balar. barangkali kaki aku ni sensitif sangat sampai kalah dengan mozek. sebelum ni aku hanya perati je tumit kaki emak pecah-pecah. bila pegang, rasa kasar semacam je.



picture : google



siapa yang pernah mengalami tumit pecah ni tau lah calar balar yang macam mana. kebetulan, 
di office tempat aku praktikal kena buka kasut dan tempatnya adalah bermozek. dipendekkan cerita, minggu pertama lagi dah rasa dah tumit aku ni macam dah menunjukkan tanda-tanda nak jadi tumit pecah.


maka, aku kena cari jalan penyelesaian. kalau dekat rumah aku tak de hal, sebab aku kat rumah hujung minggu je. kat pejabat ni dah lah setiap hari dari pagi sampai petang pulak tuu. tak boleh jadi ni. fikir punya fikir, tinggg ! * idea pon datang.



lotion garnier dan vaseline
**dan juga pakai selipar. :)


dulu emak pernah gukan produk khas untuk tumit pecah ni. alaa, yang pernah keluar dalam iklan tv. tapi tak ingat pulak namanya. -_- tapi macam kurang berkesan je. sudahnya, emak buang ke mana dah produk tuu. bagi kaum lelaki ni tak tahu lah pulak depa ni ada tumit pecah ke tak. tak pernah pulak nak belek kaki abah aku. hehehee kalau yang pandai jaga mungkin tak de lah kot. kalau yang tak reti jaga macam aku, mungkin ada. kehkehkeh


# dah hampir sebulan praktikal tetap rasa terumbang-ambing lagi. ggrrr. -_-

thanks for reading. ^^

Wednesday, 13 February 2013

Kampung tanpa wayar

assalamualaikum. ;)


kampung tanpa wayar. yehuuuu ! :D dah hampir 6 bulan kampung aku menjadi kampung tanpa wayar. bila diperati, bukan setakat kampung aku je. kampung-kampung sebelah pon aku tengok dah terpacak papan tanda kampung tanpa wayar tu. wahh, ini memudahkan lagi urusan makcik pakcik yang mahu ber-internet. bukan setakat makcik pakcik je, anak-anak pakcik makcik macam aku pon dapat tumpang sekaki. kihkih






kemudahan internet macam ini, biasanya akan dipasang di tempat awam. macam kampung aku ini, internet dipasang di balai raya. dah macam satu anugerah pulak, rumah aku betul-betul terletak bersebelahan dengan balai raya. bagai orang mengantuk disorongkan bantal lah gamaknya. internet yang diberi kerajaan ni lagi laju dari broadband celcom aku tu tau. manyak syokk ma.



tapi, yang tak seronoknya, wifi kampung tanpa wayar ni hanya boleh dikesan sejauh 300 meter je kalau tak silap. maknanya, tak semua orang dapat merasa kemudahan ni. kalau bersungguh-sunguh nak online, kenalah pergi ke balai raya. hanya insan-insan bertuah macam aku ni je yang senang lenang online dalam rumah. hehee *alhamdulillah*.



dan bukan tu je, bil balai raya juga meningkat dengan mendadaknya sebab wifi ni kena buka 24/7. pernah sekali emak berusaha nak tolong kurangkan bil dengan matikan suis wifi ni. tapi tak sampai 3 hari, dah ada orang kol kenapa tak dihidupkan wifinya. hukhuk *emak ada pegang kunci balai, sebab rumah dekat. kalau ada orang nak guna balai mintak kunci pada emak je*. kat tempat korang ada jugak ke 'kampung tanpa wayar' ni? yang tinggal taman perumahan, ada jugak ke taman tanpa wayar ? hukhuk



# adik aku pon seronok lah dapat main game fesbuk dengan girangnya. lagi-lagi game yang ada naruto tuu. game ape entah.


thanks for reading. ^^

Monday, 11 February 2013

Kerepek Nangka

assalamualaikum. ;)


kerepek nangka sedap woo. manis-manis gituu. makan nangka macam tu saje pon dah sedap, apatah lagi bila dibuat kerepek. dah tentu lah sedap juga. ini pandangan daripada seorang yang minat makan buah nangka. hehee :D




first time aku makan kerepek nangka ni bulan januari lepas. sekali makan nak lagi nak lagi. dapat merasa pon sebab makcik bagi kerepek nangka yang direject kat tempat dia kerja. kerepek nangka yang direject tu bukan lah teruk sangat. setakat ada kesan hangus sikit-sikit je pon. bila dimakan masih enak dan tak ada rasa hangit pon. adalah jugak yang rupanya dah hitam sepenuhnya--tahap hangus betul--. tapi bila dimakan, tetap rasa manis !
cuma yang tak bestnya makan kerepek nangka ni, teksturnya agak keras sikit. bagi anak-anak yang giginya masih ampuh dan kuat dah tentu tak ada masalah. tapi, bagi mak-mak yang giginya tak berapa nak kuat dan ampuh memang menjadi masalah. macam mak kesayangan ku. sampai satu tahap tu, mak sampai kisar guna blender nak kasi halus punya pasal. kihkih


bagi yang kurang minat makan benda manis-manis, kerepek nangka ni mungkin akan menjadi terlebih manis untuk dorang. rupa-rupanya buah nangka tu akan dicelup dengan air gula sebelum di goreng untuk dapatkan rasa manis tuuu. tapikan, apesal tekak aku tetap rasa nangka yang asli je ea. hoho walaupun aku minat buah nangka, tapi aku tak gemar sangat makan nangka masak sayur lemak. :D


# hanya mampu berharap makcik nagi kerepek nangka yang direject je lah. nak beli mahal. sekilo RM80. huhuuu



thanks for reading. ^^
picture : credit to google

Tuesday, 5 February 2013

Minggu pertama praktikal

assalamualaikum. ;)


minggu pertama praktikal. perasaan ? hmm. bercampur baur. dah sedap-sedap cuti kat rumah alih-alih kena bekerja pulak. aku berpraktikal di audit firm dan dapat department accounting. bersyukur sangat tak dapat audit department. sekali tengok macam stress semacam je muka-muka depa semua kat audit department. hehee



# tempat yang aku kena hadap 8 jam sehari.
# hari-hari juga kena hadap UBS system.
# minggu pertama dapat limau. nak raya cina lah katakan.



bila dah seminggu berkerjaya ni, tetiba aku rasa jiwa aku ni bukan jenis yang boleh mengadap laptop 8 jam sehari lah. hari-hari dok key in data. entahlah, ini baru seminggu punya perasaan. hari-hari mendatang mungkin semakin ok. yang paling tak menahan aku baru 2 hari kerja belom pukul 10 malam lagi aku dah tertidur. penat mengalahkan orang apa je.


hmm. hari ni dah masuk hari kedua minggu kedua. harap sangat semuanya akan ok. tinggal 22 minggu 3 hari je ni. nasib baiklah dapat elaun tinggilah jugak. kihkih


# tak sempat nak blogwalking sangat. tunggu keadaan aku dah stabil, aku singgah na. :)


thanks for reading. ^^