CHEESECAKE MILO BISKUT.
wiwiwiii. :)
Pertama kali aku buat CHEESECAKE MILO BISKUT ni, aku terus jatuh hati-cinta-kasih-sayang ! ceewahhh. serius. rasa sedap sangat dan pastinya rasa nak buat lagi lagi dan lagi. tapi aku tak mampu lah nak hadap satu loyang tu sensorang. muak kang. makan sikit demi sedikit. tapi banyak kali. wakakakaa
Resepi asal dari Cik Epal. aku tengok dia buat cheesecake biskut tuu, nampak sedap je. bahan-bahan pon senang nak cari. lagi pon tak payah nak bakar-mebakar or kukus mengukus. cuma guna peti ais je. kihkih tapi aku ada men-derhaka-kan resepi ni sikit lah. aku tambahkan milo. kita buat dia kan apedehal. huahuahua
BAHAN-BAHAN:
NESTUM
BISKUT CREAM CRACKERS
SUSU PEKAT MANIS
KRIM CHEESE
MILO
SUSU SEGAR
(untuk celupkan biskut)
(untuk celupkan biskut)
CARA-CARANYA:
1. Pukul creamcheese sehingga sebati. aku gunakan hand mixer. kemudian masukkan setengah susu pekat manis. Pukul lagi sehingga sebati. Ketepikan. Bagi yang suka manis-manis nak letak semua pon tak ada masalah. tapi komfem terlebih manislah.
2. Tuangkan susu segar kedalam mangkuk. Celupkan biskut ke dalam susu segar. Jangan sampai terlembik pulak, cukup sekadar nak bagi ia lembut sedikit. Kemudian, susun di dalam loyang.
3. Oleskan creamcheese yang telah di putar tadi. Oleskan nipis-nipis je. tak payah tebal sangat. Kemudian, taburkan nestum di atas lapisan creamcheese tadi. nak bubuh banyak mana ikutlah gerak hati masing-masing.
4. Ulang langkah ke-2 dan ke-3 tapi gantikan nestum dengan milo pula. milo ni pon ikutlah gerak hati masing-masing jugak nak banyak mana. lagi banyak milo tu lagi sedap.
5. Ulang langkah ke-2, 3, dan 4 sampai lapisan yang dikehendaki. tapi untuk cheesecake milo biskut aku ni, aku cuma dapat buat 5 lapisan je. pada lapisan yang terakhir sekali, bubuhkan creamcheese tu tebal sikit.
6. Akhir sekali, taburkan nestum di lapisan creamcheese terakhir. Boleh lah dimasukkan dalam peti ais semalaman. (aku tak sempat nak tunggu semalaman, dalam 4 jam gituu je dah keluarkan dan di potong. tak menyabar punya pasal. kihkih)
nom nom nom.
sungguh sedap meh. :)
boleh lah nak dibuat santapan untuk berbuka puasa. kiranya macam desert lah creamcheese milo biskut ni. aku sebenarnya konfius tau, nak letak cheesecake milo biskut @ milo cheesecake biskut @ biskut cheesecake milo @ biskut milo cheesecake. argghh. mana-mana pon tak kisah lah kan. janji masuk mulut. kihkih
SELAMAT MENCUBA !
# makan sedap-sedap begini, risau jugak berat naik mencanak-canak nanti. hihiii
thanks for reading. ^^
huahh.. sodap tu dilihat.. apatah lagi kalau dapat makan kan..
ReplyDeletejadi trend cheesekut ni skrg. tapi saya tetap lah malas nak try hihi
ReplyDeletepakai cream craker ni sedap ke siti? nt nk try lah.hehe
ReplyDeletekenapa msti cheese?? huhu
ReplyDeletewahh mcm sedap! tapi malas nak buat
ReplyDeleteheeee
SEDAPNYAAA..NAKKK
ReplyDeletedh try mmg mudah..
ReplyDeleteso pasni leh tmbh nestum n milo..nyum2..
pengsan! i very loikeee nak cubalah... tqqqq
ReplyDeletehuahhhhh... nak try! nak try!
ReplyDeletecheesekut la...hehe nak buatla tp nanti kot hhuhu
ReplyDeletesiti siti siti. rinduuuuu! ehehe
ReplyDeletenampak tuu diaaa fenomena chessecake biskuttt..
iollss pun dah try tau. hikhik. eh raye nanti open house boleh la buat cheesekut ni..kompem bakal mak mertua terpikat.
simple n easy step nak buat khen
ReplyDeleteyg penting rasa mau melatop gituew ahaks
sodap nih! bookmark !
ReplyDeleteboleh cuba nanti ni...hhe
ReplyDeletefenomena betul la cheesekut ni..blh repeat lagi utk buat ni hehehe..senang pulak tu kan ;)
ReplyDeletewahh...macam sedap je ni..boleh la try nanti..tapi cheese tak boleh makan banyak2..nanti cepat muak..hee
ReplyDeletenom nom kena cuba ni.:))
ReplyDeleteSedapnya...teringin nak try resepi ni...
ReplyDeletememang sedap pun! lepas makan bertambah tambah asyik nak nak nak. haha
ReplyDeleteTerima kasih resepi :)
ReplyDeleteNak buat utk moreh puasa esok. insyaaALLAH
Brapa gram creamcheese yg prlu guna?
ReplyDelete