Wednesday, 9 September 2015

Kesalahan Menggunakan Jam Tangan



Ramai bersetuju bahawa koleksi jam tangan merupakan aksesori terpenting bagi hampir setiap individu dan ia juga sering dijadikan hadiah yang istimewa ketika sambutan tertentu. Ada juga individu yang menjadikan jam tangan sebagai suatu bentuk pelaburan dan tidak hairanlah jika ada sesetengah individu yang sanggup berhabis sehingga ribuan ringgit semata-mata untuk memiliki seutas jam tangan yang diidamkan.


Namun, tahukah anda apakah kesalahan-kesalahan yang patut di elakkan ketika memakai atau menggunakan jam tangan?




Pertama : Jangan pakai jam tangan yang terlalu longgar atau terlalu ketat.

Pemakaian jam tangan yang terlalu longgar boleh menyebabkan pemakaian yang tidak selesa dan pemakaian jam tangan yang terlalu ketat boleh membuatkan pergelangan tangan anda menjadi sakit. 






Kedua : Memakai jam tangan tidak mengikut aktiviti yang ingin dilakukan.

Contohnya, jika anda ingin bersukan atau melakukan aktiviti outdoor, pastikan anda memakai jam tangan yang bertali silicon. Ini kerana, keadaan anda yang berpeluh apabila melakukan aktiviti sukan atau seumpamanya akan memberikan kesan kepada tali jam tangan kulit atau tali jam tangan sintetik. 





Ketiga : Pemakaian aksesori yang terlalu terlalu banyak aksesori bersama jam tangan pada pergelangan tangan yang sama.

Jika ingin memakai aksesori yang banyak, pastikan ia tidak dipakai pada pergelangan tangan yang sama dimana anda memakai jam tangan anda. 


thanks for reading !

2 comments:

  1. saya plak dah lama tak pakai jam tangan
    rasa macam berat je kalau pakai hahaha

    ReplyDelete
  2. sy ada jam 1 je, so apa2 occasion. pakai je jam sama..hehehe

    ReplyDelete