Thursday, 5 December 2013

Belajar Jahit Manik di Kolej Komuniti

assalamualaikum. ;)


minat untuk menjahit manik ni dah lama ada dalam diri ni. tapi bila nak realisasikan tu ada je halangan. malaslah, tak ada cukup masa, busylah, macam-macamlah. hihii *alasan je lebih. dush dush ! tapi bila semangat juang yang tinggi dah sampai, habis semua tutorial kat google digeledah. ;)


ini hasil jahit manik ikut sedap rasa je.
asal jadi sudah. hihii



dalam bulan Mac yang lalu, aku dan emak ada mengikuti satu program belajar jahit manik di Kolej Komuniti. peluang macam ni bukan selalu ada. kebetulan minggu tu tak ada nak buat apa-apa, join je lah. bila lagi nak berguru kan. program ni berlangsung selama 2 hari. bayarannya hanya RM38 seorang (kalau tak silaplah. hihii) dan aku rasa berpatutan untuk beginner macam aku ni.


jahit manik hari pertama. nampak sama, tapi tak serupa.
sebelah tu hasil tangan aku, sebelah lagi hasil tangan emak kesayangan. 


jahitan manik di hari kedua.
belajar jahit manik bentuk bunga dan kerawan-kerawang gituu.


banyak jenis jahitan manik yang dapat dipelajari. tapi nama-nama manik tu semua aku tak ingat dah. hehee tapi cara nak buat insyaallah masih ingat, bila tengok contoh. lepas ni nak merajinkan diri menjahit manik. manik yang dibeli dah semakin bertambah. asal nampak cantik je beli. emak pon dah bising-bising asyik beli manik je, tapi hasilnya tak ada lagi. hehee


# next target : belajar jahit manik crumble yang simple. hihii (*ok ini entri peraman. kihkih ;)

thanks for reading ^^

7 comments:

  1. sy tak suka dan tak pandai jahit.... tak kreatif pulak tu... cantik corak nya...

    ReplyDelete
  2. bestnya belajar jahit. Lepas ni senang nak buat baju raya ke apa ke kan. Cari baju kosong pastu design manik sendiri. Huhuhu

    ReplyDelete
  3. wah cntik2..

    pasni leh amik order byk2..hihi

    ReplyDelete
  4. mmg berbakat awak. SB tak reti nak susun n jahit manik2 ni..

    ReplyDelete
  5. boleh ambil tempahan nanti ye

    ReplyDelete
  6. lama x singgah sini..ct sihat? kak intan hope ct sihat selalu..wah leh amek tempahan ni tau

    ReplyDelete