Siti Kektus

Cerita MizzTina

Tuesday, 28 May 2013

Hardest Game Ever !

assalamualaikum. ;)


pernah main game HARDEST GAME EVER ? sebelum ni aku ter-obses dengan TETRIS BATTLE, tapi sekarang dah malas nak main. kengkonon dah hebakk sangat sampai tak nak main. HAHA




nama je HARDEST GAME, cubalah korang cuba main. kihkih kacang bangat. tapi kacang-kacang pon nak dapatkan 'S' punyalah payah. game yang senang-senang lah. sekali main dah boleh dapat S. 'S' tu macam ranking paling tinggi lah.




sekarang aku stuck kat stage 13. untuk unlocked stage 13 tuu, kena dapatkan 10 'S' untuk game sebelumnya. pheeww~ kemain struggle aku nak dapatkan semuanya 'S'. lagi-lagi game AISKRIM ni. paling tinggi aku dapat C je. sobsob member aku sampai terpaksa menggunakan khidmat tangan orang lain untuk membantu beliau mendapatkan title 'S' tuu. hehee



tiba-tiba rasa nak makan aiskrim pulak dah. nyumnyum



siapa-siapa yang gilakan matematik, game OH, I LOVE MATH pon ada. ni pon kacang je ni. kehkeh nak rasa susah tak susah main game ni, p download cepat-cepat. kat google play ada. hehehee :)


# semakin hari semakin malas. apekes ? -_-

thanks for reading. ^^

Wednesday, 22 May 2013

Bunga Kaktus Punya

assalamualaikum. ;)


Bunga kaktus punya.


ini cerita beberapa hari lepas. waktu aku keluar rumah nak buang sampah. tiba-tiba nampak pokok kaktus depan rumah dah keluar bunga. SUBHANALLAH. cantik sangat. kenapalah sebelom ni aku tak perasan pokok ni dah berbunga. rasa nak petik je, tapi sayanglah pulak.



'eeh cik serangga tumpang bergambar sekali ke ?'



pada mulanya kan, aku ingatkan bunga yang ni belom mekar lagi. kiranya masih dalam proses nak jadi bunga. bila tanya pada emak, rupa-rupanyanya bunga ni dah kuncup semula. bunga kaktus ni kembang mekar waktu pagi je. waktu aku keluar rumah tuu dalam pukul 9 pagi.






pokok kaktus ni dah lebih kurang sedekad umurnya. dari sekecil-kecil saiz sampailah dah sebesar ni. pokok ni lagi tinggi dari aku. tingginya dalam 2 meter kot. setanding lah tuu dengan umurnya kan. kalau panjang umur aku, lagi sedekad dapatlah jumpa pokok kaktus ni lagi. itu pon kalau pokok kaktus ni panjang umurnya jugak. :)






# alhamdulillah. masih diberi peluang menghayati dan menikmati ciptaan-NYA. :)

thanks for reading. :)

Sunday, 19 May 2013

RESEPI : OREO CHOCO BALLS

assalamualaikum. ;)


OREO CHOCO BALLS !



sangat sedap. enak dimakan di kala panasnya cuaca, bersama segelas air sirap limau ais. mavelessss ! nama asal OREO BALLS je, tapi aku rasa macam sedap je tambah choco tuu. jadilah OREO CHOCO BALLS. kihkih


aku dapat resepi ni daripada seorang kawan. dia jumpa kat FB. bila dia kata sedap, lazat, sampai nak buat lagi, apa lagi uollss, i pon excited nak cubalah. benda sedap kan siapa tak mau. ini antara rajin atau malas saja. memandangkan hari tu aku terlebih rajin makan aku berjaya buat. yeyyy !





resepi asal hanya menggunakan 3 bahan sahaja. ye, TIGA sahaja--BISKUT OREO, CREAM CHEESE & COKELAT MASAKAN-- dan yang best tak payah nak goreng, kukus, grill atau panggang. hanya masuk dalam peti sejuk saja dan sedia untuk di ngappp !


tapi, aku ni kalau guna sebungkus biskut oreo tuu mana lah cukup. lagi pon kat rumah mulut yang makan bukan aku sorang. ada lagi 4 mulut yang menanti. maka, aku telah derhakakann sikit resepi ni. alaa, sikit saja.





BAHAN-BAHAN : 
BISKUT CREAM O (lagi murah & banyak)
CREAM CHEESE
COKLAT MASAKAN
BISKUT MARIE (bagi adunan banyak sikit)

CARA-CARA (boleh  rujuk gambar):
1. Hancurkan biskut cream o & biskut marie. gunalah teknik apa pon janji ia hancur. aku masukkan dalam plastik dan ramaskan biskut tersebut.
2. Cairkan cream cheese dalam suhu bilik. Gaulkan kedua-dua biskut dengan cream cheese tadi.
3. Setelah sebati, bentukkan adunan tadi menjadi bentuk bulat seperti bola. nak buat bentuk lain pon boleh. ikut lah kreativiti korang.
4. Cairkan coklat masakan--aku guna double boiling, nak guna microwave pon boleh.
5. Salutkan bebola tadi dengan coklat yang dah dicairkan dan masukkan kedalam peti ais.
6. Tunggu lah sejam dua, dah boleh di makan.


# senangkan buat OREO CHOCO BALLS ni. emm, mungkin aku patot tukar kot. CREAM O CHOCO BALLS. kihkih ahh, mana-mana pon boleh lah kan.


SELAMAT MENCUBA !


thanks for reading. ^^

Friday, 17 May 2013

Hari Puan Mizz Tina

assalamualaikum. ;)


pang pang kopang kopang kopang kopang kopang kopang keboom, kopang kopang kopang keboom, kopang kopang kopang keboom...


selamat pengantin baru kak Tina oii ! tahniah tahniah tahniah. wiwiwiii


invitation card.


memandangkan rasa macam tak jauh Batu Pahat tuu dari rumah aku, aku gigihkan lah jugak diri ni pergi. berharap dengan bantuan GPS dapatlah memudahkan perjalanan aku. tapiiii, sesat jugaklah nampaknya. GPS ni saje nak tipu aku ke hapee. pheeww~  lepas dah pusing-pusing sikit, tanya orang-orang dekat-dekat situu, sampai jugak lah cik kiah ke rumah pengantin. :)



pengantin awesome !
(satu-satunya gambar yang ada. sobsob)


first time jumpa akak. rasa segan, gugup bercampur baur lalu bertukar menjadi blurrr. hahaa tiba-tiba rasa macm tak pernah p majlis kawen orang lain je. hewhew tapi kan, akak memang comellss gila. rasa macam aku pulak yang kakak-kakak, dia adik-adik. hahaa tapi sedih sebab tak dapat tunggu akak sanding. padahal sikit je lagi masanya kan. sobsob sorry kak, bodyguard saya nak cepat lah pulak. -_-


# moga bahagia hingga akhirnya Kak Tina. ;)


thanks for reading. ^^