Resepi : Chicken Ball Cheese | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Tuesday, 5 August 2014

Resepi : Chicken Ball Cheese

assalamualaikum. ;)


Chicken Ball Cheese
goreng dengan 3 cara berbeza : without eeg/with breadcrumps/with egg



selamat hari raya uoolllss ! seminggu bercuti raya kemain menyumbat makanan yang enak-enak dalam perut comel ni. makan macam tak ingat dunia rupanya. asal nampak makanan atau kuih raya sedap di telan. berat badan pon dah kelaut gayanya. bentuk badan tak usah cerita, dah tak macam Ziana Zain dah, -_-



beberapa hari lepas aku ni terlebih rajin masak-masak ni *rajinlah sangat -_-. tengok peti ais ada isi ayam lebih, maka terhasillah chicken ball cheese ni. resepi chicken ball cheese ni alaa-alaa resepi cheewy cheese KFC yang aku buat sebelum ni. cuma resepi chicken ball cheese ni aku tak letak kentang.



BAHAN-BAHAN :

Isi ayam dikisar halus
Bawang besar di potong dadu
Lada merah besar di potong dadu
Lada sulah
Secubit garam
Sedikit mixed herb
Keju (cheesedale tu pon boleh)
*nak tambah daun sup atau bahan-bahan lain terpulang.


CARA-CARANYA :
1. Campurkan semua bahan diatas kecuali cheese dalam mangkuk dan gaul sebati.
2. Kemudian, bentukkan ikut citarasa masing-masing. Macam aku, aku bulat-bulatkan dan isikan cheese dalamnya.
3. Siap untuk digoreng !



# selamat mencuba pada yang nak mencuba ! jangan lupa puasa 6 pada yang berkesempatan. :)

thanks for reading. ^^

5 comments:

  1. salam..

    dah pernah buat sendiri..memang puas hati makan sebab bahan2 di dalam boleh adjust ikut suka..memang sedap gila..heheh..

    ReplyDelete
  2. Salam syawal adik..

    nmpk sedap tu..rajin, untuk tetamu ker dik..?

    ReplyDelete
  3. adikkkk..akak terdelete blog awk kt "jiran" tu..pahtu lupa cane nk masukkn semula.. sila ajar akak plsss

    ReplyDelete
  4. macam senang je nak buat sendiri ni...lagi jimat dan boleh melantak banyak2...hee

    ReplyDelete
  5. sedapnya, boleh cuba ni :)

    ReplyDelete