RESEPI : Homemade Fishball dari Ikan Tenggiri | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Thursday 20 February 2014

RESEPI : Homemade Fishball dari Ikan Tenggiri

assalamualaikum. ;)


RESEPI : Homemade Fishball dari Ikan Tenggiri



hari ahad lepas pergi pasar basah. lepas subuh terus gerak sebab ikan murah sikit waktu tu. ada yang harga separuh dari harga biasa, ada yang kurang 3,4 ringgit je. kira berbaloi jugalah bila membeli dalam kuantiti banyak. kadang-kadang ikut pada nasib juga, dalam kepala teringin nak beli ikan itu ini, tapi bila dah sampai pasar tak ada pulak ikan yang diinginkan. 



kebetulan pula, pada hari tu ikan tenggiri murah sikit dari hari sebelum-sebelum ni aku pergi. selalu kalau tanya mesti harganya RM20+++. hari tu memang rezeki kitorang harga ikannya agak murah. tapi saiz ikannya tu tak lah besar gedegang. yang biasa-biasa je saiz macam ikan cencaru gituu lah. dah lama usha ikan tenggiri ni sebab nak buat bebola ikan tenggiri dimasak sup. 





puas hati bila dapat buat sendiri bebola ikan buat sendiri sebab dapat lagi banyak dan dah tentunya kita lebih tahu kandungannya apa. nak letak lebih garam ke, gula ke, tepung ke kite yang kontrol kan. nak masukkan dalam senarai menu sihat pon boleh. Boleh jaga kesihatan. hehehe  ok, ni aku share sikit resepi nak buat bebolanya ye. :)




BAHAN-BAHAN :

Ikan tengiri (saiz sederhana)
Garam (secubit)
Tepung Ubi/Tepung Jagung



CARA-CARANYA :
1. Asingkan isi ikan tengiri dari tulangnya. Apabila selesai, jangan dibuang tulang ikan tu. Bila dimasak sup nanti masukkan sekali tulang ikan tersebut. 
2. Tumbuk isi ikan sehingga lumat dan masukkan secubit garam. Jangan banyak sangat kang terlebih masin pulak. Aku tumbuk guna lesung batu. Alang-alang tu exercise tangan sikit. hehee Kalau kisar guna blender kering pon boleh.
3. Dah lumat, masukkan kedalam bekas yang sesuai dan masukkan sedikit tepung ubi/tepung jagung. Jangan terlebih tepung ye sebab fungsi tepung ni untuk melekatkan ikan-ikan tu jadi bebola. 
4. Bentukkan adunan isi ikan tadi menjadi bebola. 
5. Pada masa yang sama panaskan periuk yang berisi sedikit air. Apabila air dah panas, bolehlah masukkan bebola tadi. Biarkan seketika. Dah sudah bolehlah ditoskan. 
6. Air rebusan bebola tadi jangan dibuang. Sayang kalau dibuang. Masukkan sekali juga kedalam sup yang bakal dibuat nanti.


Selamat mencuba !


thanks for reading. ^^

15 comments:

  1. Assalamualaikum. wahh bestnya buat bebola ikan sendiri. ehhe nice sharing. boleh sheila try buat gak ~~~

    ReplyDelete
  2. bagusnye die sekarang..hehehe..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Nak buat juga nanti ikut resepi ni.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya makan masakan macam ni. Nanti nak masak jugak.

    ReplyDelete
  5. suka resepi siti ni..selalu simple simple je..hehe

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ct...wah sedap juga ni...mmg puas hati kalau dpt buat sendiri...:)

    ReplyDelete
  7. awk mmg rajin la dik!!! salute sm awk..

    ReplyDelete
  8. kalau 2,3 ekor ikan tu boleh dapat berapa biji?tahan lama tak kalau simpan dalam peti sejuk?anak saya suka fishball.boleh kata hari2 menu ada fishball.tapi setakat ni beli je tak buat sendiri pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak, yg untuk bebola ikan tu kan. kite tak pernah simpan lama2. biasa buat untuk sekali masak sup.

      tapi, kalau nak simpan dalam 2,3 hari tahan. tapi kena simpan kat tempat sejuk beku yg atas sekali tu. untuk 2 ekor ikan tu kite tak kira pulak berapa dapat. tapi boleh buat makan 5 orang. hihiii :)

      Delete
  9. mudahnya :) thanks for sharing

    ReplyDelete
  10. kak ipar ana pon rajin wat bebola sndiri tp dia guna daging hehe
    pastu mkn dgn sup phewwww mcm bakso hehe

    ReplyDelete
  11. senang je kan... thanks for the idea...

    ReplyDelete
  12. on going..tq 4 recepi.Jom follow my blog:)#690

    ReplyDelete