RESEPI : OREO CHOCO BALLS | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Sunday 19 May 2013

RESEPI : OREO CHOCO BALLS

assalamualaikum. ;)


OREO CHOCO BALLS !



sangat sedap. enak dimakan di kala panasnya cuaca, bersama segelas air sirap limau ais. mavelessss ! nama asal OREO BALLS je, tapi aku rasa macam sedap je tambah choco tuu. jadilah OREO CHOCO BALLS. kihkih


aku dapat resepi ni daripada seorang kawan. dia jumpa kat FB. bila dia kata sedap, lazat, sampai nak buat lagi, apa lagi uollss, i pon excited nak cubalah. benda sedap kan siapa tak mau. ini antara rajin atau malas saja. memandangkan hari tu aku terlebih rajin makan aku berjaya buat. yeyyy !





resepi asal hanya menggunakan 3 bahan sahaja. ye, TIGA sahaja--BISKUT OREO, CREAM CHEESE & COKELAT MASAKAN-- dan yang best tak payah nak goreng, kukus, grill atau panggang. hanya masuk dalam peti sejuk saja dan sedia untuk di ngappp !


tapi, aku ni kalau guna sebungkus biskut oreo tuu mana lah cukup. lagi pon kat rumah mulut yang makan bukan aku sorang. ada lagi 4 mulut yang menanti. maka, aku telah derhakakann sikit resepi ni. alaa, sikit saja.





BAHAN-BAHAN : 
BISKUT CREAM O (lagi murah & banyak)
CREAM CHEESE
COKLAT MASAKAN
BISKUT MARIE (bagi adunan banyak sikit)

CARA-CARA (boleh  rujuk gambar):
1. Hancurkan biskut cream o & biskut marie. gunalah teknik apa pon janji ia hancur. aku masukkan dalam plastik dan ramaskan biskut tersebut.
2. Cairkan cream cheese dalam suhu bilik. Gaulkan kedua-dua biskut dengan cream cheese tadi.
3. Setelah sebati, bentukkan adunan tadi menjadi bentuk bulat seperti bola. nak buat bentuk lain pon boleh. ikut lah kreativiti korang.
4. Cairkan coklat masakan--aku guna double boiling, nak guna microwave pon boleh.
5. Salutkan bebola tadi dengan coklat yang dah dicairkan dan masukkan kedalam peti ais.
6. Tunggu lah sejam dua, dah boleh di makan.


# senangkan buat OREO CHOCO BALLS ni. emm, mungkin aku patot tukar kot. CREAM O CHOCO BALLS. kihkih ahh, mana-mana pon boleh lah kan.


SELAMAT MENCUBA !


thanks for reading. ^^

25 comments:

  1. yummy sedapnya..simple je :)

    ReplyDelete
  2. macam best ni.thanks share ye

    ReplyDelete
  3. nk buat r nt =)

    sy hantu oreo =)

    ReplyDelete
  4. wah, sedapnye. fav kite oreo nie. nak try la nnt :D

    ReplyDelete
  5. cedapnya, mudah pulak tu...tq ct share resepi yg sgt2 menarik ni...

    ReplyDelete
  6. sedapnya! nt boleh buat!

    ReplyDelete
  7. ehhhh ni bolehhhh buat makan dengan buat bisnes ni. kehkehkeh. nak cuba nak cuba!

    ReplyDelete
  8. terbaikkkkkkkkkkkkkkkkk ! resepi masa raya,thank you thank you :D

    ReplyDelete
  9. erk...nampak sedap pulak...mudah je nak buat ni kan...hee~

    ReplyDelete
  10. wahhhhh nmpak lazattttttttttt *melting

    ReplyDelete
  11. tumpang tanya,krim oreo tu kena asingkan tak ye?

    ReplyDelete
  12. @sakinah hul haq

    tak payah buang. masukkan sekali je. hehehee

    selamat mencuba !

    ReplyDelete
  13. maaf tanya akak , cheese tu boleh tak digantikan dengan bahan lain ? ape bahan yang boleh ganti tu ek ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna butter pun boleh

      Delete
  14. nak tnye..pkai choc compound blh x ey??agk2 keras sgt x nti?

    ReplyDelete
  15. sedapnya. boleh try nanti ni. thanks for sharing.

    ReplyDelete
  16. likee likee ;)

    ReplyDelete
  17. Bestnyer. Hihihi. Macam mudah je nak buat kan. Nak try lah utk masakan malam. Oh ye btw nanti ada masa jemput2 singgah blog saya ye http://www.mamafisya.com/

    ReplyDelete
  18. salam boleh saya tahu berapa sukatan bagi bahan-bahannya ?

    ReplyDelete
  19. kuih ni tahan berapa lama?... saya ingat nak buat sebagai kuih raya

    ReplyDelete
  20. Saya nak tye, lepas dah siap masuk dlm peti ais, nnt biskot tu akan jadi seperti biskut atau lembik, maksud saya adunan oreo dgn cream cheese tu?

    ReplyDelete
  21. Ingatkan susah nak buat, rupanya kacang aje......

    ReplyDelete
  22. Ingatkan susah nak buat, rupanya kacang aje.......

    ReplyDelete
  23. Peti ais bwh ke peti ais atas ?

    ReplyDelete
  24. Peti ais bwh ke atas ?

    ReplyDelete