RESEPI : CHEWY CHEESE YANG MACAM KAT KFC | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Friday, 17 January 2014

RESEPI : CHEWY CHEESE YANG MACAM KAT KFC

assalamualaikum. ;)



RESEPI : CHEWY CHEESE YANG MACAM KAT KFC
ke lagi senang panggil cheeseball je ?
hehee :D



hari ni tak cerita pasal jahitan. tapi nak cerita pasal makanan. hehee yes !! ini resepi bebola berintikan cheese macam kat KFC tuu. chewy cheese kan namanya. hari tu aku teringin nak tahu macam mana rasanya. sedap ke, tak sedap ke kan. maka, gigihlah kaki ini menapak ke KFC. lagipon, dah memang pergi ke bandar masa tuu. bile dah beli, dah rasa, memang mabeles. tapi sayangnya, mahal betol. 5 ketul = RM5. phewww~~




buat banyak-banyak simpan dalam fridge.
yang ni tak gaul dengan telur lagi. :)



sebab chewy cheese ni sedap kebabom, aku pon buat sendiri. terjumpa resepi Kak Chaq ni. tengok bahan-bahan pon tak lah susah nak cari. cara buat chewy cheese yang macam kat KFC ni pon nampak macam senang je kan. (cehh, sebab nak sangat makan, apa pon sanggup. kihih) serbuk roti aku beli di kedai kek. 




resepi asal : Kak chaq

BAHAN-BAHAN :
5 biji KENTANG (saiz sederhana)
1 1/2 cawan TEPUNG GANDUM
(ikut sukatan kentang, kalau kentang lebih, lebihkan tepung)
secubit GARAM
LADA PUTIH secukupnya
1/2 KEJU CHEDDAR (dipotong kecil-kecil)
SERBUK ROTI
2 biji TELUR


CARA-CARANYA :
1. Rebus kentang bersama garam. Garam tu agak-agak je. Jangan banyak sangat, kang termasin sangat. Bila dah empuk, angkat dan toskan. Ketepikan. Tapi lepas ni, aku rasa lebih baik goreng kentang tu daripada rebus, sebab kentang tuu lembik sangat bila direbus. hukhuk
2. Gaulkan kentang tadi bersama tepung gandum. Jangan terlebih letak tepung gandum, nanti terkenyal dah jadi macam cucur ikan bilis aka jemput-jemput. Tu yang berlaku kat aku, terlebih letak tepung. kihkih agak-agak je tepung tuu.
3. Masukkan bersama lada putih sebab tak ada lada sula. hehee Gaulkan hingga sebati.
4. Bentukkan adunan kentang--tepung gandum--lada putih tadi menjagi bebola kecil.
5. Masukkan keju/cheese yang dipotong kecil ke dalam bebola kecil tadi. Caranya lebih kurang macam buat kuih buah melaka tuu.
6. Dah siap bubuh keju/cheese tu salutkan dengan serbuk roti. Kemudian, gaulkan pula dengan telur yang dah dipukul. Kemudian, gaulkan lagi sekali dengan serbuk roti. |serbuk roti--> telur --> serbuk roti |
7. Sedia untuk digoreng.



sekali pandang macam fishball yang jual kat pasar malam, 3 seringgit. 
heheee



Rasanya memang sedap sangat !! lagi sedap kalau letak cheese tu banyak-banyak. Tapi yang spoil sikit, terlebih tepung tuu lah. kihkih Yang penting, tak sempat nak simpan lama. tak sampai 2 hari dah habis di goreng. Hasilnya, adalah dapat dalam 150 biji. tapi yang tak best, benda ni kalori tinggi jugak. huhuu *bertambah bam bam lah daku gamaknya. =_=



# kalau malas nak buat, beli je. senang. tapi tu lah costly sikit kan. kalau duit ada extra apedehal kan. :) 

20 comments:

  1. okey...boleh cuba ni hihihi

    ReplyDelete
  2. Wah mcm sedappp bunyi...kakak pun nk buatlah...
    pndai msk, pandai jahit..boleh jdi calun menantu...hehe

    ReplyDelete
  3. sng sgt nk buatnye.. kene cr bhan ni..

    ReplyDelete
  4. nyum2 sedap tu.

    p/s: yui tak sure dalam bunga teratai ke apa dear..hihi

    ReplyDelete
  5. Hye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. cantik rupanya....mesti sedap kan

    ReplyDelete
  7. bahan senang memang bole buat ni.. cantik je bulatannye..

    ReplyDelete
  8. wowww bestnya ni ! nak try hehe

    ReplyDelete
  9. buat sendiri puas sikit makan...kalau beli...alahai...tak puas...da la sikit...hee :D

    ReplyDelete
  10. psstt: akak dah amik resepi ni, nanti nak cuba buat.. ;)

    ReplyDelete
  11. haha...tambah kalori sekali sekala. sedappppnyaa. hari tu pergi kepsi sbb teringin mende alah ni, tp org kepsi tu ckp takde. dah takde eh kat kepsi mende alah ni?

    ReplyDelete
  12. waaa mcm sedapp ni. ritu pon beli kat kfc sedapp. lagi2 makan panas2...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum. sedapnya. thanks sharing resepi. haritu dah makan kat kfc, mahal betul. dah ler kecik. nanti nak try ikut resepi ni. hehehe salam perkenalan ya, Sheila singgah dan follow sini (",)

    ReplyDelete
  14. Nak buat ni, nak buat ni ! Semua bahan dah ada kecuali serbuk roti (T___T)

    ReplyDelete
  15. salam kenalan..

    saya singgah sini dan follow..tertarik dengan resepi chewy cheese ni..sya pun suka masak juga..sudi singgah ke blog saya ya di http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq

    ReplyDelete
  16. gk dok usha blog ni lama dh...berkenan nk bt resepi ni...ingat timw berbuka nk bt resepi ni...tp tu la serbuk roti lupa beli...eerm kita tgk la hasil nnt mcm ne...tq ct kektus

    ReplyDelete
  17. simple ja bahan-bahan dia, nampak sedap pula tu.. :)

    ReplyDelete
  18. menarik resipi ni. boleh cuba

    ReplyDelete