Bunga Kertas Tisu sebagai Hiasan Hantaran Pertunangan {DIY} | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Friday, 21 February 2014

Bunga Kertas Tisu sebagai Hiasan Hantaran Pertunangan {DIY}

assalamualaikum. ;)



Bunga Kertas Tisu sebagai Hiasan Hantaran Pertunangan
{DIY}



Bulan Disember 2013 yang lepas, sepupu lelaki aku yang sorang ni minta tolong aku siapkan hantaran pertunangan dia. aku yang tangannya separa berseni + kreatif ni cubalah ambil peluang ni untuk tengok kemampuan diri sendiri. walau aku tahu risikonya tu agak tinggi umpama kau lalu dekat tepi gaung. kalau salah langkah sikit, dah boleh tergolek jatuh dalam gaung. dah masuk gaung tu, kalau selamat tak apa lagi, kalau tak selamat ? hhmmmm. {amboi, hyperbola ke apa ni. hihii }



antara barang hantaran untuk pihak perempuan.
bekas cincin love tu bukan aku yang buat. memang sepupu bagi dah siap.




maka, aku mengambil keputusan untuk menggunakan bunga yang diperbuat daripada kertas tisu (crepe paper). aku dah lama perasan ramai orang menggunakan bunga kertas tisu ni sebagai hantaran. cantik-cantik belaka hantarannya bila dah siap. aku menggunakan crepe paper warna pink + peach.




ada beberapa cara untuk buat bunga kertas tisu (crepe paper flowers) ni dan tentunya hasilnya berlainan sikit. aku ikut CARA BUAT CREPE PAPER FLOWERS ni. hasilnya nanti macam dalam gambar tu. je sebenarnya nak bunga bunga kertas tisu ni senang je. yang penting kena sabar sikit. hehee :)





tapi kan yang tak berapa seronok, bila dah siap hantarannya nampak macam kosong pulak. nak tambah apa-apa lagi macam tak sempat. tak apa lah. redha je lah. sobsob lepas ni kang kalau kena buat untuk diri sendiri dah ada pengalaman sikit. boleh jimat apa yang patut. untuk bantal hantaran yang 4 segi tu, aku DIY juga. bila aku rajin sikit nanti aku kongsi di lain entri ye. hehehee




# kalau nak tengok gambar-gambar masa majlis pertunangan tuu, boleh tengok kat entri sepupu kecik aku ni : Ainruslee. :)



thanks for reading. ^^

14 comments:

  1. Assalamualaikum. sheila nikah dulu pun buat bunga crepe ni.. suka sangat DIY sendiri, tapi tak berapa awesome macam awak buat ni. hehehe. lawa kombinasi warna ni ~~~

    ReplyDelete
  2. teringin nak buat
    tapi x reti la
    heee

    ReplyDelete
  3. cantik..kak ana pernah buat guna crepe paper utk hantaran sepupu...

    ReplyDelete
  4. cantik sangat !!
    best nya tangan kreatif awak ni

    ReplyDelete
  5. Serba serbi pandai adik kita ni..semoga satu hari nti..berjaya dgn mcmperniagan...

    ReplyDelete
  6. ingatkan hantaran dia tadik.. -_-

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum ct...cantik2 hasil kerja tangan ni...;)

    ReplyDelete
  8. Menarik.. barang dah mahal skrg ni, baik buat sendiri

    ReplyDelete
  9. besnye kreatif mcm ct ni ! cik ana pon nak buat sendiri jugakla nti utk majlis sendiri.
    yg entah tak tahulah bile hehehe

    ReplyDelete
  10. cantikkk sangat..memang tangan kretipppp

    ReplyDelete
  11. Bunga kertas nie ade jual x utk ltk ats tin doorgift?nie email sy intannorizzaty20@yahoo.com

    ReplyDelete