Cara Buat Pola/Pattern Blouse Yang Simple | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Monday, 20 January 2014

Cara Buat Pola/Pattern Blouse Yang Simple

assalamualaikum. ;)


Cara Lukis Pola/Pattern Blouse Yang Simple



projek seterusnya ialah menjahit blouse yang simple. beli kain memang cukup-cukup 2m untuk buat blouse. kain pon aku cari yang paling murah sebab kalau ada tersalah potong ke tersalah jahit ke tak lah ralat sangat. hihii lagipon kain ni memang beli untuk projek belajar jahit-menjahit ni. ;)


pada mulanya, aku nak guna semula pola baju high low blouse yang aku buat hari tuu, tapi bila dicari-cari, entah kemana aku campakkan hari tu. hehee nak tak nak terpaksa buat pola blouse yang baru. waktu aku nak melukis pola baju ni makan masa jugak walaupun dah pernah buat sebelom ni. tak pe, tak pe. ini proses pembelajaran kan. selagi tak cuba, selagi tu kite tak tahu kite mampu buat ke tak. kan ? kan ?




siap buat nota atas buku. hehee
sebagai rujukan untuk projek-projek lain. 



langkah pertama yang perlu dibuat semestinya ukuran baju yang korang nak buat tu. ukur bahu, panjang baju, panjang tangan, ukur lilit ketiak, ukur lilit dada, ukur lilit pinggang dan ukur lilit punggung. dah settle ukuran baju, siapkan segala peralatan yang diperlukan : surat khabar, tali pengukur, pembaris dan pensil. 


dah sedia semua, masa untuk lukis pola. bagi yang baru nak mula belajar cara buat blouse yang simple, boleh rujuk entri dari Cik Sue. di blog Cik Sue ni semua yang berkaitan dengan jahit menjahit ada. tinggal rajin atau malas nak baca semua. hehee 




ikat siap-siap dengan kain perca blouse tadi bila dah habis guna. 
kalau nak guna semula kan tak susah mencari.



pola/pattern blouse yang beliau buat lebih kurang je dengan yang pola/pattern blouse yang aku belajar dari emak. bila dibaca dan difahami dengan baik, insyaallah boleh buat punya pola blouse berdasarkan nota yang Cik Sue buat tuu.


SELAMAT MENCUBA !! 
update : contoh blouse yang dibuat. :)

ada sesiapa tahu di mana lokasi ini ? jeng jeng jeng. :)



{ Be happy with what u have while working for what u want }

thanks for reading. ^^

7 comments:

  1. cewwah...gigihnyaaa semek ni. jeles tengok. hehe. mak ct menjahit eh?

    ReplyDelete
  2. Bila nak buat blause nye plak? Nheee

    ReplyDelete
  3. Knor nk tmph boleh dik...2 psg tk berjahit lgi dik...

    p/s ha ah boleh dik..basuh bersih2 kentang tu syaratnya..termsuklh ubi keledek

    ReplyDelete
  4. wahh pndai mnjhit.. klu mnt mmg jadi kn.. sy x mnt mnjhit.. pgg jarum pon kekok haha

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian puan.

    ReplyDelete
  7. Love your work. Simple for beginners.

    ReplyDelete