RESEPI : SIMPLE BANANA PANCAKES | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Thursday, 22 August 2013

RESEPI : SIMPLE BANANA PANCAKES

assalamualaikum. ;)


SIMPLE BANANA PANCAKES. ;)



amboiihh. nama nak omputeh sangat kan. alaa, bila translate bahasa bahasa melayu, jadilah lempeng pisang mudah. hihii aku terbaca resepi simple banana pancakes ni dari blog Cassey Ho. Cassey Ho ni merupakan certified fitness instructor tau. nak tau lebih lanjut bolehlah jengah-jengah blog dia. banyak lagi resepi mudah dan ringkas tapi berkhasiat tau ! nak video exercise pon ada.



telur dan pisang yang dah dilenyek



sebenarnya untuk buat simple banana pancakes ni bahan-bahan yang digunakan hanya dua sahaja dan tak menggunakan tepung langsung. flourless gituu. DUA bahan tersebut ialah :


     1 BIJI PISANG (aku guna 2 biji sebab pisang saiz kecil)
     2 BIJI TELUR


see, sangat mudah dan ringkas kan bahan-bahannya ? aku menggunakan pisang lemak manis aka pisang 40 hari sebab pisang tu je yang ada buat masa ni kat rumah. kihkih resepi asal menggunakan 2 biji telur, tapi sebab nak jimat aku guna sebiji telur je. dengan 2 biji pisang dan sebiji telur aku dapat menghasilkan 5 keping pancake saiz kecil. hmm, lebih terperinci dalam saiz tapak tangan kot.



rupa simple banana pancakes aku atas kuali leper. hihi



aku tak ada non-stick pan, maka aku guna kuali leper yang buat bakar daging burger tuu. mulanya aku tak mau guna minyak masak sebab nak eat clean kengkononnya. tapi sebab terpaksa guna kuali leper, maka terpaksalah guna sikit minyak masak. alaa, sikit je tak banyak pon. tak nak bagi melekat je. nak lagi bagus guna olive oil. masak pancake ni tak lama pon. 2 ke 3 minit dah siap.



banana pancakes, strawberry, blueberry.
yummy !


haa, korang pon boleh hidangkan simple banana pancakes ni bersama buah-buahan kesukaan korang. aku pilih strawberry dan bluberry. sebab tu je yang ada dalam peti ais. muahaha nak tambahkan madu pon boleh. lagi berkhasiat kan. by the way, resepi ni ada VIDEO tau. bolehlah tengok kalau kurang faham.  :)



# lets eat clean !


thanks for reading. ^^

14 comments:

  1. Salam aidilfitri ct kektus:))

    Wah sedap ni lempeng pisang ni...:)

    ReplyDelete
  2. menarik sesangat..boleh di buat ni

    ReplyDelete
  3. tq share best ni. & selamat hari raya yer

    ReplyDelete
  4. menarik ni..simple dan sedap...pisang masak apa pun sedapkan...

    planting pun menarik

    ReplyDelete
  5. saya suka semua yang di masak berasaskan pisang. especially lempeng. nyums !!

    ReplyDelete
  6. dah lama la tak makan.
    nak2 makan pulak dgn stobeli

    ReplyDelete
  7. sedapnya ;) sis, olive oil xboleh guna kalau untuk cara masakan yang guna suhu tinggi...

    ReplyDelete
  8. Sedap tak?..hihihi...akak kalau pisang di masak tak berapa suka...
    Kalu pisang fresh suka ler...

    x0x0 ^_^

    ReplyDelete
  9. amboi sng sgt ni ni xaci! heee

    ReplyDelete
  10. banana pancake gittew hehe

    ReplyDelete
  11. sedapnyaaaaaaaaaa menarik pulak tu boleh la cube. hihihi

    ReplyDelete
  12. pisang tu tumbuk ke penyek penyek aja ? mencuba petang ni yay ^^

    ReplyDelete