Dompet/Purse Zip Berlining
tahun 2013 dah melabuhkan tirainya. banyak sangat memori-memori terindah yang sentiasa terpahat dalam ingatan. namun tak semuanya indah belaka, pasti terselit pahitnya juga. moga tahun 2014 ini dapat memberi lebih banyak manfaat kepada diri ini dan juga kalian semua. ;)
masa terhad yang ada aku gigihkan diri belajar cara buat dompet/purse zip berlining ni. purse ni terhasil daripada kain perca yang dah tak digunakan. untuk buat dompet/purse zip berlining ni tak susah, yang penting tahu mengendalikan mesin jahit. kalau tak pernah langsung menjahit pon tak apa, yang penting ada semangat nak mencuba dah ok dah tuu.
bolehlah selitkan duit kertas yg konon-kono tak nak digunakan gituu.
size : 3.5 inchi (h) x 4.5 inchi (w)
aku belajar cara buat dompet/purse zip berlining ni melalu encik google tersayang. hihii semuanya kini kan dihujung jari gituu. taip-taip je kat google tu je dapatlah sedikit maklumat yang dikehendaki. kemudian, gabungkanlah semua maklumat untuk dapatkan hasil yang meletop kebabomm. nanti bila-bila free aku kongsikan sedikit tutorial bagi yang berminat yang mencuba ye. :)
thanks for reading. ^^
kreatif
ReplyDeleteamboi...dihujung jari yang kreatif memang semua menjadik. kalo hujung jari keras kejong macam Mish ni memang tak de laaa jadi rupa macam tu. haha.
ReplyDeletewow cantik!
ReplyDeleterajinnya dia..cntik2..
ReplyDeleteadik akak sorang ni mmg rajin.. salute..
ReplyDeletenak order bole ke yang leopard tu?
ReplyDelete