protect yourself against cervical cancer ! | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Saturday, 21 April 2012

protect yourself against cervical cancer !

Assalamualaikum. ;)


jangan tak tau, kancer serviks/cervical cancer adalah kanser yang paling banyak di hidapi oleh wanita di Malaysia selepas kanser payudara -SINI


THINK CERVICAL CANCER CAN NEVER HAPPEN TO YOU ?
THINK AGAIN. :)

tau tak apa tu kanser serviks ?


kanser serviks ialah kanser pangkal rahim. kanser serviks tak sama macam beberapa kanser lain yang mungkin berpunca ekoran keturunan keluarga. setakat ini, punca sebenar kanser serviks tak dapat dikenal pasti lagi, tapi seseorang tu berisiko tinggi menghidapi kanser ni jika :

*melakukan hubungan seksual di awal usia muda
*mempunyai pasangan yang ramai
*mengandung melebihi 5 kali
*jangkitan kuman human papillomavirus (HPV ) semasa melakukan hubungan seksual
*kurang penjagaan pada alat sulit
*kurang daya tahan melawan penyakit disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu

tapi, dun worry, kita masih boleh mengelakkan penyakit ni. salah satunya dengan mengambil pelalian HPV. vaksin ni boleh didapati di klinik atau hospital berdekatan. yang pasti, bukan free lah. kalau tak silap, hanya pelajar tingkatan 1 je yang dapat free injection.




selepas timbul sedikit kesedaran dalam diri ini, apa lagi terus mengambil keputusan untuk di cucuk ! dandan lah masa tu jugak tetiba rasa takut bagai. kena cucuk je pon. bukan suruh terjun bangunan. macam kanak2 rebena je.=_= 


pelalian HPV ni mesti di ambil sebanyak 3 kali. barulah vaksin tu sempurna. kalau ang p ambil injection 1 dan 2 saje, pastu yang ketiga tak ambil, kurang effective lah vaksin tu. kena cukup 3 kali baru cukup syarat. macam orang nak kawen. kena ada nikahnya, baru sempurna kan.


injection yang kedua di ambil sebulan selepas yang pertama. yang ketiga di ambil enam bulan selepas injection pertama. next injection aku pada 6 May 2012. aish, jangan aku lupa sudahlah.




bayaran yang dikenakan masa injection pertama hanya RM139. itu pon sebab adanya diskaun sempena kempen mencegah kanser serviks sampai 12 April hari tu di UTM skudai. kalau tak, aku pon tak pergi kot. konon dah sedar diri. padahal ada diskaun. huhu 


harga tak diskaun RM169. itu hanya untuk sekali cucuk okeh. nak cucuk kali kedua, bayar lagi RM139. untuk kali ketiga pon RM139 juga. tapi tu harga kat pusat kesihatan UTM lah. harga kat klinik kerajaan biasa, aku tak tahu pulak lah berapa.


bukan itu sahaja, kita juga digalakkan untuk menjalani rawatan pap smear. barulah totally complete ! apa tu pap smear ? hmm, aku nak terangkan pon tak berapa nak tau. boleh baca kat SINI.


wahai para wanita di luar sana mari lah bersama-sama melakukan injection ni *ada macam seruan wakil rakyat tak ? dangg !*. lagipon kat tv dah buat iklan kesedaran pasal kanser serviks ni. kalau setakat buat injection dengan pap smear ni tapi tak jalani gaya hidup yang sihat pon tak ok juga. :)


more information : kanser serviks 


** tu dia ! panjang semedang. maklumlah dah berabad tak ketuk keyboard ni lelaju kan. haha ok bai ! 


thanks for reading. ^^

15 comments:

  1. huu
    bagus info ni
    nnti dh ade duet skit nk p cucuk la
    adik dpt cucuk pree je
    huwaaa
    jeles2

    ReplyDelete
  2. mintak dijauhkan dari penyakit ni.. huuu~

    ReplyDelete
  3. nice sharing.
    memang kene berhati-hati kan.
    pape pon jaga kesihatan tuh memang tanggungjawab seumur hidup.
    semoga kita semua terhindar daripada penyakit yang berbahaya.
    aminn :)

    ReplyDelete
  4. bagusnya SK.... thanks for the info...

    ReplyDelete
  5. bagusnya awk..akak nk buat gak la.. tp pap smear kn ke utk org dh kawen je dik.. kompius akak nih.. hahaha

    ReplyDelete
  6. cegah lebih baik kan...cepat2 la dptkan suntikan HPV ni bagi sape yg belum dptkan lagi..

    ReplyDelete
  7. lagi satu gantilah tuala wanita yg saudari gunakan ekeke..sbb tuala wanita yg biasa tu buat dr sampah (recycle paper)..nmpk mcm takda kaitan kanser serviks dgn tuala wanita tp kalau kita fikir dalam-dalam nampakla kaitannya..


    eh malas la nk bebel pepanjang jd mari baca kat sini ek hehe

    http://www.inspirasihatcantik.com/2011/03/tuala-wanita-punca-barah-pangkal-rahim.html

    ReplyDelete
  8. Aku dah lama ada kesedaran. Tinggal nak buat appointment ja lagi ni. 3 shot tu sekali seumur hidup kan.

    Hehehe..aku rasa tak byk bende dlm beg tu tp bila tgk blk nampak byk la pulak.hahha

    ReplyDelete
  9. terbang duet sket takpe. asal selamata ^^

    ReplyDelete
  10. laa.. ingatkan budak form 1 je yang kena.. kita2 yang bukan form 1 pun kena juga.. erm.. kena buat ni..

    ReplyDelete
  11. nakkk :(
    tapi buat masa ni tak dapat lagi .. siyes tak boleh .. ekonomi sangat ..

    ReplyDelete
  12. oh risua gua...mintak2 gua x kene.... :P keh keh keh

    ReplyDelete
  13. cegah lebih baik dr mengubati. ehhee. takut je kena benda2 mcm ni.

    ReplyDelete
  14. cegah lebih baik dr mengubati. ehhee. takut je kena benda2 mcm ni.

    ReplyDelete