Siput oh siput | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Tuesday, 26 June 2012

Siput oh siput

assalamualaikum. ;)


siput oh siput ! siput siput siput siput...


siput sedut.
(google)

aku suka makan siput sedut. lagi2 siput sedut masak lemak cili api. peh ! sekali slurrpp, nak lagi, nak lagi dan lagi.


tapi, emak ku sama sekali pangkah ini siput sedut. walaupun kami adik-beradik buat gaya paling comel, emak hanya mencebik bibir sambil berkata, 'aih, tak doyanlah mak kau ni'. oleh itu, beliau hanya boleh tolong masakkan saja. proses siang menyiang ? lantak korang adik-beradiklah nak buat macam mana. ;)


siput babi.
(google)

aku suka tengok dari jauh je siput babi. tengok dari dekat pon suka jugak. nampak macam comel. macam je lah. tapi nak pegang2 dan belai2, aih macam tak ada kerja lain pulak kan. haa, jangan tak tau, ada jugak orang buat sate dari siput babi tau. tapi orang negara lain lah.


rasa sate siput babi? adakah lebih sedap daripada sate ayam atau lebih kenyal daripada sate lembu ? hmm. no komen. yang penting sate ayam, terbaik ! hoho :p


ehem ehem. sini ada teka-teki, jawablah kalau berani.


kenapa siput babi jalan perlahan?
jawapan : sebab siput babi tu konpius ia siput atau ia babi. hoho 
*sekadar gurauan okeh.


mee siput.
(google)

seriusly sedaapp gila. naik meroyan dibuatnya kalau nampak. tapi, jangan risau tahap meroyan masih dalam kawalan. kat minimart kolej aku ni ada juga jual mee siput, tapi mahal. sekeping seringgit.


tapi sebab dah suka, terpaksa hulur rm2. temahak (tamak) kan sampai dua. pedulik hape beta. janji perut kenyang, hati senang, lemak pon bertingkat-tingkat. aigoo aigoo.


korang pon suka siput jugak ke ? :p


# jangan buat kerja selambat siput sudahlah ye. tak semua orang suka.
# siapa tak tahu jawapan teki-teki dan nak tau sangat jawapan, meh aku bagi tips. tekan Ctrl A. ;)


thanks for reading. ^^

29 comments:

  1. suka sangat siput sedut... tapi jarang makan...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum

    mak tak makan,anak2 suka makan ye..kasih mak,macammana pun tetap nak masak utk anak2..

    mmg,pernah tgok juga dlm rancangan bersamamu,mereka terpaksa mkn siput babi utk hidup..siput babi panggang..

    mee siput pertama kali tgok..sedap ke dik?

    ReplyDelete
  3. siput babi jln perlahan,sbb,dia tak ada kaki..dia bkn jalan tapi mengesut2 gitu..

    ReplyDelete
  4. suka jugak siput masak lemak cili api pergghhh sedap....

    ReplyDelete
  5. mee siput sedap..tapi akak xmkn segala jenis siput..hurmm..

    kenapa siput babi jalan perlahan?? sebab berat dia nk bawa babi.. ehh.. hahaha..akak hentam je

    ReplyDelete
  6. saya tak reti makan siput. sedut2 isi tak keluar.

    biarlah saya makan kerang saje~

    ReplyDelete
  7. rara seumur hidp x penah mkn siput sbb geli n xreti.

    ReplyDelete
  8. org ckp sedap...
    anum x pernah cuba

    ReplyDelete
  9. saya suka siput sedut je...hehe

    ReplyDelete
  10. suka gilaa dengan siput sedap masak cili api and mee siput. siput babi tak suka. >.<

    ReplyDelete
  11. sebab dia pikir dia siput ker dia babi,,haha xD konfius dia

    ReplyDelete
  12. ya rabi..bertuah dik oi..pas letak gamb siput sedut letak gamba siput babi lak..trus tak jadi nk try mkn siput sedut hahahaha

    ReplyDelete
  13. Siput sedut tu sedap.. Tapi x pandai nak sedut... Hihihi

    ReplyDelete
  14. Salamkenal.. lawak pulak bila ada n3 mcm ni... tq for d knowledge.. macam2 siput ada...

    ReplyDelete
  15. siput sedut masak lemak..sedap nyee..mee siput??ta penah dengar la siti..huhu

    ReplyDelete
  16. dah lama xmkn siput sedut..

    ReplyDelete
  17. ena suka mkn siput sedut dimasak gulai cili padi... nyummmyyyy!!!!!

    ReplyDelete
  18. Aku doyan siput sedut ni tapi kalau ada lebih dari 2 lauk biasanya aku cuma ambik kuah dia je.. Leceh plus nak kena asingkan penutup dia tu hehe


    Mee siput tu memang terbaikkk! Masa kecik dulu selalu makan.. Lepas penat main kejar² singgah rumah makcik blok sebeluah beli askrim malaysia dengan mee siput super sedap ni.. ;D

    ReplyDelete
  19. masak lemak cili padi siput sedut terbaekkkkkk...

    dulu kecik2 ai suka ambik siput vavi tue boh garam kat atas dia...noti khen...but now dah jadik geli plak uwaaaa

    ReplyDelete
  20. mee siput pernah la makan...siput sedut..erk..tak minat...siput babi..lagi la...haha...

    > sate siput babi...rasa APAKAH? haha~

    ReplyDelete
  21. haaaa, untuk siput babi tu kan, lendir dia boleh jadi ubat untuk gigitan serangga. macam lipan.. lendir yg ada dekat siput babi tu, sapu je kat tempat yg kena sengat tu :)

    ReplyDelete
  22. sedapnya mee siput !
    lama dah tak makan :(

    ReplyDelete
  23. : pandai mkn siput sedut tapi ble da sdp2 sedut ttbe geli2 lak. hahaha

    ReplyDelete
  24. anak-anak akak panggil siput sedut tu ---> siput mat rempit..

    ReplyDelete
  25. saya tak bape suke siput sedut ni sbb xreti sedut huhuhu..

    ReplyDelete
  26. siti siput ? ada ke siput sedut tu org masak selain masak lemak ? goreng ?


    hihihih

    ReplyDelete
  27. tk pernah makan siput sedut . tapi mee siput itu tersangatlah suke ! lagi lagi yg sambal manis - manis . whoooissshh .

    ReplyDelete
  28. aku dtg semenanjung ni baru reti makan siput sedut.kat sabah xpenah plak mak aku masak.
    siput babi..ohhh tidak, bende tu duk diam pun aku yg lari lintang pukang.geli oii..

    ReplyDelete