Bibimbap | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Sunday, 28 October 2012

Bibimbap

assalamualaikum. ;)


bibimbap !


bibimbap ni sejenis makanan korea. makna lain, mixed rice. bibimbap adalah campuran: nasi, lobak, bayam, taugeh, telur, ayam, rumpai laut, sos special dan sup. siapa tak minat ayam, boleh pilih daging lembu. cara makan bibimbap ni gaul semua bahan-bahan tu dulu. bibimbap ni di hidangkan dalam claypot. makan panas-panas lagi. memang berasap mulut.



telur ayam tu tak dimasak.



bagi peminat tegar makanan korea, mereka pasti akan excited gila makan bibimbap ni. aku bukan peminat tegar maka tak excited gila. ekceli, aku excited nak merasa je sebab dalam running man dorang makan bibimbap ni nampak macam sangat lazat tau. maka, keinginan untuk merasa pon meluap-luap. hoho






aku makan bibimbap ni kat food court JPO (Johor Premium Outlet) kat Kulai, Johor tu. harga bibimbap ni RM11.++. agak mahal jugak sebenarnya. tapi disebabkan dah teringin sangat, den sanggup dengan relanya. cewah. tapi kan, aku tak makan sampai habis pon. rasa muak pulak. dah paksa diri ni pon tekak ni tetap tak mau telan dah. mungkin sos dia yang special tu tak berapa kena dengan citarasa diri ini. huhuu




 
lepas ni komfem tak nak makan dah bibimbap ni. bye-bye JPO. ada rezeki sampai lah lagi nanti. :D



# pergi JPO sebab ada sale RM5. kalau tak nan hadonya nak jejak ke sana. huhuuu


thanks for reading. ^^

29 comments:

  1. mahalnya rm11

    tapi nak try sekali xpe kan

    hehehe

    ReplyDelete
  2. ish lembik je nmpk telur kn..mmg xmsk kot

    ReplyDelete
  3. bibimbap?? pelik bebenor nama dia.haha

    ReplyDelete
  4. makan camni hari2 kuruih lerrr....eii syoknye kalau kat sini pon ada makanan camni..xde la berat den naik 3kg hehe

    ReplyDelete
  5. Tengok macam sedap je, tp tak penah makan makanan Korea lagi tak tau la leh telan ke tak.

    ReplyDelete
  6. errrr tekak kite tekak kampung..huhu..
    kalau kite mmg x lalu nk makan

    ReplyDelete
  7. saya tak teringin sangat nak makan ni..hihi...

    ReplyDelete
  8. haiyo Korean punye dish ek?
    errr kalo aku konfem takleh telan.
    sbb telur mmg x masak punye kan? =P

    *pnh mkn blackpepper chicken fried rice + kailan goreng dlm claypot.. mmg berasap mulut nk telan.. jenuh dok tiup.. haha

    ReplyDelete
  9. nape akak tgk mcm xselera je.. erkkk

    ReplyDelete
  10. wak selalu gak pegi JPO nii tp X penah try food court dia.. ehhEEe

    ReplyDelete
  11. makanan halal ke dik?

    ReplyDelete
  12. peliknya nama nya.....tp lau tgk citer korea berasap2 mkanan masuk mulut dorg..fuhhhh..

    ReplyDelete
  13. baru tahu pasal makanan ni... boleh tahan rm11, beshnyaa g jpo...

    ReplyDelete
  14. telur tak masak?.tak boleh telan lah kalu gitu

    ReplyDelete
  15. selain dari kimchi ai x pernah try Korean food lain pun....sadis taw...dah kat sini susah nak cari hat halal

    ReplyDelete
  16. salam cik siti..lame xsinggah sini..ngee..

    sedap ke makanan nie..ritoh akak ade tngk kat fb kawan..huuu

    ReplyDelete
  17. kalau OE, rasanya tak sesuai jugak kot sebab OE nie kalau makanan luar, mesti rasa tak sedap. hehe...
    anyway, baguslah suka nak cuba2 nie... ^^

    ReplyDelete
  18. teringin jugak nak rasa bibimbap ni

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum siti....bila dah rasa baru tahu kan ...:)

    ReplyDelete
  20. Serius mula² aku ingat "Bibimbap" tu macam bunyian yang dibuat-buat. Bi bim bap.. hihihi


    JPO ada sale RM5?? Kenapa aku tak tau ek? (belum dapat jejak kaki ke sana lagi)

    Gambar last tu kenapa tajam sangat? *jeles*

    ReplyDelete
  21. wahh sale rm5 rugi tak pegi..

    ReplyDelete
  22. lalu ke mkn telur x msk tu.kalo rara x lah.

    ReplyDelete
  23. baru 1st time dgr n tgk :-)

    ReplyDelete
  24. teringin sangat nak makan makanan korea. wuwu..

    ReplyDelete
  25. *Ok aku jeles dengan ketajaman warna dalam gambar tu yang tak mampu diberi oleh kamera aku.. ;D

    ReplyDelete
  26. RM5 je salenya? blh la. kalau nak try bibimbap ni nnt akak dtg sana. tgk dia orang mkn mmg sedap sbb itu kan mknn dia orang. cuba dia orang tgk kita mkn nasi lemak. bukan main lagi. blm tentu nasi lemak tu kena dgn selera dia orang kan.

    ReplyDelete