jahit baju kurung. sekarang ni kite rasa kite macam dah obses nak jahit baju kurung je. bila balik rumah hujung minggu, mesti nak siapkan baju kurung yang tak siap-siap tu. hehee alhamdulillah. lama-lama siap jugak akhirnya. walaupun masa nak siapkan tu lamaaaa. tak apa. kata orang, biar lambat asalkan menjadi. kan ? hihi :)
kain warna hitam : baju pertama yang complete
kain bunga oren : baju seterusnya complete
aku sebenarnya baru complete pembelaran menjahit baju kurung dengan sifu aku. siapa lagi kalau bukan emak kesayangan aka tailor swift. tak payah susah payah nak cari sifu kat luar sana. dah ada depan mata baik di gunakan sepenuhnya. kawan aku pernah belajar menjahit baju kurung kena bayar rm150++ (tak ingat jumlah yang tepat). belajar 2 hari kot tapi kena bawa kain sendiri. bersyukur ada emak yang pandai menjahit ni. jimat ! heheee. :)
bertungkus lumus menyiapkan kainnya. masih comot.
tak pe, dah lama-lama kang tak comot lagi lah kan. :)
umur dah mencecah 23 tahun ni lah baru reti menjahit baju kurung dan dapat siapkan sepenuhnya tanpa pemantauan emak 100%. kihkih padahal dah ada niat nak menjahit tu dari lepas SPM. lama tak lama lah baru azam yang satu ni berjaya. haha lagipon, dulu masa tingkatan 3, aku ambil pertanian dalam subjek kemahiran hidup bukan ekonomi rumah tangga (ERT). tuuu yang tak berapa nak reti.
aku beli kain yang murah-murah je untuk belajar menjahit ni. 3 pasang rm50. kalau boleh aku nak cari yang sepasang rm10. mak dah pesan tak payah nak beli kain mahal ke hape sangat. baru nak mula belajar ni guna kain murah-murah sudah. kalau tak menjadi baju kurung tu, tak lah menyesal sangat. manalah tahu bertukar jadi gombal ke akhirnya nanti, tak lah kecewa kan. hehee *gombal : kain lap
akhirnya siap. yayyy ! yaayyy !
asas-asas menjahit macam jahit jelujur, jahit butang baju, jahit hup kain, jahit kelim baju, jahit mata lalat, cara sambung baju tu aku dah belajar awal-awal. kiranya secara berperingkat. 2,3 minggu lepas baru aku belajar menjahit kain. ingatkan susah bebeno nak siapkan sehelai kain ropol tepi tu. tak sampai 3 jam dah siap dah. *3 jam ? pengsan. -_- emak buat tak sampai sejam pon. huhuu
mula-mula memang rasa susah sebab tak tahu nak buat macam mana, bila dah tahu cara-cara, alaa kacang je jahit baju kurung ni. *angkat-angkat kening*. haha ada sesiapa yang pandai jahit baju kurung juga? jahit langsir ? jahit baju melayu ? jahit baju peplum ? pehhh. hebakk hebakk. tak pe, nanti kite pon reti juga. insyaallah. :)
# next : belajar jahit baju melayu cekak musang. :D
thanks for reading. ^^
wah mak cik siti kektus pandai menjahit rupenyee....
ReplyDeleteemm goodx3...thumb - UP !!!!
Tahniah! Tahniah ! Dah bertambah lg satu kemahiran :D
ReplyDeleteJahit langsir umah tu mmg dh jd kerja aku dah skrg ni..kdg2 aku siap tlg ma aku jahitkan langsir yg org tempah..baju kurung aku pn dh 3 tahun aku jahit sdri.. Sume aku belajar dr mak aku a.k.a tukang jahit :p bagi aku jahit langsir lg senang berbanding jahit baju kurung..
untung mak panda jahit..kita pun nak belajar jahit guna mesin jahit..
ReplyDeletememang ketagih ye menjahit ni??? patut my mom even penat sekali pun, menjahit je kerja... sampai ayah sy yg rimas.. heheheh
ReplyDeletedulu kite rajin potong kain untuk wat baju kurung. potong je tapi jahit nak cantum tu malas. haha. sekarang lagi tambah2 malas sebab baju kurung siap lagi murah. memang beli siap je skrg. hikhik
ReplyDeletewaaaahhhhhh syoknye dah pandai menjahit! dpt jahit baju sndiri pon dah mmg syok sangat sbb xyah nak upah2 kat org.. skg ni mahal wo upah baju..hehe
ReplyDeleteakak jahit leher tu failed lg..hahaha
ReplyDeleteada niat nk bljr jhir tp nath bila dpt trlksana tak tau..
ReplyDeletewahhh rajinnyaaaaa:)
ReplyDeletepandai menjahit rupernya..leh wat satu cabang bisnes nih...tol yang
ReplyDeleteJika anda berminat untuk menambah pendapatan dengan mengambil upah menjahit baju kurung moden atau baju melayu moden serta ingin menjahit baju sendiri, anda bolehlah belajar menjahit baju kurung moden dengan panduan ini yang lengkap dengan illustrasi, teks penerangan dan gambar sebenar yang menjadikan pembelajaran anda MUDAH, MENARIK dan PRAKTIKAL.
ReplyDeleteSila KLik Sini