DIY : Belajar Cara Jahit High Low Blouse | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Monday 13 January 2014

DIY : Belajar Cara Jahit High Low Blouse

assalamualaikum. ;)




DIY : belajar cara jahit high low blouse


azam tahun 2013 aku sebenarnya nak belajar cara menjahit pelbagai jenis baju dengan jayanya. semua jenis baju lah. baju kurung perempuan, baju melayu, blouse, baju kemeja. tapi sampai sudah, aku cuma reti jahit baju kurung perempuan saja. kekee *alhamdulillah, ok lah kan daripada tak ada langsung.



high low blouse ni aku nak padankan dengan kain batik ni.
cadangnya nak buat kain kipas belakang.



so, last few weeks, aku nekad nak belajar buat high low blouse. sebelom ni ada juga belajar buat blouse yang simple, tapi tak ingat dah teknik yang betul. so, aku telah buat keputusan untuk belajar dan jahit sehingga menjadi sehelai blouse. berbekalkan gambar-gambar high low blouse dari google, aku pon memulakan operasi. hihiii









untuk buat high low blouse ni makan masa 4 malam jugaklah nak siapkan (memandangkan waktu siang bekerja). 4 malam tu merangkumi proses buat pola/pattern baju, potong kain dan proses menjahit. pola baju ni terdiri daripada baju bahagian depan, baju bahagian belakang dan tangan. untuk buat pola baju ni tak susah sebenarnya asalkan ada cikgu yang mengajar. kalau tak reti buat pola tak apa, boleh ikut ukuran baju kurung moden korang. ;)


gigih tau tukar benang jahit yang kaler putih jadi warna maroon camni. hehee




my high low blouse. :)



sekali pandang macam tak menjadi sangat sebab kurang curve dan bahagian belakang pon nampak rata. tapi pada aku high low blouse ni dah cukup cun dah ni. hehheee (masuk bakul angkat sendiri lah gamaknya). buat masa ni, kain kipas belakang tuu aku tak buat lagi, so aku bedal je pakai baju dengan jeans. kite buat dia kan, apedehal. :)



# err, jangan jemu ye aku asyik update pasal jahit-menjahit ni. kepala tengah gila nak menjahit macam ni lah gamaknya. hihii

thanks for reading. ^^

12 comments:

  1. assalamualaikum siti...cantik rasanya lebih puas hati buat sendirikan...:)

    ReplyDelete
  2. salam,

    pandai akak menjahit baju.cantik..jimat pon yer kan bile jahit sndri baju...hehe

    ReplyDelete
  3. good job weh ! first trial kan so ok sgt la tu. Ada rupa blouse and nampak kemas :) Boleh dah weh kl nk jadi bini orang. kikiki :p

    ReplyDelete
  4. bangga sgt..adik ambil kos jahitan ke?

    ReplyDelete
  5. Terbaikkk!!!
    Saya pun tgh gila menjahit baju sekarang... Asal nampak je blouse/dress yang agak-agak senang tu semua nak try jahit :) JImat tak payah beli dah kan. Followed! Hihi

    ReplyDelete
  6. lepas ni farah suruh kak dayah jela design baju farah . boleh jadi model tak bertauliah .hahaha . memang ada baju nk suruh kak dyh buat utk majlis bulan 6 . ngehneghh .

    ReplyDelete
  7. sy jumpa blog ni masa dok gigih gugel pasal pola2 baju ni haa.. seronok jugak membaca.. sy pun baru nak belajar nih.. thanks sbb share tips.. :-)

    ReplyDelete
  8. cantiknya, padan dengan kain batik tu :)

    ReplyDelete
  9. Hi sis.l sy lme x mjhit..tgk sis wat blaus trase nk try pulak. Hehe.. anyway sis pkai fabrik jns ape ya..

    ReplyDelete