Siti Kektus

Cerita MizzTina

Friday, 16 January 2015

Belajar Buat Skirt Kembang | DIY

assalamualaikum. ;)


Belajar Buat Skirt Kembang | DIY



seminggu tak update apa-apa, macam sibuk sangat je kan. hihii alaa bukan apa, baru berkesempatan nak mengarang ni haaa. okey, berbalik pada tajuk, belajar buat skirt kembang yang mudah dan cepat. seriously, pada mulanya rasa macam senang sangat nak buatnya. tapi, bila dah mencuba membuatnya, hmmm, NAMPAK je senang. BUATnya belum tentu senang. hihi




untuk belajar buat skirt kembang ni, hanya perlukan kain (lebar kain tu terpulang lah nak berapa panjang), getah pinggang dan benang sahaja. haaa, mesin jahit tu dah tentu kena ada. 'tak letak zip ke ?'. memandangkan letak zip tu dah makan masa yang lebih sikit, jadi aku tak letak. haha kan dah kata nak skirt yang mudah dan cepat dijahit. cara-caranya pulak, aku terpaksa 'hold' dulu. sebab lupa nak ambil gambar step by step. khusyuk tawaduk sangat masa menjahit. kihkihh insyaallah next time wokeyyyy. 





step yang atas ni je lah yang sempat diambil gambarnya sebab mak tolong betulkan aku jahit getah pinggang tersalah. hehehee see, aku ni masih beginner dalam jahit menjahit ni. berjam-jam aku siapkan bahagian pinggang tu alih-alih mak cakap salah. padahal kalau mak yang jahit, tak sampai setengah jam dah siap. sob sob sob :'(. nasib baik lepas tu mak cakap mak nak tolong betulkan. hihii tak apa, belajar dari kesilapan. 


nanti aku update gambar aku pakai skirt kembang ni ea. itu pon kalau aku tak seganlah ye. hihii kalau segan, hmmmm memang tak adalah gamaknya. :D


# semangat nak jahit skirt lagi walaupun at first dah banyak buat salah. hahaha :D

thanks for reading. ^^

Friday, 9 January 2015

Cara Buat Dompet/Purse Zip Berlining { TUTORIAL }

assalamualaikum. ;)



Cara buat dompet/purse zip berlining
{TUTORIAL}




merujuk pada entri DOMPET/PURSE ZIP BERLINING (entri dah berzaman. hihii ), aku ada cakap nak kongsikan sedikit tutorial untuk cara buat dompet/purse zip berlining ni. so, disini aku kongsikan sedikit tutorial bagi yang berminat yang mencuba. tutorial ni berdasarkan pemahaman aku. kalau tak berapa jelas, boleh tanya. tak ada masalah. yelaa, setiap orang kan lain-lain pemahamannya. hihii :)





BAHAN-BAHAN :
* 1" = 1 Inchi

KAIN BAHAGIAN LUAR ( 2 helai) : 5" x 4"
KAIN BAHAGIAN DALAM (LINING) (2 helai): 5" x 4"
PENGERAS KAIN-WARNA PUTIH (INTERFACING) (2 helai) : 4.5" x 3.5"
KAIN UNTUK POCKET : 4" x 3"
KAIN UNTUK PEMEGANG : ikut panjang mana korang nak
ZIP : 6" (guna 7" atau 8" pon boleh. sebab nanti akan dipotong)



sediakan semua bahan-bahan diatas terlebih dahulu. kemudian, lekatkan kain pengeras pada kain bahagian luar dengan menggunakan sterika. jangan salah sterika pula, kang ada yang melekat pengeras tu kat sterika bukannya pada kain (rujuk gambar seterusnya). dah selesai di-sterika, ketepikan.



sila perhatikan gambar di atas sebaiknya. 1 bahagian berkilat, 1 bahagian tak berkilat. lekatkan bahagian yang berkilat pada kain bahagian luar.




ambil kain bahagian lining dan cantumkan kain pocket padanya. jahit keliling kain petak tersebut. dah selesai, ketepikan. (lupa nak letak gambar pocket yang dah dijahit. boleh rujuk gambar-gambar dibawah).





masa untuk cantumkan kain bahagian luar, kain lining dan zip dan pastikan susunannya betul. kain bahagian lining dibawah sekali, zip (kepala zip dihadapkan ke atas) dan kain bahagian luar di atas atas sekali. pastikan kain lining dan kain bahagian luar menghadap antara satu sama lain. 




untuk memudahkan proses menjahit bahagian zip, gunakan tapak jahit zip. tapak jahit zip ni ada 1 je kakiknya.



kemudian jahitkan pula bahagian sebelahnya. apabila ditelentangkan kain tersebut, ghopenye macam gambar diatas ini.



kemudian, jahitkan pula pemegang untuk dompet/purse tersebut. nak senang, aku gunakan screwdriver untuk terbalikkan kain tersebut. heheee pastikan pemegang tu dijahit ke-dalam  (macam dalam gambar) bukan ke-luar.



masa untuk cantumkan kesemua fabrik tersebut. jahit sekeliling kain tersebut dan biarkan terbuka di bahagian HUJUNG kain lining. ini adalah untuk men-terbalik-kan dompet tersebut.




untuk menjahit bahagian zip, pastikan gigi zip menghadap bahagian lining. ini untuk mendapatkan kemasan yang lebih sewaktu diterbalikkan. boleh rujuk entri the trouble with zip. pastikan juga, zip dibuka separuh dibahagian tengah.



beginilah rupa bahagian lining yang tidak dijahit untuk memudahkan proses men-terbalik-kan dompet/purse. heheee jangan lupa potongkan lebihan zip pada kiri dan kanan purse.





next step. tarik perlahan-lahan bahagian luar dompet/purse melalui bahagian lining yang tidak berjahit tadi. hasilnya akan seperti gambar diatas.



akhir sekali, jahitkan bahagian yang terbuka tadi.


finally, it's done !


selamat mencuba pada yang nak mencuba !



sumber :



thanks for reading. ^^

Thursday, 8 January 2015

Memburu Fabrik (Fabric hunting)

assalamualaikum. ;)


Fabric Hunting


bila sampai penghujung tahun mesti ada YES (Year End Sale) kat mana-mana kedai. tak kiralah kedai offline atau online. kadang-kadang sampai rambang mata dibuatnya tak tau nak pilih kedai mana satu. sudahnya tak dibeli juga. hihii 




memandangkan aku ni agak gilakan kain-kain, so hala tuju aku sudah semestinya ke YES Jakel. siap sedia untuk memburu kain (fabric hunting). harga kain tu murah memang murah, tapi kalau silap pilih kain harga tak 'sale' jauh lebih murah daripada harga 'sale' sebenarnya. sobs !


pilihan aku adalah beberapa kain chiffon dan kain pasang untuk #projekjait. kain yang aku pilih kebanyakkannya memang kain yang harganya murah. paling murah aku beli RM5 semeter. projekjait ni adalah projek belajar menjahit sebenarnya. kalau kain tu tersalah potong ke, tersilap itu ini, tak de lah rasa ralat sangat kalau bajunya tak menjadi.


 antara hasil jahitanku ^^
nak baca lagi ---> SEWING @ JAHITAN


lepas ni nak tengok-tengok kain kat Kamdar pula. kadang-kadang aku tengok je kain-kain tu, pegang-pegang sikit, rase tekstur kain tu. tak membeli pon. tapi, kalau ada yang berkenan memang laju je lah aku gapai. hehee sampai laa ni dah banyak jugak kain yang terkumpul tapi tak terbuat lagi baju. sampai mak pon bising. hihiI
 

thanks for reading ^^

Tuesday, 6 January 2015

Bawal Square Chiffon | ProjekJahit & DIY

assalamualaikum. ;)


 Bawal Square Chiffon | DIY


hello 2015 ! hihiii kembali bersiaran setelah sekian lama berhiatus. beberapa hari lepas mood menjahit memuncak dan terhasillah Bawal Square Chiffon ni. amboi, nama nak gah kan. hehee bawal ni aku buat bucu bulat. terlebih rajin macam ni lah rupanya. bolehlah digayakan dengan pelbagai gaya nanti persis selebriti gituuu. :D




kain chiffon ini aku beli di Jakel dan berlerang 60" dengan ukuran 1 meter suku (1/4) sahaja. pada mulanya aku nak buat blouse macam blouse biru sebelum ni. tapi bila nak mulakan je projek buat blouse tetibe rasa macam best je buat tudung bawal. hihii




proses ukur mengukur pon bermula. bawal square chiffon ni aku potong menjadi lerang 50". senang nak adjust cara pemakaian nanti. hujungnya aku potong jadikan bulat sedikit. kalau rasa takut nak potong atas kain, buat atas kertas A4 terlebih dahulu. bila dah dapat bentuk yang di inginkan baru ditekapkan atas kain dan dipotong.




setelah selesai sesi potong-memotong, sesi mencari benang yang sesuai pon bermula. warna benang untuk kain ni agak susah nak cari. warna biru diatas tu je lah yang aku rasakan sesuai dengan kain ni. kenapa 3 benang sebab mesin jahit tepi milik emak aku menggunakan 3 benang saja.




mesin jahit tepi yang ada kat rumah tu kena di-adjust terlebih dahulu untuk dapatkan jahitan kecil tepi tudung. jahitan ni tidak lah se-perfect jahitan kedai. tapi, untuk kegunaan sendiri, dah cukup sempurna dah ni. hihii nak jimat punya pasal kan. tak apa, lepas ni simpan duit sikit-sikit nak beli mesin jahit tepi tudung pulak. aminnn. :)




pada adik-adik, kakak-kakak yang baru nak belajar menjahit, teruskan niat murni mu itu. tak susah menjahit ni pon sebenarnya. lagipon, banyak laman sesawang yang dah sediakan free tutorial. tinggal google saja. kalau takut baju yang dijahit tak jadi, tak apa, cuba jahit lagi sampai jadi. tu semua proses pembelajaran. :D


so, ini cerita untuk permulaan 2015. semoga hari-hari mendatang akan berjalan dengan lancar dan berharap agar aku juga rajin berblogging. kihkih  :D


thanks for reading ! ^^