sekarang ni aku perati kat surat khabar, majalah, tb, semakin banyak pulak kes yang berkaitan dengan sihir lah, santau lah, mandrem lah, tu lah, ni lah. bagi aku, semua ni sebab hasad dengki semata2. tak pon sebab dorang yang buat ni, pentingkan diri je. omputeh cakap selfish lah kan. kalau semua sifat tu tak de, insyaAllah, segala santau mantau tu dapat di elak kan.
hari tu, semua teammate rancak beborak pasal game esoknya. tetiba je, keluar pulak topik pasal mandrem ni ha. dorang semua awal2 dah pesan suruh pakai panties terbalik untuk elak kena mandrem tu lah. aku apa lagi. terkejut beruk lah kan. beruk pon terkejut tengok muka aku macam tu. hukhuk
apsal pulak nak kena buat macam tu. pestime wa dengar pasal benda alah ni der. siyes. ni pon orang lain yang dok sebar2 kan.
cara ni dah lama sebenarnya. tapi aku je kot yang baru tau. sebab macam aku sorang je yang tercengang2. aku nak percaya memang payah lah. tapi aku layankan aje lah. ikut je flow.
hm, korang pernah dengar tak pasal cara yang satu ni? ke memang aku sorang je yang baru tahu?
plis say no. plis! nanti kite leh jadi geng. hihi :)
tapi kan, jangan percaya sangat lah. kang kalau korang buat tetiba tak da pape yang berubah, nanti aku jugak yang kena. okeh?
kalau ada sesiapa yang tahu, meh lah share sesama. ea? ea?
sekian~
p/s : pasni kitorang pergi semi final pulak. doakan team ktorang menang tau. walaupun aku cuma pemain simpanan. hehe ;)
da lame dah dgr camtu. knon utk patah kan kalau2 ada ilmu2 sihir ni nak attack kite. tu org2 cakap la. sahih ke tidak, wallahualam.
ReplyDeletehehe..perkara tu org kata nak elak kena pukau..tp masa ca dok hostel, kitorang digalakkan pakai baju terbalik jer..pastu selipar2 kat luar dorm tu susun selang seli..maksudnyer jgn dengan pasangan dia...ca layan kan jer...sebab senior sumer dah pakat buat...
ReplyDeletefirsttime dengar pasal terbalikkan undwear tu...
ReplyDeleteSemoga tema anda percaya.. Yakin pada kuasa Allah s.w.t.. Mendrem-mendrem tidak akan berhasil kalau ketetapan iman kita tetap padaNya kerana dia yang berkuasa melindungi kita..
ReplyDeletehaha..akak pun confuse cara tu... btl ker??
ReplyDeleteAMBOI KEMAIN SERONOKNYA ORG SEKARANG MANDREM2 SEGALA BAGAI XD
ReplyDeleteade jugak dengar2 dr kawan2. hehe taktau la sahih ke tak. lg pun kawan saya pn ada pengalaman bab2 neh. seremmmm ;)
ReplyDeleteHm penah dengar. tp tak percaya sangat pn. huhu.
ReplyDeletehahaha..hai geng! wa pun tak tau gak pasal ni derr.. lagipun susah la nak pcaya..kalau dah nak kena tu takleh nak cakap ape la..ikhtiar la ubatinya..tapi siyes der. wa tak penah dengar pakai spender terbalik leh elak kena santau..hihi...:)
ReplyDeleteterbalikkan pakaian kte, tpi yg dlm la kot hehehe.. tp yg pnting Ayat kursi, 4 kul & paling2 penting Al-Fatihah, bca dgn betul ,yakin, insyaAllah slmt kte :)
ReplyDeletesmoga kita dijauhkan la ye dik..
ReplyDeleteberharap kita sentiasa dalam lindunganNya..aminnnnn
pakai spender terbalik.... cam cun jerk idea tu...hahahaha.. kelakar siot :)
ReplyDeletemandrem? amende tu? huhuu~~
ReplyDeletetaktau taktau :P
^^
penah dgr kalau nk elak kena pukau org dlm rumah kena tidur tunggang terbalik..tahler kan..x tau betul ke x..yg penting kita berlindung dgn ayat dan doa dari Al-Quran..
ReplyDeletep/s: nk main game apa tu?
ada ke benda2 macam tuh, tak penah tahu plak
ReplyDeleteYa.. ada ustaz kata boleh amalkan petua tu agar beringat sentiasa. Yg penting ingat Allah, berdoa dan tawakal.. sekarang pun byk kes pukau.
ReplyDelete