cuci gigi ( penskaleran ) ~ | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Thursday 15 September 2011

cuci gigi ( penskaleran ) ~

assalamualaikum. ;)


tett tett. tett tett.


bergegar meja study ku dengan kehadiran mesej di kala jarum jam menginjak ke pukul 11.45 malam. telefon bimbit X3-2 ku yang berkaler hitam itu ku pandang sepi. siapa pulak nak bermesra dengan aku malam2 buta ni. aish.


'esok komfem pergi cuci gigi?' oh si mimi rupanya.

'ok je. jomlah. naik aku je la ea.' balas ku ringkas. mood nak bermesra secara berlebihan kosong.

'beres2.' balasnya.


maka, tepat jam 9 pagi keesokkan harinya selepas terpublishnya entri ini, aku pon memulakan perjalan menuju ke pusat kesihatan bersama dua orang kawanku. almaklumlah, dah ada kemudahan yang di beri, baiklah digunakan sepenuhnya. ye dak? tak perlu lah nak menyusahkan diri ke klinik swasta pula.


tepat jam 9.37 pagi, selesai sudah aktiviti mencuci gigi. peh, masyuk giler wa cakap lu bai. terasa lagi ke-ngiluan-nya sehingga ke detik ini. terngiang2 lagi bunyi nging nging nging mesin itu yang berlaga dengan gigi2 ku. tak pe lah, nak gigi cantik punya pasal kan.


nasib baik lah bayaran yang di kenakan hanya rm4. jika ke klinik swasta boleh mencecah rm50 ke rm60 barangkali. almaklumlah, nama pon student. bukannya berduit sangat pon. setakat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. apa lah yang ada sangat kan.


kerana kegigihan ku menjejakkan kaki ke situ lah, baru ku tahu rupanya pencucian gigi itu di kenali sebagai penskaleran ( scaling ). jakun ke aku? sudah tentu lah. sejak darjah satu sehingga ke tingkatan 5, aku tak pernah dengar misi yang selalu datang ke sekolah cakap, 


'ok, lepas ni awak kena penskaleran tau.'


korang pernah ke?


sekian.


p/s : gigi aku pon nak sambut merdeka esok. ;)




nak tau pasal cuci gigi, boleh tekan SINI dan SINI.

18 comments:

  1. oowwhh.... selamat bercuti ye esok..heeee

    ReplyDelete
  2. bahaya jumpa doktor gigi..takut..tak takut ke?

    ReplyDelete
  3. Td br ckp ngan adik psl mende ni. Lst time kwn pgi kna byr rm200. Ingat nak wat jugak tp slow2 kumpul 200 sbb syg nak kuarkan 200 per time hohoho *shopping sanggup ish ish*

    Psst; ala berukband slow eh. Kesian. Xpe2 bila laju nanti br tgk *nak kias ckp kitaorg segan hahahahaaha

    ReplyDelete
  4. scaling rutin bagus untuk gigi, habiskan karang gigi, so gigi kuat lebih lama

    ReplyDelete
  5. hehe.. biase dh kne scaling tu..

    ReplyDelete
  6. ahahh aku pn dh lama xcuci gigi.. sejak dtg sni dh 3 tahun la gigi aku xmerdeka.. keh3

    ReplyDelete
  7. nging nging nging
    hahahahaha
    adoiii omei gileeee
    kikikiki
    kite pon baru taw.nasib siti gitaw
    hhihihi
    macehh kamuuu!

    ReplyDelete
  8. nurse datang skolah Gua dulu die cakap German...

    ReplyDelete
  9. Sy takot nak jmpa doktor gg...hik...selamat bercuti...;d

    ReplyDelete
  10. Sy takot nak jmpa doktor gg...hik...selamat bercuti...;d

    ReplyDelete
  11. lame x cuci gigi ni..asyik berus gigi je..hehe

    ReplyDelete
  12. penskaleran tu pakcik2 kat kedai kopi pom tahu....haha

    ReplyDelete
  13. uh oh ..tak pernah buat lagi scaling tu. dgr bunyi mesin tu pun gigi dah ngilu. plus takot weh nak jumpe dentist walaupun aku xde maslah gigi.

    xpe l sempat tgk kitrg gelak pun dah tau ko berusaha untuk nak tgk vlog yang susah payah ktrg buat..hahaha..xde la susah mana pon. saje je wat hevoc.

    ReplyDelete
  14. akk jumpa dokte gigi masa pregnant saje.
    pemalas betul...

    ReplyDelete
  15. dah berabat ta cuci gigi :P

    ReplyDelete
  16. sakit tak siti..weeee...akk tak berani

    ReplyDelete
  17. masa belajar dulu rajin scalding gigi..sekarang dah kerja erkk belum pernah. asyik terbantut je niat tu!

    ReplyDelete
  18. abg cabut gigi graham kne 3injection.jarum besar gajah.tp xpe..tu abg berani.tp cuci gigi abg blm bt lg.abg masih rajin cuci gg sdri :D *pdhal tkt ngilu* haha

    ReplyDelete