Malaysia tertinggi obesiti. patut ke berbangga? | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Wednesday, 21 December 2011

Malaysia tertinggi obesiti. patut ke berbangga?


assalamualaikum. ;)


jangan tak tahu, Malaysia merupakan negara tertinggi mempunyai penyakit obesiti di Asia Tenggara dan tempat ke-enam di Asia Pasifik. kalau tak tau tak apelah. sekarang dah tahu kan?


patut ke kita berbangga dengan pencapaian yang macam tu?


kalau bercita-cita nak jadikan Malaysia ni juara bertahan di Asia Tenggara empatbelastahun lamanya, duduk diam2 je lah tak payah buat apa2. tup tup, jadi juara antara negara Asia Pasifik pulak. memang 'membanggakanlah'.


kalau nak cerita sebab2 obesiti ni berlaku dengan 'jayanya' di Malaysia, banyak sangat faktor yang menyumbang. antara sebab paling popular : makan secara berlebihan, melantak fast food 24/7 dan malas bersenam.


kalau gaya hidup yang kurang menyihatkan ini kita kurangkan, pastinya, kadar obesiti tak lah seteruk sekarang. nak harapkan iklan kat tv dapat sedarkan rakyat pasal obesiti ni? jangan mimpilah dapat berjaya 100%. dalam seratus orang yang menonton iklan tu, mungkin sorang dua je yang sedar.


biasalah manusia. selagi tak terkena pada batang hidung sendiri, memang tak akan sedar. nanti, dah sampai tahap kritikal obesiti baru nak menyesal. baru nak berubat sana sini padahal, boleh je elakkan daripada terjadi. waktu tu dah tak guna dah menyesal2 ni. nasi dah jadi bubur.


cop ! korang tahu tak keadaan yang macam mana baru di kategorikan sebagai obesiti?
**berat badan sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat ideal
**berat badan sekurang-kurangnya 45 kg lebih dari berat ideal
**indeks jisim badan ( BMI ) melebihi 31.0
**mengalami beberapa penyakit : diabetis, darah tinggi
sumber : wikipedia


so, korang dalam kategori obesiti tak? apa2 pon, korang jadi kesihatan ok. ;)


sekian.


***lagi obesiti di Kosmo dan Zaki Khan 


thanks for reading. ^^

32 comments:

  1. ish2..makin ramai yg gumuk

    ReplyDelete
  2. pehh oebsiti bahaya tuh.
    takde ape yang nak dibanggakan.
    huhuhu

    seb baik now tengah diet.
    kalau dah obes nak bawak badan sendiri pon dah tak larat.
    haha !


    pssss. nak gambar divectorkan free? mana tahu anda bertuah. tak tahu ape itu vector? jom singgah blog. kompem tak menyesal :)

    ReplyDelete
  3. Kl xckup berat mcm aku ni masuk katehori ape ea ?? Haha

    Emm tu lah.. Ckp psal obesiti kan.. Aku ada benda nk citer psal pemakanan org jepun.. Nanti la aku citer kt blog aku.. Ngee :D

    ReplyDelete
  4. erk..obesiti menyeramkan. huhu

    ReplyDelete
  5. Takutnyaaa...eh buat apa nak bangga dengan hal ni.Justeru semua rakyat Malaysia haruslah mengamalkan cara hidup yang sihat.berat saya masih ideal di umur 20an..takut lahh bila dah capai umur 30an...hoho

    ReplyDelete
  6. Ohhhhh...tak bangga pon.tgh berusaha
    Merajinkan diri bejoging.hhuhuu

    ReplyDelete
  7. tak paham dgn parents yg suke suap je memcm makanan kt anak².. haishhh..

    ReplyDelete
  8. huhu...saya dalam kategori ok...hehe..

    ReplyDelete
  9. bersenam tu yang paling malas tu..ish ish..

    ReplyDelete
  10. malaysia kan kaya dengan pelbagai jenis makanan...itu yg org2nya obesiti!!

    ReplyDelete
  11. akak kurang berat hehe..

    akak rs makanan kt mesia sedap-sedap dan kebanyakan masakan berlemak dan berminyak..


    lps tu ditambah dgn cara hidup yg x menyihatkan..


    kt mana cik siti dpt fakta nih ya? blh bg linknya pd akak :)

    ReplyDelete
  12. nasib nasib nasibbb le baik abg x obesiti :D slim river pun ramai gak kn.

    ReplyDelete
  13. itu mmg hakikat, tgk lar budak2 skrg besar2 kan, mungkin semakin mewah dgn makanan :P

    ReplyDelete
  14. kalau berat tak cukup? nak buat ape..uhuhu....

    ReplyDelete
  15. aku bebas dr obesity. :)
    tp sufering keboncetan -.-

    ReplyDelete
  16. huwaaa takutnyaaa marilah kita menjaga kesihatan...

    ReplyDelete
  17. Errr.. patut hati2 dari sekarang..
    ehmm.. Alhamdulillah..
    setakat belum lagi tahap obesiti..huuu~

    ReplyDelete
  18. kena check BMI ni...heee:D

    ReplyDelete
  19. mungkin disebabkan mknn kat msia superb!!haha..CM kalau g kelatan tganu..habis!!!seminggu kat sane cukup menakutkan...kakakaka....

    ReplyDelete
  20. caring la sgt kalau komen tu membina. kalau meng-kondem kan. bukan caring tu mintak sparing. hahahahaha

    ReplyDelete
  21. Malaysia semakin mewah dengan makanan

    ReplyDelete
  22. malaysia kan negara maju..makanan melimpah ruah..

    tapi betul la...kshatan tu sgt pntg..jgn main sdp tekak je kan..huu

    ReplyDelete
  23. termasuk saya T.T saya budak gemuk =.=

    ReplyDelete
  24. aigooooo
    sgt la x membanggakan..
    org nak sihat
    x mo obess2 kan :))

    ReplyDelete
  25. taw pasal ni. dah lama dah tertinggi ni~ tengok lah timbalan menteri kesihatan kite macam mana~ hekhek

    ReplyDelete
  26. hmmm.. cp pon takut obes.. sebab skg mang dah gemuk.. =(

    ReplyDelete
  27. patut berbangga..itu tandanya orang kita cukup makan la erkkk

    ReplyDelete
  28. orang MAlaysia kan "rajin" bersenam.

    ReplyDelete