fesyen zaman sekarang ni, punyalah banyak dan pelbagai jenis. sampaikan customer rambang mata nak pilih mana yang berkenan di hati, yang sesuai dengan body, yang boleh menutup aurat dan mampu di beli oleh pembeli.
yela, apa guna baju cantik dan mahal, tapi tak ada orang mampu beli kan?
kan cantik berbaju kurung. :)
ini ada sedikit tips yang aku biasa praktiskan kalau nak nampak diri tu sedikit slim daripada biasa. tips ni aku dapat masa belajar kemahiran hidup dulu-dulu. korang pun mesti pernah belajar jugak kan? hehe :)
pilih pakaian yang berwarna gelap. contohnya hitam, blueblack
jika sukakan corak bunga-bunga, pilihlah corak bunga yang kecil-kecil
jika sukakan pakaian berjalur, pilih jalur yang menegak
bila korang dah apply tips kat atas ni, jangan lah set mind korang akan 100% bertukar jadi slim macam ahli kumpulan SNSD tu. itu memang auta dan tak akan terjadi. dengan tips ni, at least nampak lah sedikit perbezaan dari biasa.
itu untuk kelihatan kurus sedikit. untuk mereka yang ingin tampil dengan penampilan yang sedikit besar/berisi, boleh cuba tips yang ini.
pilih pakaian berwarna lembut
jika sukakan corak bunga-bunga, pilihlah corak bunga yang besar
jika sukakan pakaian berjalur, pilih jalur yang melintang
nak mengenakan pakaian yang mempunyai corak dan warna apa sekali pon, tak apa. yang penting ada keyakinan diri yang tinggi. tapi, jangan lah pulak terlebih yakin hinggakan berani dedah sana sini yang membuatkan orang sekeliling konfius, pakaian apa yang di pakai sebenarnya. adakah si dia tu pakai baju warna kulit atau bogel?
masalah-masalah. tak pasal-pasal makin bertambah kes rogol atau kes cabul kat malaysia ni gara-gara cara pemakaian yang terlampau seksi hingga menjolok mata orang ramai. mintak di jauhkanlah ye.
sekian.
thanks for reading. ^^

21 comments:
Ohhh aku masih ingat lg benda ni belajar kt skolah dulu !!
Aku kan xpk pulak nk nmpk gemuk ke slim ke.. Skali aku pndang dan aku rsa berkenan aku rembat je.. Satu2 hal yg aku pk time beli baju is warna.. Org berkulit sawa matang mcm aku xsesuai la pkai wrna terang2 sgt kn..so aku akn pilih dr segi design dan jugak warna.. Ngeeee
satu2nya topik KH yang ca ingat sampai skang..haha..
uu
da jadi fesyen tips da akq
hehe ^_^
fara bole try nie nak tmpil berisi skit
huhuh
mari kita belajar pelajaran kemahiran hidup...hehe...:)
pakailah pakaian yg menutup aurat.. lebih baik :)
sitikek seksi tak? kekekee
aku mana reti pilihpilih ni. Biasa mak aku pilihkan .
HAHAHAHAHAHHAHA
hitam is my feveret =P
luv,
cik ana
x yah nak wat treatment kan
pakai baju kurung tu CANTIKlahh..kan
hari ni pakai baju kurung corak jalur melintang..mudah2 nmpk la kurus..hihi ^^
akak xsuke corak jalur melintang even akak kurus kering..haha
ilmu zaman sekolah dulu
tp kdg2 tak praktikkan pun
sebab tertairk dgn design lain. hehe
rara akan cr baju yg bunga kecik2,biar nmpk kurus.heeee
klu nk nampak bontot kecik?HAHAHHA..ce ajar cik hajar kektus.hihi
warna pakaian mencerminkan mood kita pada hari tu
memang selalu terbaca dan dengar ceramah bagai pasalni tapi selalupun kantoi nampak berkenan jer beli.. lepaihtu nyesal cam tak kenajer...
akak penah try pakai baju belang melintang spy nmpk gemuk..ehh org still tegur apesal akak kurus sgt..adehhh..
sebat je pakai baju ape. janji selesa dan kita perasan yang kita ni dh cun giler.. haha
dkna tetap nampak kurus pakai baju corak besar atau warna lembut..heheeeeeeeeee
pakai p la ape pon..janji tutup aurat..kan..hehe
Post a Comment