Qari junior-TV3 | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Thursday, 26 July 2012

Qari junior-TV3

assalamualaikum. ;)


tiap-tiap pagi pukul sembilan aku terajin pulak bukak tv3. tengok budak-budak menghafaz ayat-ayat al-Quran dalam rancangan Qari Junior. kemain hebakk budak-budak kecik ni umur lapan sembilan tahun dah menghafal ayat2 al-Quran. kalah aku masa kecik-kecik. =.=


para peserta-facebook Qari junior


duluu2 waktu aku kecik-kecik, kerjanya tahu nak main aje. kawan ajak main ceper, jom. kawan ajak main cuit tiang, jomm. kawan ajak main zero point, jommm. kawan ajak main parit tangkap ikan, jommmm.


mana pernah kisah nak hafal-hafal ni. kalau hafal surah-surah lazim pon sebab nak lulus ujian hafazan sekolah agama. kalau tak hafal, tak lulus sekolah agama. nanti mak marah. aih, memang degil budak sorang ni. =.=


juri-juri : Ustaz zamri Zainuldin & Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman
Sharifah Khasif nampak lain pakai tudung. selalu nampak beliau pakai selendang. ;)


Qari Junior disiarkan dari hari isnin hingga hari jumaat. asyik sangat dapat tengok budak-budak kecik hafal ayat-ayat al-Quran. raca comel. ada jugak beberapa orang yang terlupa ayat bila dah kat depan para juri. nervous sangat laa tu agaknya. yang konfiden pon ada. suara kemain lantang.


Fatimah Mohd Zahid-juara Qari Junior

Qari Junior dah sampai kemuncaknya dan adik Fatimah berjaya menjadi juara. hebakk lah adik comel ni. hadiah yang adik comel ni dapat pon lumayan. wang tunai RM10 000 dan pakej mengerjakan umrah. tahniah adik Fatimah.

tapi, kat televisyen tak sampai kemuncak lagi. baru pusingan awal dan belom ada yang tersingkir lagi. final Qari junior 17 Ogos nanti. cepat tanda kat kalendar tuu awal-awal. nanti terlepas tengok adik-adik cilik ni beraksi. tapi kalau terlepas jugak, tonton kan ada.


nak tau lagi baca kat KOSMO ea.

# hafaz dan hafal tak sama ke ?

thanks for reading. ^^

30 comments:

  1. alhamdulliah sejuk hati ibu mengandung tgk anak2 membesar ngan ayat2 suci bergini....moga anak ai blh jd mcm gini gak IA

    ReplyDelete
  2. sejuk hati tengok wajah2 suci ni..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..best kan bila tengok dorang baca...;)

    ReplyDelete
  4. sebenarnya semua atas didikan ibu bapa..
    kacik2 senang sikit nak mnghafal, nak beso skang tuli skit...heee

    ReplyDelete
  5. semoga adik2 diluar sana, dapat contohi :)

    ReplyDelete
  6. bertuah mak ayah dorang dpt anak pandai mengaji muda2 ni

    ReplyDelete
  7. pakej g umrah? untungnyaaa

    ReplyDelete
  8. sejuk perut mak kan..hee... ^^

    ReplyDelete
  9. hebat betul adik2 cilik ni..
    ada satu cerita dekat tv al hijrah.. tengok kartun mengaji.. memang osem..

    ReplyDelete
  10. budak-budak hati masih bersih..apa nk hapal senang nak masukk..kita yg dah kertu ni bnyk lak dosa nak hapal surah pendek pon mengah kan..(akak la bukan org lain hehe)

    ReplyDelete
  11. comel2 je pesertanya, bestnya hadiah boleh pergi umrah.. nanti nk try tgk tvonline harap2 dapat tgk..

    ReplyDelete
  12. hebatnya hebatnya :) jelous pulak kan

    *lamanya tak jenguk sini* hehe

    ReplyDelete
  13. comel2nye semua peserta Qari junior ni.. moga2 byk lg la rancangan cmni dibuat kan.. sejuk je tgk adik2 mude kecik lg dah pndai hafaz Al-Quran :)







    slm ramadhan,
    cik ana

    ReplyDelete
  14. heee
    rancangan2 cm nilah yg bagus kan..
    dh la cilik lagi ;)


    slmt berpuasa dea!

    ReplyDelete
  15. hafaz n hafal..dlm konteks makna hampir sm tp ira pn xpasti la btl2 sama atau tak..kena tgk kamus dewan ni..hehehe..mgkin dlm bab mengaji quran disebut hafaz, kalau bab hafal formula2 atau fakta disebut hafal..mungkin..hukhuk

    tak pernah tgk sbb ms tu tgh kerja...hihihi

    salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah...

    lama x tgok tv. bagos ad rancangan camni. :)

    ReplyDelete
  17. waaa...
    btol laa.. sy kecik2 dulu asyik men baling2 selipar je.. ngaji pn ponteng.. :(

    ReplyDelete
  18. wow. bagusnya. kecik2 dh bijak :D

    ReplyDelete
  19. Program macmni la positif kan, memang tak pernah tengok tapi bagus untuk tahu ada orang yang buat benda camni, kira bentuk dakwah gak.

    ReplyDelete
  20. rasa segan dengan bebudak ni semua. semua hebat!

    ReplyDelete
  21. wahhh...rancangan macam ni patut ditayangkan selalu..bagus untuk kanak-kanak dan remaja :)

    ReplyDelete
  22. akak salu dgr time wat keje..sedap je sore dorg kn..

    ReplyDelete
  23. sempat tgok sekali aje hari tu..
    bagus..kan

    tahniah utk adik dr johor tu..

    ReplyDelete
  24. UNtung la, kecik2 dah terdedah semua2 tu... =)

    ReplyDelete
  25. ada layan kejap jerr...sebab layan tdo sedap lagi,...hehe

    ReplyDelete
  26. time keje tu.tgk kat tonton je la jawabnya.sepupu aku sorg adalah qari. umur 4 tahun dah hafal al-quran. siap masuk pertandingan.tak pelat langsung.

    dlu kecik2 aku men masak masak je.tak main kat parit tgkp ikan.hahaha..

    ReplyDelete
  27. Teringin nak tengok tapi apakan daya, siaran dia waktu tengah bekerja....


    Bangga tengok diaorang kecik² dah hafal banyak surah.



    Hafaz dan hafal benda yang sama kalau tak silap. ;)

    ReplyDelete