Siti Kektus: August 2012

Cerita MizzTina

Wednesday, 29 August 2012

Beraya seminggu, berat naik berkilo-kilo ?

assalamualaikum. ;)


masuk bulan Ramadhan beria pasang niat nak kuruskan badan sikit di samping menjalani amal ibadah. bila dah genap sebulan berpuasa adalah kesan positifnya walaupun tak semegah mana. 0.5 kg : ok lah tuu kan daripada tak ada.


bila tiba Syawal, belom genap seminggu raya, timbang dah beralih 3 kg ke depan daripada berat asal. apakah ? apakah ? apakah ?

pinjam dari SINI


tu lah. lain kali nak beraya sakan jangan sampai tak hingat dunia. asal nampak kuih sedap mata memandang di ngap. bla sedap di tekak, di ngap lagi. rasa enak lagi, ngap agi. itu baru sebuah rumah. bila beraya 4,5 buah rumah, hamek kau, kembung perut di buatnya.


aigoo. aigoo.


petang ni nak beraya rumah member. dia buat rumah terbuka. rezeki jangan di tolak. ye dak ? kembung lagi lah perutku ni. tak pe, nanti boleh berskipping. :D


# untunglah orang makan banyak badan maintain slimmmmm.


thanks for reading. ^^

Thursday, 23 August 2012

Skipping boleh kuruskan badan !

assalamualaikum. ;)


selamat hari raya ! maaf zahir batin. walaupun dah hampir seminggu berhari raya, sempat lagi kan nak wish raya. kan kan kan. nak duit raya pelisss. ^^


puasa sudah, berhari raya pon sudah.makanan yang disumbat pon dah pelbagai jenis dan rasa. perut ni pon nampaknya dah menunjukkan belangnya. terkedepan-depan nampak gayanya. eh2, duit raya pon masih dapat meh. awet muda lah katakan. hakhak 


dalam waktu berhari raya ni, nak berlari-larian memang aku terasa malas banyaakkk. maka, alternatif yang paling mudah dan cepat : SKIPPING ! buat dalam rumah pon boleh, jimat masa, jimat kos.


tak percaya ?


kena percaya jugak.


skipping ni kalau buat setakat 10 kali seminggu memanglah tak ada hasilnya. cuba buat tu konsisten setiap hari. hari pertama buatlah 10 kali. esoknya, tambahkan lagi 10. esoknya lagi, tambahkan lagi 10. kalau yang hebat tuu bolehlah buat 200 kali untuk 1 set. nak hasil yang lebih baik, buatlah sampai 5 set (5 set x 200 = 1 000 ).


insyaallah, terbaik boboiboi hasilnya nanti.


tapi, kalau dah berskipping setiap hari, tapi makanan tak jaga, dok melantak itu ini ikut nafsu makan yang membuak-buak tu, pon tak berapa nak menjadi sangatlah. so, nak badan sihat, kena berkorban sikit. sikit je pon, tak banyak mana.


ahaaa, lisdawati pon amalkan skipping ni tau. nak tau lebih lanjut, belilah majalah rapi edisi 1 Ogos 2012.


# adik perempuan aku yang sorang tuu, beria sungguh berskipping. nak selim melim lah katakan. :D

thanks for reading. ^^

Monday, 13 August 2012

Apa itu Juggling ?

assalamualaikum. ;)


juggling ?


err. apa tuu ? yang dah tau tuu toksah gelakkan aku ea. sekeh kang. aku tak tau waktu duluu duuu. sekarang aku dah tau lah.


masa umur aku baru sehari sampai lah ke sekolah menengah aku tak pernah tau apa tu juggling. dengar pon tak pernah kot. kot lah. haru betul tak tau kan. isk isk. sampailah aku dipertemukan dengan juggling ni di PLKN. barulah mulut sibuk berkata, ohhh inilah juggling rupanya. biasa dah tengok kat tv ni. cuma tak tau nama je.



waktu kecil-kecil aku selalu je tengok orang berjugel ( betul ke berjugel ? hentam je ni ) dalam televisyen, tapi sungguh aku tak tau apa nak panggil benda alah tu. yang aku tau orang dok pusing-pusingkan 3 biji bola tanpa terjatuh. kalau tak 3 bola, 4 bola. kalau yang lagi hebat 5 bola pon ada. tu baru bola. belum lagi orang yang guna pisau, parang, kapak, kayu yang berapi.


wah, daebak ! daebak !




sampaikan satu masa ( masa aku kecil-kecil tu lah ) aku rasa macam 'eh, dorang pakai magik ke ?' aih, bocah bocah. =.=


PLKN kat tempat lain aku tak taulah depa ada belajar ke tak, tapi masa kat kem aku ada je di ajar. step by step maa. siap ada pertandingan bagai. justeru, aku pon belajar lah bersungguh-sungguh. bersungguh lah sangat. setakat dapat buat seround dua je pon. kira okeh lah kan dari tak ada langsung. hihi


sekarang ni kalau suruh aku buat juggling ni, aih memang ke laut lah bola-bola tuu semua. satu hapak tak ingat dah. main batu seremban ingatlah. :D





# bila tanya kat mak, mak reti ke buat pusing-pusing bola macam ni ? mak kata 'eleh, ini permainan mak masa kecik-kecik lah'. mak dah reti dulu dari kau kak. =.='


thanks for reading. ^^


*pictures credit to google

Thursday, 9 August 2012

Permohonan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2012/2013

assalamualaikum. ;)


3.59 am. (waktu mengarang entri)


gigih sungguh aku tak tidur lagi waktu cenggini.
kalah si burung hantu.
ingat nak tidur, tapi dah dekat nak waktu bersahur ni, cancel je lah niat murni tuu.
ni gara-gara nak menyetelkan urusan permohonan biasiswa jabatan perkhidmatan awam (JPA) untuk adik aku.
beliau baru habis matrik.
kalau boleh abah tak mau anak-anak dia ambil PTPTN.
susah nanti.


tadi siang dah try buat kat cc.
kengkonon lagi cepatlah urusan.
tapi, line busy pulak.
mungkin sebab berjuta lemon students yang mohon.
jadi, terpaksa settlekan malam2 buta macam ni.
guna berokband.




ada ke students yang nak mohon biasiswa JPA ?
kalau ada cepat-cepatlah mohon.
boleh ke http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/
nak tengok panduan permohonan boleh ke SINI
tapi tarikh tutup permohonan 12 OGOS 2012 


**update : tarikh tutup permohonan dilanjutkan ke 16 OGOS 2012 dan penghantaran surat sokongan dilanjutkan ke 30 OGOS 2012

keputusan permohonan diumumkan pada 21 SEPTEMBER 2012
siapa dapat result bagus masa matrikulasi atau STPM atau diploma bolehlah mencuba.
yang dapat result bagu masa tahun 1, dan nak mohon untuk tahun ke 2 pon boleh.
cepat cepat cepat.
sempat lagi ni.
cuba je dulu.
ada rezeki insyaallah dapat.


eh2, nak tau tak ?
adik aku dapat satu universiti dengan aku.
okbai !


selamat berpuasa semua. :)


# akhirnya berupdate jugak. tapi gaya, macam kak rina pulak dah. huhuu


thanks for reading.^^