Kampung tanpa wayar | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Wednesday 13 February 2013

Kampung tanpa wayar

assalamualaikum. ;)


kampung tanpa wayar. yehuuuu ! :D dah hampir 6 bulan kampung aku menjadi kampung tanpa wayar. bila diperati, bukan setakat kampung aku je. kampung-kampung sebelah pon aku tengok dah terpacak papan tanda kampung tanpa wayar tu. wahh, ini memudahkan lagi urusan makcik pakcik yang mahu ber-internet. bukan setakat makcik pakcik je, anak-anak pakcik makcik macam aku pon dapat tumpang sekaki. kihkih






kemudahan internet macam ini, biasanya akan dipasang di tempat awam. macam kampung aku ini, internet dipasang di balai raya. dah macam satu anugerah pulak, rumah aku betul-betul terletak bersebelahan dengan balai raya. bagai orang mengantuk disorongkan bantal lah gamaknya. internet yang diberi kerajaan ni lagi laju dari broadband celcom aku tu tau. manyak syokk ma.



tapi, yang tak seronoknya, wifi kampung tanpa wayar ni hanya boleh dikesan sejauh 300 meter je kalau tak silap. maknanya, tak semua orang dapat merasa kemudahan ni. kalau bersungguh-sunguh nak online, kenalah pergi ke balai raya. hanya insan-insan bertuah macam aku ni je yang senang lenang online dalam rumah. hehee *alhamdulillah*.



dan bukan tu je, bil balai raya juga meningkat dengan mendadaknya sebab wifi ni kena buka 24/7. pernah sekali emak berusaha nak tolong kurangkan bil dengan matikan suis wifi ni. tapi tak sampai 3 hari, dah ada orang kol kenapa tak dihidupkan wifinya. hukhuk *emak ada pegang kunci balai, sebab rumah dekat. kalau ada orang nak guna balai mintak kunci pada emak je*. kat tempat korang ada jugak ke 'kampung tanpa wayar' ni? yang tinggal taman perumahan, ada jugak ke taman tanpa wayar ? hukhuk



# adik aku pon seronok lah dapat main game fesbuk dengan girangnya. lagi-lagi game yang ada naruto tuu. game ape entah.


thanks for reading. ^^

22 comments:

  1. salam rabu .. singgah pagi

    ReplyDelete
  2. kat kg saya pon ada benda ni tapi tak pernah dapat connection pon huhu

    ReplyDelete
  3. hehe tahniah ! jarak boleh digunakan tu bergantung gak pada keadaan sekeliling. kalau takde ape yg menghalang macam pokok, bangunan tinggi kemungkinan orang yg jauh sikit pon boleh merasa :)

    ReplyDelete
  4. tempat yui taman maka takdelah..huhu

    ReplyDelete
  5. wah... ini berita baik. haha

    ReplyDelete
  6. kg saye xde pon mcm ni..
    kg saye kg berwayar je..
    huhu

    ReplyDelete
  7. best nya.. kampung aku takdoq gi kemudahan ni.. (^_^)...

    ReplyDelete
  8. kalah kawasan perumahan ena ni.. kat taman ena pun xde kemudahan wifi ni.. kne guna sendiri2nya... huuuu

    ReplyDelete
  9. huntunggggg lah rumah sebelah balai raya. eh nanti nak datang rumah boleh?nak jugak rasa wifi tu. ekeke.

    kat taman perumahan takde lagi 'tmn perumahan tanpa wayar', yang ada cyber cafe tu ha. haha..

    ahh sedap lah ye on9.boleh donlod puas2. klu pakai beruk ni ha cepat betul sampai limit -_-'

    ReplyDelete
  10. game yg ada naruto? ninja sagalah....

    ReplyDelete
  11. mana aci..kampung akak xde lg!! hahaha

    ReplyDelete
  12. Alaa 300 meter je ke.. Syok ler kau bleh on9 bersenang lenang dlm umah kan.. Ada jgak faedahnya rumah sebelah balai raya ni ekkk :D

    ReplyDelete
  13. syok gila kalau mcm tu heheheh

    ReplyDelete
  14. maju da kampung skrg ni...hee..

    game Ninja Saga la tu...sy dulu addicted dgn game tu...HAHA~

    ReplyDelete
  15. tmpt kite xde la mende ni. huhu

    ReplyDelete
  16. alahai!! sangat masyuk! XD hahaha

    ReplyDelete
  17. Untunglah ada sumber internet PERCUMA dekat sebelah rumah je hehehehe


    Felda tempat aku pun ada benda percuma ni, masa baru mula² pasang rumah kawan aku 100meter pun tak dapat sambung.. 3, 4 bulan lepas tu baru dapat tapi sama macam tempat kau. 300++meter je yang dapat.. Aku? bayang pun tak dapat hehe

    "KG. TANPA WAYAR" boleh ditukar kepada "BEBERAPA RUMAH TANPA WAYAR" hehehe

    Apa pun bersyukur dapat benda percuma.

    ReplyDelete
  18. Sape yg jauh 2 terpaksalah beli g bkin tarik line.. 2 pn kalau tk bnyk halangan..

    ReplyDelete
  19. kg aku kol 12am dah tutup..

    ReplyDelete
  20. beli wifi boster kalau x dapat connection

    ReplyDelete