Siti Kektus: April 2013

Cerita MizzTina

Friday, 26 April 2013

Al-Mathurat untuk android

assalamualaikum. ;)


sekarang tiada alasan lagi untuk tak baca al-mathurat. wiwiii sambil nak tunggu enjin kereta panas waktu nak keluar bekerja tuu boleh baca-baca al-mathurat. al-mathurat ni dah boleh di muat turun dalam smartphone. siap boleh dengar bacaan dari Ustaz Don sekali tau. aku tahu aplikasi ni mulanya dari Cala Qisya. :)



nampak sangat aku lambat tahu. sobsob -_-

apa itu al-mathurat ?


al-mathurat merupakan himpunan doa yang di amalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang disusun oleh Imam Hassan Al-Bana--m.mathurat.com







applikasi ni siap sediakan terjemahan dengan fadhilatnya sekali tau. sambil-sambil baca doa tuu, dapatlah kite fahami makna ayat-ayat tersebut. bagi orang macam aku ni, terjemahan ni bagus banget ! al-maklumlah, dulu waktu sekolah darjah khas bahasa arab aku pon cukup-cukup makan je. hihii





nak tahu dengan lebih lanjut, klik http://www.m-mathurat.com.
download dari google play : google play


pada yang dah ada aplikasi ni, tahniah ye. moga boleh diamalkan selalu. pada yang belom lagi tuu, cepat-cepat download tau. :)



# pengguna iphone pon boleh download aplikasi ni di App Store. :)



thanks for reading. ^^

Saturday, 20 April 2013

Coin Purse dari Felt

assalamualaikum. ;)



purse coin dari felt !


purse coin ni untuk kawan-kawan adik aku. dorang kata comel pulak purse coin yang aku buat sebelom ni dan dorang nak beli. hehee --terharu sekejap--. aku yg tak ada kerja sangat kononnya pon dengan rela hati buatkan. itupon ambil masa berminggu-minggu sebab ke-malas-an datang melanda seketika. kehkeh


cara-cara buat purse coin dari felt ni aku dah tunjuk sebelom ni. tapi bukan aku yang buatlah. blog paper & string punya. kat blog tu dia ada tunjuk step by step. senang je nak paham. hihiii





bahan-bahan yang aku gunakan:
benang, zip, kain felt, jarum, lace (fabric fanatic), butang





pattern body purse coin aku download dari blog paper & string tu juga. da download print je. pastu gunting. pattern burung comel dan love tu lukis je la sendiri pastu gunting. tak nak bentuk burung, nak gajah ke, kapal terbang ke, pokok ke ikut lah suka hati masing-masing. kehkeh






lace tu aku letak kat bahagian sebelahnya. ahaaa,lace tu aku guna mesin jahit sebab rasa lagi kemas. kalau nak jahit jelujur pon boleh. tak ada masalah. lawa tau lace tu. boleh beli kat fabric fanatic dan ada macam2 design. semeter rm2.50. hihiii


# nasib baik kawan-kawan adik aku kata comel jugak. kalau tak mahu menangis belakang almari. :)




JOM BACA :




thanks for reading. ^^

Wednesday, 17 April 2013

Kreativiti dari tin minuman

assalamualaikum. ;)


dulu masa kecil-kecil kemain suka melantak air tin ni berkoyan-koyan. waktu tuu kesukaan aku air tin jenama F&N perisa strawbery. F&N yang kaler hijau tuu pon sedap jugak. yang warna oren pon, kuning  pon. ahhh senang cerita semua lah. budak kecil lah katakan apa yang tak suka. hihihiii





tapi bila dah dewasa sikit ni, dah tahu yang air tin aka air bikarbonat ni tak berapa elok dan boleh menyebabkab gemok, aku pon cuba elakkan secara perlahan-perlahan. kalau makan KFC pon, hanya beli ala chart snack plate. air bikarbonat tak beli--bawa air putih sendiri. hihihi--


pesal tangan orang yang buat ni berseni sangat.
comels tau tak.


kemas-kemas rumah jumpa pulak benda ni. kereta mini ni dibuat dari tin minuman. kreatif kan ? bila search google, banyak lagi hasil kreativiti orang-orang kreatif yang recycle tin minuman ni. comel cantik cun. semua lahh. untunglah tangan-tangan orang seni ni.



# kalau aku yang gubah tin minuman tuu, akhirnya ke tong sampah jugak lah jawabnya. kehkeh


thanks for reading. ^^

Monday, 8 April 2013

Langkah-langkah mengundi

assalamualaikum. ;)


langkah-langkah untuk mengundi. rakyat Malaysia yang dah pergi mengundi, komfem tak ada masalah. tapi bagi orang yang macam aku --pertama kali mengundi-- macam kekok sikitlah. ye ye aa je kekok kan. hahaa langkah-langkah mengundinya lebih kurang je cara macam nak undi majlis perwakilan mahasiswa universiti. kehkeh ;)



sumber : SPR


nah, aku kasi dekatkan lagi bagaimana langkah-langkah untuk mengundi untuk siapa-siapa yang tak boleh baca tulisan kat atas ni. almaklumlah, tulisan senonet. kalau ada yang dapat baca juga, pehh ! hebakk gila. aku pon tak nampak. hihii



ingat, jangan pakai baju yang melambangkan mana-mana parti ketika mengundi tau. hihii

# makin dekat PRU 13 ni, makin banyak pulak lagu-lagu baru yang keluar kat tv ni. -_-


thanks for reading. ^^