NUGGET KENTANG.
ehh, entri makanan lagi. muahehee maafkan daku kalau sekarang ni asek keluar entri makanan saje. bukan apa diri ini eksaited bebeno nak mencuba resepi itu resepi ini. almaklumlah, dah berganjak ke satu umur yang baru.
saya dah besar. eeh, bukan bukan. saya dah dewasa. kihkih
Nugget kentang ni aku pernah tengok Cik Nana buat dalam entri dia. aku yang tiba-tiba macam ada semangat lebih cubalah dengan sepenuh hati. gigih ha mencari entri cik nana tu. ehemm, cik nana, sila terharu sekarang. hahaa
dari gaya penulisannya, tak lah susah mana pon nak buat NUGGET KENTANG ni. umpama memetik jari saja. memandangkan dalam peti ais tak ada stok daging lembu mahupun daging ayam, jadi aku bedal sajalah guna resepi BEGEDIL. muahaa lantak lah kite buat dia kan.
BAHAN-BAHAN :
KENTANG (5 biji sederhana saiznya)
IKAN BILIS (segenggam)
BAWANG BESAR (2 ulas)
DAUN SUP
LADA PUTIH/LADA SULAH
GARAM (secubit)
UNTUK MENGGORENG :
TELUR
TEPUNG GANDUM
NESTUM
UNTUK MENGGORENG :
TELUR
TEPUNG GANDUM
NESTUM
CARA-CARANYA:
1. Rebus kentang yang telah dikupas kulitnya. Agak-agak dah empuk angkat dan toskan. Jangan terlebih masak pulak ye. Nanti lembik sangat susah nak dibentuk. Kemudian, lenyek-lenyek sampai lumat dan sebati.
2. Goreng ikan bilis. Kemudian tumbuk hingga hancur. Nak kisar pon boleh. Gunakan pengisar kering.
3. Goreng bawang yang telah dihiris. cukup sampai ia kekuningan. Tak perlu garing sangat tapi jangan sampai hangus.
4. Hiriskan daun sup dan kisarkan lada putih. Kalau guna lada sulah tak payah nak kisar-kisar dah.
5. Kemudian, satukan kentang, bawang merah, ikan bilis, lada putih, daun sup dan secubit garam. Gaul-gaul sehingga sebati.
6. Bentukkan nudget kentang mengikut bentuk kesukaan korang. Nak bulat ke, petak ke, segitiga ke. Terpulanglah.
7. Untuk proses menggoreng nudget kentang, panaskan minyak. Golek-golekkan nudget tadi dengan tepung gandum -- celupkan dalam telur -- golekkan dengan nestum -- masuk dalam kuali.
8. Angkat dan sedia untuk di hidang.
walaupun nugget kentang ku nampak hangus sikit,
tapi rasa tetap mantop tau !
tapi rasa tetap mantop tau !
SELAMAT MENCUBA pada yang nak mencuba. hehee :)
thanks for reding. ^^
macam begedel lebih kurang la ni.. oh myyyy! sedapnyaaaaa
ReplyDeleteguna oats boleh?
ReplyDeleteeh ya ka bole? :D
wah.. macam menarik je tu,.. boleh dicuba tu.hehe
ReplyDeleteboleh cuba nanti :)
ReplyDeleteyeayy.. da follow..lepas ni boleh amik resipi bnyk2..hehehe..
ReplyDeletebtw, selamat menyambut ramadhan =)
hai.. salam kenal,
ReplyDeletefollower no.578
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
pandainya..dia masak..mesti sedap ni..
ReplyDeletesalam ramadhan yg ke 14 ye dik..lama juga tak dtg sini..rindu
ala2 begedil la ea.. buh je salut tepung roti apa ntah namanya kulit tu..huhuuh
ReplyDeletevahhh kalau cicah sos sedap neh.
ReplyDeleteadoiii...nampak sedapnya...
ReplyDeletekemahennn masterchep skrg ni hehehe, ok dah boleh kawin ;)
ReplyDeleteuiiii iolsss terharu nyee ni. haha. pehh bentuk 4 segi ni lagi cool siap letak ikan bilis lagi. eh tu bukan hangus tu. tu garingg. garing la sedapppp..hihi
ReplyDelete