RESEPI : KUIH BUAH MELAKA | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Thursday 15 August 2013

RESEPI : KUIH BUAH MELAKA

assalamualaikum. ;)


KUIH BUAH MELAKA


ada jugak orang panggil kuih onde-onde. kan ? kan ? senang sangat tau nak buat kuih buah melaka ni. senang gila. umpama memetik jari saje. pejam celik pejam celik tak sampai sejam siap dah. hahaa masa bulan puasa hari tuu, adalah tiga ke empat kali kuih buah melaka di jadikan santapan berbuka. see, betapa senangnya nak buat kuih buah melaka ni sampai diulang banyak kali. hihi memandangkan aku seakan rajin banget, maka ku tulisin resepinya ok. *walaupun telah ku tahu ramai yang telah tahu. hihii



kelapa parut yang dah di campur sedikit garam.


ohh, resepi emak aku ni ada campur keledek putih tau. keledek putih tuu nak elak daripada buah melaka tu terlalu lembik dan juga menyedapkan lagi rasa kuih buah melaka tu. tak percaya ? cubalah dulu, baru tahu. kihkih keledek putih ni berbeza tau dengan keledek oren dan keledek ungu. tapi, kalau ada yang nak mencuba keledek oren atau ungu, boleh jugak kot. tapi aku tak pernah cuba lagi. hihii


BAHAN-BAHAN :

KELEDEK PUTIH
TEPUNG PULUT
PEWARNA HIJAU
GARAM
AIR
GULA MELAKA
KELAPA PARUT



CARA-CARANYA:

1. Rebus keledek sehingga empuk. Kemudian, angkat dan toskan. Lenyek keledek sehingga lumat. Buangkan serat pada keledek *kalau ada. biasa keledek putih memang banyak serat.

2. Campurkan secawan tepung pulut ke dalam bekas berisi keledek lenyek tadi. Gaul hingga sebati.

3. Campurkan sedikit air garam, pewarna hijau dan air secukupnya. Kalau nak gunakan daun pandan segar tu pon boleh, cuma rumah aku pokok pandan dah diracun abahku. -_-

4. Apabila sudah sebati *tak terlalu lembik, tak terlalu keras--sedang-sedang saja, bahagikan kepada beberapa adunan kecil. ikutlah nak saiz yang macam mana. janji bentuk bulat. Campurkan lagi tepung pulut jika doh tadi masih lembik.

5. Potong-potongkan gula melaka menjadi ketulan kecil. Sumbatkan gula melaka tadi kedalam doh bulat-bulat kecil tadi.

6. Sediakan air rebusan dan tunggu hingga mendidih.

7. Masukkan bebola buah melaka yang telah siap dibentuk. Tunggu sehingga ia timbul dan boleh di toskan.

8. Segera golek-golekkan buah melaka tadi diatas kelapa parut yang telah dicampur sedikit garam. Jangan lambat sangat di biarkan selepas ia ditoskan tau nanti buah melaka tu saling melekat. Tu yang payah sikit nanti.

9. Dah golek-golek, bolehlah disusun didalam pinggan dan sedia untuk di NGAP !


sungguh enak dimakan begitu saja.
 yummy !

dulu, masa zaman sekolah kuih buah melaka ni 3 biji cuma 20 sen je. sekarang ni seringgit nak dapat 5 ketul pon payah. sobsob betapa jauh bezanya zaman kanak-kanak dengan zaman sekarang. duit RM100 pon dah macam duit RM10. huhuu


SELAMAT MENCUBA YO !


# bila dah kering idea, inilah makan dia. kihkih

thanks for reading. ^^

11 comments:

  1. akak kan nk buat dr bln poser smpai skrg tak terbuat2 huhu

    ReplyDelete
  2. pose ni terliur plak tgok..uhuk..selamat hari raya dear

    ReplyDelete
  3. dulu arwah nenek selalu buat kuih ni.. bila dah besarr tak tau nak buat sebab masa kecik tau makannn jee apa yang nenek buat hahaha

    ReplyDelete
  4. kUIH PEBERET, MASA BLN POSA PUNYA LA TERINGIN NAK MAKAN.. NAK BAUT MALAS..HEHEE

    ReplyDelete
  5. TUKAR SELERA..BAGUS JUGA NI..JAMU TETAMU..BISKUT RAYA PUN DAH MASUK PERUT SEMUA SELESAI SBLUM RAYA LAGI..

    ReplyDelete
  6. guna keledek msti lg sedap kan..

    ReplyDelete
  7. Wah sedapye,,,1 family suka sgt kuih ni,..tq bg resepi ye,,,
    Jemput jenguk blog newbie sy :)meserumkurus.blogspot.com

    ReplyDelete