RESEPI : POPIA NESTUM | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Sunday, 4 August 2013

RESEPI : POPIA NESTUM

assalamualaikum. ;)

 popia nestum in progress ! ;)


semenjak aku diperkenalkan dengan popia nestum ni sejak 3 tahun lepas, aku terus jatuh cinta wehh. setiap tahun mesti nak buat. nasib baik senang gila cara nak dibuatnya. tanpa modal yang besar sangat dan di tambah kerajinan sikit, terus siap. entah-entah tak sempat nak buat raya dah habis. kihkih



 campuran nestum + susu tepung + gula


disebabkan aku macam ter-rajin sikit hari ni, moh le aku share kan resepi popia nestum ni yo. mana tahu ada yang berkenan nak buat kan. walaupun pada hakikatnya bersepah dah resepi ni, aku tetap nak share. kihkih

 
BAHAN-BAHAN :

KULIT POPIA
NESTUM
SUSU TEPUNG
GULA


Cara-caranya :

1. Gulungkan kulit popia ikut citarasa sendiri. Disebabkan aku terajin sikit, aku gulungkan macam popia yang biasa tu. Macam kat gambar atas tu. Sehelai kulit popia tu aku bahagi 16. Maka, dapatlah banyak sikit.

2. Gorengkan popia-popia yang dah siap digulung. Goreng dengan berhati-hati ye, jangan sampai hangus.

3. Kisarkan nestum hingga halus (aku guna nestum original). Untuk 1 bungkus popia yang besar, aku guna 2 cawan nestum.

4. Kisarkan gula hingga halus. Gula pula, aku guna secawan sahaja. Kalau suka manis, boleh tambahkan gula lagi.

5. Campurkan nestum dan gula yang dikisar ke dalam bekas besar. Campurkan juga 3/4 cawan susu tepung. Susu tepung apa pon tak kisah. Pada yang sukakan rasa susu tepung lebih, bolehlah letak lebih.

6. Masukkan popia yang telah digoreng. Gaul hingga sebati.

7. Siap ! hehehe



See, senang je kan. popia nestum ni pon dah jadi kegemaran adik-adik aku juga kot. mana tak nya, aku tengok diaorang makan laju semacam je. bagi mengelakkan popia nestum ni habis, aku siap packing dalam plastik tau. kihkih


selamat mencuba pada yang nak mencuba !


thanks for reading. ^^

8 comments:

  1. Suke jg popia nestum ni..tp x dan lg nk bt snri..*create alasan..haha

    ReplyDelete
  2. macam2 bentuk ade... kalau yg ni senang sedikit nak makan.. hehehe

    ReplyDelete
  3. knor beli aje smlm dik..tak pandai nak buat..dah nak habis pun..blum raya lagi ni...

    ReplyDelete
  4. mkn nie mmg xblh benti.. :D

    ReplyDelete
  5. senang je rupanya buat popia ni hehehehe

    ReplyDelete
  6. mmg sedap kan.ralit je bila makan

    ReplyDelete
  7. Kita selalu buat ni dengan mak dengan adik-adik. Hihi. Tapi tak pandai nak gulung bagi cantik macam akak buat tu :(

    Kita selalu lipat ja kulit popia tu jadi macam kerepek hahahahah :p

    ReplyDelete