Kerepek Pisang Manis Yang Sedap | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Tuesday, 11 March 2014

Kerepek Pisang Manis Yang Sedap

assalamualaikum. ;)

kerepek pisang manis yang sedap.
nyumm nyumm. ^^,



pernah rasa tak keperek pisang disira gula ni ? aku ni selalu panggil kerepek pisang manis je. warisan turun temurun ni. hehee kerepek pisang manis ni menggunakan pisang nipah. tak tau pisang nipah ? p google ok. :p aku pernah je jumpa kerepek pisang manis ni kat kedai luar tapi jenis yang gulung-gulung punya. bila di bandingkan rasa kerepek pisang gulung-gulung dengan kerepek pisang manis yang mak buat, lain sikitlah rasanya. kerepek pisang manis mak lagi sedappppp. kihkihh (ke aku dah terbiasa makan kerepek pisang mak je tu yang kerepek pisang lain dah tak pandang dah. hehee).



kerepek pisang manis ni sebenarnya mengingatkan aku pada zaman sekolah menengah. rajin kot aku waktu tu berjualan kerepek pisang manis ni. aku berjual antara pelajar asrama je. sesama budak dorm sebelah-sebelah je. alhamdulillah, walaupun tak banyak hasilnya tapi tengok ada orang sudi beli rasa gembira sangat. pastu dorang repeat order lagi. hihii


kerepek pisang manis dah bungkus kecil-kecil untuk dijual. :)



tapi yang aku hairan kenapa masa zaman kat uni dulu aku tak terfikir nak jual. aishhh. dah habis zaman tuu, baru terfikir. huhuu laa ni, adik aku pula yang tolong berjual. jual dengan kawan-kawan 1 blok dia. alhamdulillah, masih diterima penerimaan kerepek pisang manis ni walaupun agak perlahan pada awalnya. tak pe, tak pe. ada rezeki tak ke mana. :)



# merancang untuk mengetengahkan kerepek pisang manis ni secara online. moga dipermudahkan segala urusanku. aminn. [ada yang nak rasa pek percubaan tak ? kihkihh] :D



thanks for reading. ^^

14 comments:

  1. Sy peminat kerepek pisang!!!! Heeeee... Ada pek percubaan tuuu... Semoga urusan dipermudahkan... :)

    ReplyDelete
  2. makin berkembang bisnes SK.. kite suka kepek pisang yang tepi2 dia ade kaler hijau tu.. pisang ape ek? haha.. xtau la..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum awak. hehee pek percubaan tu free tak? kalau ye, nak rasa. hehee sheila suka makan kerepek2 ni.. sedap gila kot. sheila klik tabung awak ye ~~~

    ReplyDelete
  4. saya pulak buat kacang pedas. pon adik jual kat kolej dia
    biasa la student suka makanan ringan2 macam tu
    sama la zaman saya uni dulu. malam2 je kat hostel ada la yg ketuk, jual nasi lemak, kerepek2

    ~ keep praying for MH370

    ReplyDelete
  5. suke giler mkn kepek nihhh
    bak mai 2 peket! hehe

    ReplyDelete
  6. sy memang peminat tegar kerepek pisang ni...da lama pula tak makan...tetiba teringin bila tengok gambar dan baca entri ni...hee

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum :)

    First of all, saya jatuh chenta sama ini blog. Waahh gituhh. Hehehe. Saya suka sebab blog akak kemas, ada DIY, sewing, recipe. Suka semua lah !

    Suka suka suka sangat ok ! :D

    Saya suka kerepek pisang kosong tu. Yang ada sira pun suka haha asal nama makanan semua saya suka :B

    ReplyDelete
  8. Sedapnya buat kudapan petang :D

    ReplyDelete
  9. mmg sedap sampai setiap kali rehat dlu time skola duk mengunyah benda ni sbb bila mkn kerepek sambil duk perati makwe nmpk cm seksi dan macho. haha :)) tp oleh kerana selalu sgt mkn hari2 gigi graham abg sampai terbelah dua. mgkin sira gula tu tebal nau. :/ sebaik graham je patah. kalau gigi depan kurg duit hantaran. haha

    ReplyDelete
  10. Macam mana nak beli dari U?

    ReplyDelete
  11. Sedapnye kerepek pisang.. Kerepek pisang nipah, rangup n gebu.. :)

    ReplyDelete