Tote Beg yg Simple | White Pink | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Tuesday, 1 April 2014

Tote Beg yg Simple | White Pink

assalamualaikum. ;)



Stripe tote bag ! white pink gituu.
notforsaleyet. ;)



yayyy ! akhirnya berjaya juga menyiapkan simple stripe tote bag ni walaupun nampak comot pada realitinya. [ada aku kisah. hehee]. asyik tangguh je nak cuba belajar menjahit tote beg ni. padahal kalau fokus betul-betul tak sampai sejam dah siap agaknya. tapi sebab banyak halangan yang melanda, 3 hari juga lah baru siap. over kan ? hahaa







tote beg yang aku jahit ni memang beg yang paling basic lah. tiada pocket, tiada magnet button, tiada zip. sampaikan tapak beg pon tak ada. [dah kena kritik sikit dengan mak sebab tak letak tapak. macam mana nak letak barang kalau tak adda tapak katanya. huhuu] kalau nak dibuat persamaan, beg ni sebijik macam beg plastik. hehee sebab ada 1 bahagian je. stripe tote beg ni percubaan je dulu. aku pon belom testing lagi sejauh mana kekukuhan beg ni dan selama mana ia boleh bertahan. masih banyak nak kena baiki ni tote beg yang simple ni.





bahagian dalam simple tote beg. nak juga warna white+pink.
cuma lain pattern je





nak tahu elok ke tak beg ni, kenalah ada orang yang menggunakannya kan ? hmm, aku rasa aku akan pujuk adik lelaki guna tote beg ni bawak p sekolah. kalau dia tak nak, aku paksa juga. wahahaa pada yang nak belajar cara jahit simple tote beg, boleh lah jenguk-jenguk di TUTORIAL TOTE BAGS/PURSES. cume kena rajin sikit selongkar satu persatu. heheee




# tetiba rasa macam victoria secret punya paper beg pula dah. hehehe :D

thanks for reading. ^^

9 comments:

  1. Good Job! Cantik apee :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ct...wah cantik la color die...cute pink...:)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum awak. cantiklah! geram tengok hasil kerja awak. singgah menabung ford dan digi sini~~~

    ReplyDelete
  4. cantiknya suka pink..

    ReplyDelete
  5. wah kreatif! jahitan pun kemas! memang berbakat. blh buat bisnes ni

    ReplyDelete
  6. perghhhh... stylo ar.. ada gak ko bakat ek.. hehe.. leh wt bisnes ni...

    ReplyDelete
  7. baru nak komen mcm victoria secret punya bag, scrool down, tuan badan sendiri dah cakap. hehehe

    ReplyDelete
  8. cntiknyaa.. pink lak tuuu..adoiiii..geram!

    ReplyDelete
  9. Cantik! :)
    Okla sama dengan beg obesee ;)

    ReplyDelete