assalamualaikum. ;)
Hantaran nikah tema purple pink | 2014
Alhamdulillah. siap juga hantaran untuk majlis pernikahan sepupu lelaki aku yang seorang ni. ini pon last minit baru nak khabarkan kat aku. mahu tak kelam kabut nak cari barang + idea yang bernas. majlis pernikahannya 30 Mei 2014. phewww~ nasib baik sempat tau. masa majlis pertunangan dia pon, aku juga yang tolong buatkan hantarannya. yang guna Crepe Paper Flower tuu.
hantaran pertunangan | Crepe Paper Flower
teringin pula nak ada kamera instax.
macam comel je bila tengok hantaran sepupu ni lah hai.
untuk majlis pernikahan ni, hanya 5 dulang hantaran sahaja antaranya
buah-buahan, baju kurung, kamera instax, cermin mata, purse dan tepak
sireh. ada lagi yang lain tapi tak ingat pulak. hehee cara buat bantal
hantaran aku buat serupa macam hantaran pertunangan. cuma tukar warna
kain sahaja. tema nya kan purple pink. jadi aku gunakan kain warna soft
pink yang tak berapa soft sangat. boleh rujuk | Cara Buat Bantal Hantaran Pertunangan Yang Jimat Kos {DIY}.
bunga hiasan aku main hentam taram ikut suka aku sebenarnya.
janji ada purple dan pink. muehehe
sewaktu dah sampai di rumah pengantin lelaki, ada makcik saudara tegur kenapa tak gosokkan sedikit minyak pada buah-buahan. biar nampak berkilat sedikit. kalau tak, buah-buhan nampak kusam. fuhh, nasib baik lah makcik tu tegur. dapat lagi tips mengilatkan buah-buahan yang baru. aku memang tak tau kena letak minyak. hohoo patotlah macam lain maciam je buah-buahan tuu. :p
# dah ada pengalaman sikit buat hantaran ni, nanti bila tiba majlis sendiri tak lah serabut sangat. harapnya lah. hehee
till then !
thanks for reading. ^^
comel sangat hantaran. simple nice je deco nya
ReplyDeleteberbakat serba serbi adik kita ni..
ReplyDeletecantik
cantik ct, kak ana tak berapa suka sapu minyak kat buah ni, nak makan nanti berminyak tak boleh nak hilang..hehe biar je asli basuh bersih2 dan pastikan buah yang segar kan..
ReplyDeletecantik la.. kreatif sgt...
ReplyDeletepractice make experience ! :D
ReplyDelete