assalamualaikum. ;)
hari ni, aku nak share sedikit cara mohon guru Ganti KGSK (Kumpulan Guru Ganti Kebangsaan) macam yang aku khabarkan di entri Pengalaman Guru Ganti.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagaimana cara mohon guru ganti ?
- pertama sekali, daftarkan diri di laman web KGSK : [ http://jpnjohor.moe.gov.my/ekgsk/ ]. isikan segala maklumat yang diperlukan dan print.
- kemudian, fotostat kad pengenalan, surat beranak, salinan ijazah, transkrip, dan segala sijil yang berkaitan. sijil-sijil mestilah disahkan oleh pegawai gred A. Siapa pegawai Gred A ? (Guru besar sekolah, pengetua atau pensyarah). sewaktu aku mohon guru ganti ni, aku minta Ketua Kampung yang sahkan. alhamdulillah lulus. :)
- dah complete semua tu (salinan pendaftaran yang sudah di print & sijil-sijil yang berkaitan), boleh halah dihantar ke PPD (Pejabat Pendidikan Daerah). nanti bila ada kekosongan, pegawai PPD akan telefon dan disuruh ke PPD untuk mengambil surat penempatan.
Bayaran guru ganti KGSK ?
- bayaran diberikan mengikut tempoh hari bekerja sahaja tidak termasuk cuti. maknanya kalau tak kerja, tak de lah gaji. kadar bayaran pula :
Ijazah : RM100
Diploma : RM70 (tak berapa pasti kadar sebenar)
SPM : Rm50
- bila bayaran akan dapat ?
ini bergantung kepada kecepatan kerani sekolah tersebut. paling cepat dalam tempoh 2 minggu. macam pengalaman aku, masa kali pertama mengajar, dalam tempoh dua minggu dah dapat gaji. kadang-kadang, ada yang hampir 3 minggu baru dapat gaji. tapi, ada juga guru ganti yang dapat gaji selepas tamat mengajar di sekolah tersebut. contoh : jika bertugas selama 3 bulan, selepas 3 bulan baru bayaran di proses & tunggu lagi 2 atau 3 minggu baru bayaran diterima.
- KWSP/EPF
berkhidmat sebagai guru ganti ni akan ditolak KWSP. maka, siap sedialah buat akaun KWSP ye. waktu aku, boleh pulak tak ingat pula nombor KWSP. nasib baik ada RHB Easy Bank. senang sikit kerja. tak perlu nak ke pejabat KWSP. hehee
di RHB Easy Bank ni, bagi je kad pengenalan pada staf di situ. nanti staf di situ akan tolong cetakkan salinan KWSP melalui satu mesin tu. kalau di Johor, RHB Easy Bank yang aku tahu, di AEON Taman Universiti & Tesco Kulai.
Selamat momohon pada yang berminat ! teheee. :D
# jika ada maklumat yang dirasakan tak tepat, mohon tegur. ini berdasarkan pengalaman diri sendiri. :)
thanks for reading. ^^
great sharing
ReplyDeleteni kalau apply just ada ijazah sahaja tak apa ke? tanpa ada diploma pendidikan atau seumpamanya..?
ReplyDeleteyup. boleh. yg penting dah daftar kat laman web kgsk tu. :)
Deletelumayan juga ...esok2 boleh rujuk sini..kut ada yg berminat ye idak..
ReplyDeletesalam apa yg dia tanya masa iv ye ?
ReplyDeletesalam. :)
Deletesewaktu sy di inteview, tak banyak yang ditanya. hanya bertanya tentang pekerjaan yg lepas.
Salam,
ReplyDeleteNak tanya, salinan tu semua kena hantar tunggu dia minta masa panggilan iv ke right after kita online register?
Many thanks
w'salam. :)
Deletelepas online register, print. hantar details online register tu dengan semua salinan2 sijil. lepas dah hantar baru dia panggil iv. :)
masa iv pegawai tengok yang original sijil je. :)
Saya masih bergelar seorang studennt universiti ketika diterima sebagai guru ganti ni, so mesti ke buat akaun KWSP ni,sbb saya masih student n ada 2 tahun lagi utk belajar, kerja guru ganti utk cari duit lebih n pengalaman sementara cuti sem. So mesti ada ke akaun tu bila saya nak mintak gaji? Sbb dh habes ganti dah pun :)
ReplyDeletelpas habis tempoh mngjar..kite perlu laporkn pd ppd ke?
ReplyDeletekawan saya kata ni untuk lepasan guru je... mana satu ni? betul ke ni untuk guru ganti??? kompius
ReplyDeleteAda spm pon boleh apply..min. spm..ada cikgu ganti sek. Sy lepasan form 6,, tunggu nak masuk Uni.. pon diterima jadi guru ganti@ kgsk..selamat mencuba..
ReplyDelete