makan kuih lopes senang kan ? tinggal nganga kan mulut dan ngap !
cuba bila di suruh buat sendiri kuih lopes tu, ada yang ternganga sebab tak tau. aku le tuu. keh keh bagi aku buat kuih lopes ni sangat mencabar tahap kesabaran tau. mana tak nya, nak kena rendam beras pulut dengan abucang, isi pulut dalam daun pisang, ikat kasi ketat-ketat pastu rebus. rebus tu kena 2 jam setengah. barulah siap !
pheww~
aku kurang gemar makan lopes yang dikukus dan diletak pewarna hijau. macam kurang umpph gituu. bukan demand ye, tapi tekak tak boleh nak terima sangat kalau di kukus macam tu. mungkin sebab dah terbiasa dari kecil makan lopes yang direbus.
semalam emak dan aku bertukus lumus buat kuih lopes untuk bagi nenek. kat rumah nenek ada buat makan-makan malam ni. aih, naik berkilo-kilo lagi lah ni nanti agaknya.
tugas aku ? kacang je. tolong ikat lopes ketat-ketat. ada yang expert dah ke ? mula-mula tu nak mengikatnya payah kemain sebab tak dapat rentak lagi. nak ikat tu, makan masa 10 minit jugak lah. sebab tak reti kan. wuu wuuu. =_=
gambar yang kanan tu salah sebab tak ada bentuk segitiga kat ikatan tu.
emak paksa bukak balik dan buat semula sampai jadi macam gambar belah kiri.
err, aku konpius kanan kiri lah.
selepas 1jam lebih berperang dengan bungkusan lopes ni, akhirnya siap ! dapatlah 96 keping kuih lopes. alhamdulillah. ;)
# kalau dah teringin sangat, kuih lopes yang kukus tu, aku bedal jugak kot. keh keh :D
thanks for reading. ^^
uuu sedapnyaaaaaa
ReplyDeletehee...ezad tahu makan je..nak buat...ternganga la...hee~
ReplyDeletelama tak makan kuih lopess.kau reti buat ?
ReplyDeleteermm, akak xmkn kuih ni.. buat pun xpandai..
ReplyDeletenapa tak genapkan 100 biji hehe....
ReplyDeleteSelama ni akak beli je ... Hahaaa...
ReplyDeleteabucang tu apa?
ReplyDeletekalau kuih susah gini akak mmg tau makan je haha
dulu2 suka makan kuihni, lepas ada diabetes ni lama sngguh dah x merasa huhuhu
ReplyDeletebaru tahu lopiss yang direbus balut daun pisang gini. biasanya makan yang warna hijau dengan air gula perang tu.
ReplyDeletekalau pulut dakap pisang pernah la kukus gini.
ada resepinya - kuih lopis rebus?
wahh dah smart bile dah dpt tune !
ReplyDeletekuih peberet selamanya..:)
ReplyDeleteKuih lopes, kuih kegemaran mak aku. Dia biasa pesan kuih ni kalau aku pergi pasar lambak.. ;D
ReplyDeleteKalau aku, tak pernah tolak kuih ni kalau ada depan mata.. Sedap hingga menjilat jari! hihi
96 keping? Banyak tuu..
Kitaorang pun jadi keliru kejap mana kiri dan kanan dalam blog ni ;P
pendek kata, tangan pun kene berseni jugak la nak mewujudkan kuih lopes ni kan.
ReplyDeleteehem ~ cepat hapdet =P
ReplyDeletelama tak makan kuih lopezzzz. bukan wrna hijau kerr
ReplyDelete