Review Filem : Parental Guidance | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Thursday 17 January 2013

Review Filem : Parental Guidance

assalamualaikum. ;)


rajin pulak nak review filem Parental Guidance ni. tengok filem ni masa hangout dengan members untuk kali terakhirnya. yela lepas ni semua praktikal dengan tempat yang berasingan. tak jumpa dah depa semua. kalau jumpa pon masa konvo nanti. 10 bulan akan datang. lama lagi tuuu. huhuu


sebab tak tahu nak buat aktiviti apa dah petang tu, semua decide nak tengok filem Parental Guidance. sorang member ni cakap cerita ni lawak gila. nasib baik cakap dia betul. ceritanya seronok sangat berbaloi jugak lah bayar RM13 tu. kalau tak seronok mahu kena cepuk. membazir bayar mahal2. kehkeh





Sinopsis Artie Decker (Billy Crystal) dan isterinya, Diane (Bette Midler), ditinggalkan bersendirian di rumah untuk menjaga cucu-cucunya ( Turner, Barker dan cucu perempuan *tak-ingat-nama ) sementara anaknya pergi bekerja. Cara penjagaan anak yang kuno oleh si datuk tidak sama dengan cara moden yang menggunakan momen pengajaran tanpa hukuman dan secara keseluruhannya, tidak seronok sama sekali. Apabila anak-anak kecil mula hilang kawalan, pasangan nenek dan datuk tersebut menggunakan taktik yang tidak dijangka untuk memenangi hati mereka di samping mengajar mereka menjadi budak yang baik.











my review :

  • filem ni sangat sesuai ditonton bagi mereka yang minat cerita-cerita kekeluargaan
  • mengisahkan pasangan datuk dan nenek yang cuba memenangi hati cucu-cucunya. Artie dan Diane merasakan yang cucu-cucunya tidak begitu rapat dengan mereka dan hanya rapat dengan datuk dan nenek mereka yang lagi satu.
  • macam-macam cara Artie dan Diane untuk pastikan rancangan mereka berjaya.
  • sangat-sangat kelakar tau. dalam panggung tu asyik ketawa sokmo. ketawa pulak berdekah-dekah macam tengok cerita kat bilik pulak dah. hehee
  • budak kecil bernama Barker sangat comel. Barker siap ada kawan imaginasi bernama Carl. Carl tu ialah seekor kanggaru. masa part Carl-si kanggaru tu kena langgar, sangat kelakar. kelakar yang macam mana, kena tengok sendiri. hehee
  • bila part ending tu rasa sedih pulak. sebabnya cucu yang bernama Turner tu gagap dan tak ada confident dalam diri. tapi lepas datuknya bagi motivasi pada Turner, akhirnya dia berjaya cakap di hadapan khalayak ramai dengan confident-nya.
  • semua member yang tengok menitiskan air mata tuu. ye, aku pon. sobsob
  • tak rugi tengok cerita ni sebab semua member cakap, kena download cerita ni nanti. nak tengok berulang kali. hehee
  • rating 9/10.



# yayy ! dah habis belajar. :D

thanks for reading. ^^

5 comments:

  1. akak nk donlod je nt.. aci x? hahaha



    dik, apsal xnaik neo dh? dia jual ke? nape? nape?

    ReplyDelete
  2. best ke ?

    suka juga cerita2 keluarga ni..

    ReplyDelete
  3. ooo aritu g jj bukit indah. ingat nak tengok tp xjadi. p shopping je. hehe

    ReplyDelete
  4. belum tgk lagi movie ni...mcm best je nak layan hujung minggu nnt..hee~

    ReplyDelete