Minggu pertama praktikal | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Tuesday, 5 February 2013

Minggu pertama praktikal

assalamualaikum. ;)


minggu pertama praktikal. perasaan ? hmm. bercampur baur. dah sedap-sedap cuti kat rumah alih-alih kena bekerja pulak. aku berpraktikal di audit firm dan dapat department accounting. bersyukur sangat tak dapat audit department. sekali tengok macam stress semacam je muka-muka depa semua kat audit department. hehee



# tempat yang aku kena hadap 8 jam sehari.
# hari-hari juga kena hadap UBS system.
# minggu pertama dapat limau. nak raya cina lah katakan.



bila dah seminggu berkerjaya ni, tetiba aku rasa jiwa aku ni bukan jenis yang boleh mengadap laptop 8 jam sehari lah. hari-hari dok key in data. entahlah, ini baru seminggu punya perasaan. hari-hari mendatang mungkin semakin ok. yang paling tak menahan aku baru 2 hari kerja belom pukul 10 malam lagi aku dah tertidur. penat mengalahkan orang apa je.


hmm. hari ni dah masuk hari kedua minggu kedua. harap sangat semuanya akan ok. tinggal 22 minggu 3 hari je ni. nasib baiklah dapat elaun tinggilah jugak. kihkih


# tak sempat nak blogwalking sangat. tunggu keadaan aku dah stabil, aku singgah na. :)


thanks for reading. ^^

15 comments:

  1. bru praktikal dik..akak ni hah keje 8jam ngadap pc je.. akak lbh suka ms praktikal dl.. handle event.. huwaaa, rindu sgt wktu tu..

    ReplyDelete
  2. syoknyaaa dah praktikal... ena tringin sangat nak rasa duni bekerja ni macam mana.. tapi lambat lagi nak praktikle... lagi 3/4 tahun sebelum tmat ijazah.. huaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. praktikal kat mana cik kak oi? hihi. go go lagi 22weeks je tu..hihi

    ReplyDelete
  4. mengadap laptop 24 jam pun boring jugak kan...limau tu akak dah makan macam masam je yang buh dalam plastik tu..hehehe...takkan sama lak kan...

    ReplyDelete
  5. Hihi...xpelah pelan2... selamat bekerja ya... :D

    ReplyDelete
  6. Hahha..memasing dh bizi skang yepp..rindu blogwalking ramai2.huaaaaa.

    ReplyDelete
  7. syarikat cina mesti byk dpt limau kan ?

    ReplyDelete
  8. selamat berpraktikal ye dik..

    samalah dgn kak belum 10 dah hilang..tidur..:)

    ReplyDelete
  9. Boleh rabun mata dok tenung screen lelama wehh..nak2 kna key n data bebanyak tu mcm nj tercabut bijik mata..aku rabun pn sbb tu r..huhu bek ko mkn carrot bebanyak wehh :D

    Abaikan komen ngarut aku..ko pekabo? Lama aku xjenguk..mood blogging aku pn kelaut dipukul tsunami..dashat kan, hahaha

    ReplyDelete
  10. eh eh kat mane tu huu gudluc!

    ReplyDelete
  11. Waktu awal2 praktikal memang macam tu semangat tak berapa nak naik. Huhuhu

    ReplyDelete
  12. mmg letih mata bila dok mengadap PC dari pagi sampai petang...bila sampai je rumah...mmg rasa nk tido awal je kan...ezad da pernah rasa masa mula2 praktikal dan kerja dulu...tp lama2 nnt biasa la...hee~

    hee...selamat berpraktikal...

    ReplyDelete
  13. rindunye kt UBS. teringat mase jd account asisst dulu. kerja mengadap resit2 menimbun n UBS. hahahah

    ReplyDelete