RESEPI : NUGGET KENTANG | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Monday, 22 July 2013

RESEPI : NUGGET KENTANG

assalamualaikum. ;)


NUGGET KENTANG.


ehh, entri makanan lagi. muahehee maafkan daku kalau sekarang ni asek keluar entri makanan saje. bukan apa diri ini eksaited bebeno nak mencuba resepi itu resepi ini. almaklumlah, dah berganjak ke satu umur yang baru.


saya dah besar. eeh, bukan bukan. saya dah dewasa. kihkih


Nugget kentang ni aku pernah tengok Cik Nana buat dalam entri dia. aku yang tiba-tiba macam ada semangat lebih cubalah dengan sepenuh hati. gigih ha mencari entri cik nana tu. ehemm, cik nana, sila terharu sekarang. hahaa




dari gaya penulisannya, tak lah susah mana pon nak buat NUGGET KENTANG ni. umpama memetik jari saja. memandangkan dalam peti ais tak ada stok daging lembu mahupun daging ayam, jadi aku bedal sajalah guna resepi BEGEDIL. muahaa lantak lah kite buat dia kan.



BAHAN-BAHAN :

KENTANG (5 biji sederhana saiznya)
IKAN BILIS (segenggam)
BAWANG BESAR (2 ulas)
DAUN SUP
LADA PUTIH/LADA SULAH
GARAM (secubit)


UNTUK MENGGORENG :


TELUR
TEPUNG GANDUM
NESTUM




CARA-CARANYA:
1. Rebus kentang yang telah dikupas kulitnya. Agak-agak dah empuk angkat dan toskan. Jangan terlebih masak pulak ye. Nanti lembik sangat susah nak dibentuk. Kemudian, lenyek-lenyek sampai lumat dan sebati. 
2. Goreng ikan bilis. Kemudian tumbuk hingga hancur. Nak kisar pon boleh. Gunakan pengisar kering. 
3. Goreng bawang yang telah dihiris. cukup sampai ia kekuningan. Tak perlu garing sangat tapi jangan sampai hangus. 
4. Hiriskan daun sup dan kisarkan lada putih. Kalau guna lada sulah tak payah nak kisar-kisar dah. 
5. Kemudian, satukan kentang, bawang merah, ikan bilis, lada putih, daun sup dan secubit garam. Gaul-gaul sehingga sebati. 
6. Bentukkan nudget kentang mengikut bentuk kesukaan korang. Nak bulat ke, petak ke, segitiga ke. Terpulanglah. 
7. Untuk proses menggoreng nudget kentang, panaskan minyak. Golek-golekkan nudget tadi dengan tepung gandum -- celupkan dalam telur -- golekkan dengan nestum -- masuk dalam kuali. 
8. Angkat dan sedia untuk di hidang. 



walaupun nugget kentang ku nampak hangus sikit,
tapi rasa tetap mantop tau !


SELAMAT MENCUBA pada yang nak mencuba. hehee :)


thanks for reding. ^^

12 comments:

  1. macam begedel lebih kurang la ni.. oh myyyy! sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
  2. guna oats boleh?

    eh ya ka bole? :D

    ReplyDelete
  3. wah.. macam menarik je tu,.. boleh dicuba tu.hehe

    ReplyDelete
  4. yeayy.. da follow..lepas ni boleh amik resipi bnyk2..hehehe..

    btw, selamat menyambut ramadhan =)

    ReplyDelete
  5. hai.. salam kenal,
    follower no.578
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
  6. pandainya..dia masak..mesti sedap ni..

    salam ramadhan yg ke 14 ye dik..lama juga tak dtg sini..rindu

    ReplyDelete
  7. ala2 begedil la ea.. buh je salut tepung roti apa ntah namanya kulit tu..huhuuh

    ReplyDelete
  8. vahhh kalau cicah sos sedap neh.

    ReplyDelete
  9. adoiii...nampak sedapnya...

    ReplyDelete
  10. kemahennn masterchep skrg ni hehehe, ok dah boleh kawin ;)

    ReplyDelete
  11. uiiii iolsss terharu nyee ni. haha. pehh bentuk 4 segi ni lagi cool siap letak ikan bilis lagi. eh tu bukan hangus tu. tu garingg. garing la sedapppp..hihi

    ReplyDelete