assalamualaikum. ;)
6 Mei 2014 yang lalu, aku telah selamat menduduki peperiksaan SPA Akauntan Gred W41 di Hotel Tropical Inn, Johor. aku tak ingat bila aku mohon, tapi rasanya bulan Ogos 2013 (kot lah). walaupun aku tahu, kebarangkalian untuk lulus adalah tipis, tak pe. kita cuba dulu. dapat tak dapat belakang cerita. ini kali pertama aku menduduki peperiksaan sebegini. cuak jugak wehhh.
Di Johor ada 2 tempat peperiksaan SPA Akauntan Gred W41 iaitu di Hotel Tropical Inn dan Hotel Blue Wave. kalau tak silap aku, 1 Malaysia mendudukinya pada tarikh yang sama. meh sini aku share sikit tips/contoh soalan Peperiksaan SPA Akauntan Gred W41 daripada pengalaman aku sendiri. mana tahu boleh membantu siapa-siapa yang memerlukan.
para peserta dikehendaki berada di tempat peperiksaan sebelum jam 9 pagi. paling penting bawa surat panggilan, kad pengenalan (IC) dan alat tulis (pen,pensil 2B untuk bahagian objektif, dan kawan-kawan seangkatannya). in case, surat yang diterima rosak atau tak sampai ke rumah, boleh print melalui laman web SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). dalam surat panggilan itu ada nombor giliran, itu yang penting sebenarnya. sebelum surat panggilan sampai ke rumah, pihak SPA akan memberitahu kepada individu yang layak untuk menghadiri peperiksaan SPA melalui emel atau SMS.

secara ringkasnya, peperiksaan bertulis SPA Akauntan Gred W41 ni terbahagi kepada 4 seksyen soalan. setiap bahagian akan dijawab secara berasingan. maknanya, akan ada waktu rehat dalam 10 - 15 minit bagi setiap seksyen.
Seksyen A : Pengetahuan Am (50 soalan objektif)
- soalan adalah dalam bahasa melayu dan dikehendaki menjawab dalam masa 40 minit. secara umumnya, soalan seksyen A adalah berkaitan dengan Perakaunan, Ekonomi, Kewangan, Perdagangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pentaadbiran Kerajaan dan sosial.
namun, peperiksaan kali ni banyak berkaitan dengan Perakaunan [prinsip-prinsip perakaunan, imbangan duga, penyata pendapatan, kunci kira-kira, akaun nominal, badan Institut Akauntan Malaysia (MIA) & etc]
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah (40 soalan objektif)
- untuk bahagian B, peserta dikehendaki menjawab dalam masa 45 minit dan TIDAK dibenarkan menggunakan kalkulator. Seksyen B ini merangkumi Kemahiran menggunakan logik (ala-ala soalan IQ test lah), Kemahiran menginterpretasi data dan Konsep matematik & perakaunan (imbangan duga, kunci kira-kira, penyata aliran tunai dan etc)
Seksyen C : Esei BM ( ada 3 soalan pilih 1)
- salah satu soalannya ialah berkaitan nilai-nilai murni. lagi 2 soalan aku tak ingat tajuknya apa. esei ni kena jawab dalam masa 1 jam. yang penting tiada soalan berkaitan GST (Goods Services Tax)
Seksyen D : Esei BI ( ada 3 soalan pilih 1)
- dikehendaki menjawab dalam masa 1 jam. malangnya 1 tajuk pon aku tak ingat. hehhee tajuk yang aku sendiri jawab pon tak ingat ape dia. teruk betol. :D
Keputusan Peperiksaan SPA Akauntan Gred W41 akan diumumkan selepas 5 minggu dari tarikh peperiksaan. macam aku, tarikh peperiksaan adalah pada 6 Mei 2014, maka keputusannya adalah pada 10 Jun 2014. Keputusan boleh disemak di laman web SPA atau keputusan akan terus dihantar melalui emel/SMS.
# adakah aku berjaya ke peringkat seterusnya iaitu Pre Assessment Centre (PAC) ? hhmmmmm. tunggulah nanti, jika aku ada update berkenaan dengan PAC, maknanya aku lulus peperiksaan tersebut. kalau tak, tak dapatlah maknanya. hehee :D
btw, untuk mendapatkan jawatan ni, ada 3 peringkat keseluruhannya : Peperiksaan Bertulis, PAC dan Interview. boleh tahan susah juga nak masuk kerajaan ni kan. kalau ada rezeki untuk aku, adalah. kan ? :)
thanks for reading. ^^
No comments:
Post a Comment